10 October 2008 | 4 comments

Semalam dan Lirik (Harry Toos - Si Jantung Hati)

Artist: Harry Toos
Song: Si Jantung Hati








Badanku kurus bukannya kurang makan
Mataku merah bukannya kurang tidur
Sedih hatiku karena si jantung hati
Ooh.. si jantung hati

Minggu yang lalu si dia telah kembali
Hatiku rindu padanya setengah mati
Kisah cintaku dengannya si jantung hati
Ooh.. si jantung hati

Engkau berjanji hanya aku yang kau nanti
Waktu kupergi kau suntingkan bunya melati
Tapi kini semuanya hanya mimpi

Aku bernyanyi sendiri menghibur hati
Aku tak mau terluka kedua kali
Pengalamanku dengannya si jantung hati
Ooh.. si jantung hati


Assalamualaikum, ahaa, karena Si Jantung Hati..hehe, Aku dan Kurus memang tak dapat dipisahkan, 

p/s: ni secret ni, berat aku maintain <50>






Nak katakan aku ni mengidap Anorexia, xde rasanya.. aku baru je check kat wiki,

  • Extreme weight loss
  • Thinning of the hair
  • Headaches
  • Constantly feeling cold
  • Low self-esteem and self-efficacy
  • Intense fear about becoming overweight
  • Very sensitive to references about body weight
  • Aggressive when forced to eat "forbidden" foods
Haa, mane la aku ade sifat-sifat tu, kak aku gi check aritu, docs tu kata, maybe sebab keturunan kot, dan kadar metabolisme.. bla..bla..bla.. (aku tak ingat, hehe).

Ni komen2 dari kengkawan,
crazee_kusanagi: hang laa kot saving mushibat aku kalau aku saving hang lagi laa kurus~! - wafi @ Asscrewz.com Admin
PeAcE^^gUrL: tenuk..slim????Wakakaka..kering ader la. - Cik Laila Isabella
fariza: gumok?? mmg takkan punye la gumok.. confem - Cik Fariza
Alaa, aku pun xmo gumOk, tetambah cik laila tu, naik sikit da tekanan (wekk..hehe, jgn marah aa..), wapi tu jgn cakap la, memang OVERWEIGHT, wakaka, bayangkan la, naik keta, memang keta tu tak larat nak mendaki Bukit Baru, kat Relau tu. Hehe..

Walau apa pun korang cakap, kurus la best, banyak kelebihan nieh~! Aum2x, wakaka
  • Korang bley menyelit kalau ade ruang kosong sket..
  • Korang bley makan sesuka hati tanpa pikir "Kene Diet, Kene Diet"
  • Fleksible~
p/s: Hang bley watpa wapi..? Hahaha -teringat tyme kita pi panjat Bukit Jambul, Wahahaha-



09 October 2008 | 5 comments

Trams in Penang?

Labels:


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, aku baru je terjumpa satu article yang best! 

Buat orang-orang muda penang, ampa tau ka penang ada kemudahan camni dulu (aku penah la nampak macam jalan untuk natang ni kat depan balai polis kat penang road tu..tapi, tak penah terfikir plak..)





With over 100 old photographs, maps and illustrations, this book gives an overview of the various forms of public transport used in George Town from 1880s to 1963, and the role this transport played in the development of the growth of George Town and Penang.

Penang was one of the first urban centres in Southeast Asia to operate steam trams, horse trams, electric trams and trolleybuses. When the Municipal Commission established its own electrical supply, it took over the tram service and started the electric trams in George Town in 1906. This gave the local population excellent public transport around George Town, with one line going up to Ayer Itam. In the late 1920s, the Municipality replaced trams with trolley-buses, experimenting for a while with re-conditioned double-deckers from London Transport!
[Source]

Ada sorang blogger, Mr Anil buat campaign, nakkan balik Penang Trams tu ada balik. Hampa pun tau kan Penang la nih macam mana, dengan 'jammed'nya, dekat georgetown tu, dekat dato' keramat, dekat bayan lepas, bas yang ada pun, phew, penuh ja dengan 'bukan orang malaysia - harap-harap ada la pasport'. Try la baca review dia =D Aku hanya support apa yang terbaik untuk semua orang.

Kalau korang pun yang rasa trams ni berguna, korang bley taruk code dibawah untuk support kempen ni.. Okay..? 



Wassalam




Fillet "Oh" Love

Labels:
Wednesday (October 8) - McDonald's just release their new product, it's look like the Fillet 'O' Fish, but with their staff creativity, they create the love shape of the mayonnaise.

At this moment, they have no name for it but, I think, Fillet "Oh" Love is very suitable for it =D


p/s: Dear McD Staff (I don't know where the branch of it, but i guess, Mid Valley, Malaysia.), please behave yourself, you're there to serve the food, not express your love @ feeling..



