16 July 2010 | 2 comments

Saat Arqam, Alya, Jabar dan Hani disatukan


Haha, ni bukan aksi-aksi threesome ataupun foursome. Sila buang isi-isi kuning dalam otak kamu. Ini hanya sedikit gambar perkahwinan adik dan abang, Mohd Arqam dan juga Abdul Jabar yang disatukan dengan pasangan masing-masing, Raja Aliya Khairunnisa dan Nurhani pada 27 Jun 2010 yang lalu di Pekan Salak, Sepang, Selangor.





Kisah 5 Sen



PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.
Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok. - mStar Online

Sebelum tanggal 16 Julai, apa jasa 5 sen?

Aku rasa, yang paling top pun, masa "senang kira" dimana setiap pembelian yang melibatkan 1sen hingga 4 sen akan digenapkan menjadi 5 sen. Untuk lain-lain, Hacks sebijik (rasanyalah, sekarang dah tak tau harga gula-gula).



15 July 2010 | 6 comments

Setelah 2 Bulan Menyepi

Labels:

Setelah 2 bulan menyepi, kini aku kembali.

Aku tak kemana-mana pun. Hanya nak menikmati semester akhir kat kolej yang dah aku jejak selama 2 tahun setengah. Saat-saat akhir adalah saat-saat terindah sebab masa mula kita buat sesuatu, kadang-kadang kita terlalu excited, takpun terlalu benci. Dalam pertengahan, segala rasa ada dan waktu terakhir adalah waktu terindah.