08 October 2008 | 0 comments

Al-Kisah

Labels:
Assalamualaikum, harap-harap korang enjoy la tyme raya aritu k..?

Aku nak share sikit pasal kenangan silam ni..boleh dak? (korang xmau dengar pun aku nak story gak~hehe)

 

Gambar kat atas tu, merupakan orang yang paling rapat + lama kenal dengan aku, Encik Mohd Zuhaime bin Zahari, dilahirkan pada 1 Januari 1986. Kitaorg memang lame gile kenal, sejak aku pindah kat Kampung Permatang Tengah (Matang Tengah), Balik Pulau, Penang, kalau tak salah aku, dalam 1990 takpun awal sikit, kira sebelum adik pompuan aku lahir kot.

Umur aku tyme tu baru 4 tahun, dia la member yang aku kenal mula-mula, then, baru la kenal dengan bebudak Matang Tengah yang lain, Syedi (Tapaware), Syukri, Duan (Badak), Asyraf (Tocheng), Wanun (aku penah ngorat adik dia tyme kecik-kecik dulu, orang kata cinta sekolah rendah..hehe), & lain-lain la..

Dan, masuk ja sekolah rendah, 1 apa tah class aku kat Sekolah Kebangsaan Genting, dulu, tak ingat dah..hehe, dari darjah 1, sampai ke darjah 6, memang satu kelas ja, dan macam biasa, aku ni macam magnet, sifat berlawanan tu pasti ada bila seseorang tu rapat dengan aku - anugerah gak ni.. (p/s: dengan gadis aku yang sekarang ni pun cenggitu gak..hehe)

Cam emy ni, jenis friendly, active sport gak, hardworking, dan lain-lain (most of them sifat yang +ve la..) tapi aku ni, memang teruk la sikit, (paham-paham la kalau dah melepak rumah bujang. jadi port la..semua bendak yang jahat ada, tapi jahat pompuan TAKDAK! yang lain aku memang tak kesah).


Ni la orang yang snap gambo kitaorg, Siti Hajar a.k.a Ajad. Kitaorg kenal dia rasanya, 2003 takpun 2004. Deiziyana^Die (camni ka ajad?) nick dia dalam IRC, aku cam besa la, bersepah gak, tEnUk, deTenuks, putra`tEnUk, aDi-tEnUk, err, apa ya lagi..lupa dah..

then, ada jumpa2, after that, trus rapat, gi tengok movie sama-sama, lepak gurney malam-malam sampai 1-2 pagi (ni kira angkut anak dara orang ka..?), dah macam adik beradik dah kami bertiga ni. Jenis Ajad ni pulak memang senang, dia dok area town, kasi roger dia, "Hampa tunggu sat, satgi aku sampai", kira jadi jPa kalau dia ada belah town.

Gambar yang no 2 tu, kira macam farewell party la jugak, time New Year 2003@2004 rasanya, time tu emy punya bestday (cake dia la depan tu), dan sebelum aku membawa diri ke Besut, Terengganu.


Apa Dia Bagi? 
(yang dalam gambaq tu)
Salam Kenangan
ADDY, DETENUKZ

Semoga mentari sentiasa menyinari hidupmu
dalam mengejar cita-cita...

Anggaplah pemberian ini sebagai kenangan
dan tanda ingatan dariku...

FROM: AJAD, DEIZIYANA^^DIE


Aku karang ni saja ja, sebab si Ajad kata dia ada gambaq kami dulu-dulu, tu yang post =D Anyway people that know me pretty well, Friendship Forever Okay? 

Dorang Punya News: Emy skang keja kat Bank Rakyat, Bangsar, dan tengah tunggu masa ja nak masuk Government dan si ajad plak, gheja kat Melaka (+ tak dapat balik raya aritu..hehe)


02 October 2008 | 0 comments

Syawal #1

Labels:
Artist: Fazidah Joned
Song: Selamat Hari Raya








Chapter #1

Assalamualaikum saudari muslimku, saya ingin memohon seribu keampunan sekiranya ada tersalah bahasa dan tersalah kata (phew, macam penah tulis ja..hehe..). 

Perasaan Raya Pertama?
Buat pengetahuan semua, dekat 4 tahun dah aku beraya dengan family setelah Nenekku (Che Ah) meninggalkan kami pada 4 @ 5 tahun yang lalu. Time arwah ada, meriah la lagi, cousin aku dari utara sampai ke selatan + atas laut, semua balik kat Lumut Kiri, Sitiawan. So, lepas ja arwah dah takdak, sambut dengan family saja la. Perasaan tu, Best jugak la sebab aku masih dapat menyambut dengan family, Ahmad bin Darus (Ayahandaku), Rosiah bte Mohamad (Ibundaku), Arni Hasliza, Siti Nor Aishah (Akakandaku), Anis Nabilah, Muhammad Solehin (Adindaku .-camni ka spelling? hehe.).

Macam Mana Dengan Malam Raya?
Hmm, time arwah ada, memang semua balik, pakcik dengan makcik aku memang rajin bawak balik stock (pepaham jerla), so ade gak la function gak malam raya. Tapi, ni dah masuk tahun ke-tiga rasanya, malam raya aku mengadap internet (semalam aku belek2, portal Speedfinger , MySahabat , K-Rex , Syok ). Nak buat apa? Kuih? Tunjuk-tunjuk belaka..Kemas Rumah? Memang takdak apa dah, sebab barang semua dah diangkut ke rumah makcik aku, sebab nak renovate rumah..Lemang, Ketupat? Phew, dulu dok kampung boleh la, ni dok taman, ampeh..so, memang takde ghoje pun..

Macam Mana Pulak Di Pagi Raya?
Pagi? Hehe, aku tidoq pun dekat nak subuh, tak boleh nak tidoq (missing her) dan belek2 portal. 7 lebih bapak aku kejut, dan siap2 untuk menunaikan Solat  Sunat Aidilfitri kat Surau Lumut Kiri. Takbir Raya, Solat Sunat, Khutbah, Tahlil, dan balik rumah..

Lepas tu?
Kita sambung Chapter 2 pulak..hehe


Syawal #2

Labels:
Artist: Black Dog Bone
Song: Cahaya Aidilfitri







Ayah Dan Ibuku - Anugerah Yang Tak Ternilai
Okay, kita sambung dari Chapter 1 , lepas je balik dari Surau, masing-masing bersalaman memohon keampunan dari kedua orang tuaku. Walaupun kami bukanlah datang dari keluarga yang senang, tapi, pengorbanan dorang, memang tak ternilai, dorang sanggup susah payah demi anak-anak, biar tak cukup makan, janji anak senang. Aku harap, dan aku memohon kepada Allah S.W.T, agar aku tidak akan menjadi anak yang tidak mengenang budi, aku mahu dorang rasa senang je dengan kitaorg (anak-anak). Aku tak mau dorang sedih sebab anak-anak. Lepas tu, kitaorg terus je menuju ke sini (rujuk gambar dibawah).


Aku memang slow sikit bab2 jawi ni..aku cubaa ek, "Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sitiawan, errr..Sitiawan, Perak" - betui ka?,hmm, ni la alamat "rumah" tokwan (Darus bin Hassan) dengan tok aku (Che Ah bte Baharin)..

Tempat Persemadian Tokwan aku - Darus bin Hassan

Tempat Persemadian Tok Aku - Che Ah bte Baharin


Semoga roh kalian sentiasa aman dan ditempatkan dengan para penghuni syurga. Amin. Al-Fatihah.


Sambung Chapter 3. Isk.


Syawal #3

Labels:
Artist: Sudirman
Song: Ayah dan Ibu







Assalamualaikum, kita sambung lagi ek..sebelum aku terlupa, buat pengetahuan korang, 1 Oktober merupakan hari lahir mak lang aku (gambar kat bawah ni..). Camna aku tau..?

Time dalam kereta on the way ke kubur tu, tetiba anak maklang aku, Kak Lin (sepupu aku la ni..) telefon dia. Perbualan dia lebih kurang camni la..yang Kak Lin aku cakap tu, aku agaknya, yang maklang aku punya tu betui la..

Mak Lang: Hang tak mau mai kuboq ka Lin..?

Lin: Lin xboleh mai la.. (pompuan punya hal kot..sebab)

Mak Lang: Hang tak payah la masuk kat kawasan kuboq, hang tunggu ja kat luaq..

Lin: Lin nak pi rumah ni..

Mak Lang: Kami baru ja keluaq, tadi mak call hang, hang tak angkat. Ni, hang pakai 
elok-elok sikit, hang mai sini, kami lambat lagi ni, baru nak sampai kuboq..

Lin: (no idea)

Mak Lang: Tu la hampa, semalam Juju (Adik Lin) call, dia menangih-nangih kata 
depa tak boleh balik sini, kena gheja. Dah la hari ni bestday aku, sorang pun anak aku takdak..

Phew, korang bley bayangkan tak apa yang aku rasa..? Actually, depa 5 beradik juga, cam kami. 3 orang sepupu aku, Atih, Atan, dengan Juju, dorang keje kat penang..yang sulung, Lin dengan Budin ada kat sini.. Budin plak bley balik umah mertua dia, si Lin ni tak tau apa masalah, xlepak rumah pun malam raya..Aku dengaq sadis gila, memang terharu gile dowh.. Bila seorang Ibu kesorangan..Sebak gile..
 
Then, balik je dari kubur, dengan pantas la, aku, Tini, Anis, dengan E'ein gi runner cari kedai cake, selamat la ada jugak kedai cake bukak pepagi raya ni..

Chocolate & Strawberry (hehe, cam Siti dengan Dato' K)

Kitaorang pun sambut la birthday dia, tak mau bagi dia rasa sebak sangat, Aidilfitri tanpa anak-anak yang dibela seorang diri semenjak aku dibangku tadika lagi (skang ni dah 22, korang bayangkan la, bertapa cekalnya hati seorang ibu..) sampai aku sendiri tak pernah tengok muka pak lang aku..

Dan sempat aku berposing kat rumah mak lang aku, sebab rumah arwah tok dengan tokwan aku kat tepi rumah mak lang aku saja..

Okay, aku akan upload kat Chapter 4 gambar-gambar tu..

Lepas tu, kami pun pulang ke rumah dan aku terus melabuhkan diri ini setelah sepanjang malam tak tidur. Hehe, bukan apa, memang aku takde member pun around Sitiawan ni, kalau si Atan tu ada, dia bawak la aku pi rumah budak-budak dia. Dia pun ada penang.

Malam tu plak, Tini kejut aku, ajak pi tengok movie (memang ni la rutin malam hari raya, hehe), kami pi tengok Senario Episod 1, lawak la jugak, tapi paling best si Mazlan dengan "motor"nya, asyik terlepas clutch ja..hehe

Balik tu singgah McD sat (nyum2, hehe), si Atan pun roger, kata nak mai rumah (ampeh dak ni, tukar number tak bagitau, then, balik pun haram xbagitau..*#$*#%&!!), sampai ja rumah, lepak-lepak sat, Atan mai dengan Kak Lin + adik member dia (chinese) dengan maklang aku..baru la nampak muka maklang aku ceria sikit..kalau tidak, phew~ sebak ja..

Oklah, yang tu saja yang berlaku pada malam hari raya.. next entry, the last chapter~ Gambo2, hehe..Okay guys, thanks cause reading~! Daa~



p/s: Ushar punya ushar, aku terjumpa satu 1 raya (sorry maklang, hehe..), Membangun Bersama ISLAM! dan satu ja aku tak suka dengan politik kawasan LUMUT KIRI~! SUXX~!! Korang bayangkan, sebab politik saja, ada satu family yang bila mak (UMNO) tak makan kalau anak (PAS) dia masak, dan anak tak makan bila mak masak. Then, kalau kat surau pun sama, kalau orang PAS handle kenduri, orang UMNO tak makan, dan begitulah sebaliknya~!! Bertapa buruknya politik kat Malaysia ni, masing-masing terlalu pentingkan politik, pentingkan melayu, dari ISLAM! ISLAM memang membenarkan bercanggah pendapat dan sebab tu la ada syura' dalam ISLAM, tapi, orang MELAYU ISLAM ni sakai sikit, MELAYU ke mana, ISLAM ke mana, sebab politik saja semua nak bertikam, even aku ni agak PKR dan sedikit PAS, ayah aku, orang setiausaha JKKK Lumut Kiri dan dipegang oleh UMNO, tapi, kepala dia sama cam aku, politik tu hal lain, yang penting, camna pun kita bercanggah pendapat, kita tetap tunduk dekat Yang Maha Kuasa, kita tetap berpegang "Allahuakhbar". Aku respect dekat bapak aku sebab dia siap pi tanya pendapat-pendapat golongan yang pro-PAS perkara untuk memajukan kampung @ cadangan tanpa pengetahuan Pengerusi JKKK, sebab apa? kalau tanya pak pengerusi, memang HARAM dia tak bagi. Bodoh! Amek kau~ 


Syawal #4

Labels:
Aku dan Solehin (Adik Bongsuku)
Akakku yang sulung (Arni) & Solehin berposing depan kete dea
Cik Siti Nor Aishah, akakku yang kedua

Adik Perempuanku (Anis Nabilah)

"Yea, Dapat manyaaakk duet raye"

Rumah Maklangku (bukan "MALANG" okay!)
Yang tu pulak umah tok aku


Ni gambar aku snap dari dlm kete, time nk balik kampung ni..


Okay, tu je kot utk tatapan korang..hehe, anyway~ Once again, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua yang mengenali diri ini ataupun yang kenal orang-orang kat atas tu..hehe, Wassalam..

- Muhamad Hadi Ahmad
- fr3ak | myfr3ak | tEnUk