30 July 2008 | 0 comments

Enjoy The Life: Memory bersama Katak~

Enjoy The Life: Memory bersama Katak~



Memory bersama Katak~

Labels:
Katak~ minatang yang selalu melompat-lompat..
kita pun camtu jugakkan? semakin umur meningkat, kita pun melompat ke alam yang lain..
aku ingat lagi, memula dulu, havoc gila IRC, kira online ja, ngadap IRC ja..
memang meriah dulu, lepas tu, zaman forum-forum pun baru nak up,
yang paling aku rapat dulu, kat
Speedfinger.org. Memang best! 
I think, at that time, I share everything with all of them, about my personal life, the knowledge (tapi tak banyak sangat sebab tyme tu aku masih noob..hehe). Ada skali bro Eddie wat T-Shirt, ade gak aku rembat satu. Haha. Dah naik season dah baju tu, tapi aku still bangga bila pakai sebab tu la the first T-Shirt of Speedfinger. Wahh!! Aku simpan lagi notification e-mail time nk buat tempahan, 

Sunday, November 20, 2005 10:50:27 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

T-SHIRT
SPEEDFINGER.ORG!! TEMPAHAN KINI DIBUKA!!

Proses berjalan hampir 2 bulan. Bermula dengan sesi perbincangan dibuka, Penyertaan pertandingan design dan akhirnya selepas undian, ni lah design T-Shirt SP yang terpilih. Sesi tempahan kini dibuka dan kami akan proceed untuk proses pencetakan (printing) sebaik sahaja tempahan yang ke-50 di perolehi. Jadi Cepat! Jangan berlengah lagi. Sebab kalau miss, mungkin korang kena tunggu 2nd punya proses printing pulak.

p/s: this is my habit, I'll keep anything that can remind me to my life yesterday. For anyone else, it's trash, but for me, it's a part of the memory. Fyi, I still keep the 1st chewing gum paper that my ex give it to me when our 1st date~ Wahh, it's true right? It's a part of the memory :D

Tapi disebabkan aku sambung study kat terengganu dulu, xboleh dah online slalu sebab kene bayar. Tu yg kurang terus, and terus menyepi. Mungkin ada yang ingat, "tEnUk". Tapi, bila zaman dah berubah, bila hati pun dah tak stabil, aku terus menyepi. Rasa alam maya ni dah takdak menda dah. 

Aku coretkan ni pun, sebab tetiba ja rasa terharu ja bila bro eddie send news letter yang ada ayat camni..

Hi tEnUk~!



Username: tEnUk

Userpoint: 46



Lama giler rasanya Speedfinger Portal (SP) tak bagi newsletter. Sure korang rindu giler kan? Ekekekke. Yer lah. Di kala masing-masing membawak diri duk senyap-senyap jer layan jiwa skang nih. Masuk SP pun nak dapat sebulan sekali pun dah payah nampaknya. Busy ker? Paham.. paham... Hidup kiter dah tak cam dulu kan? Dulu leh la nak mengadap forum 24 jam. Skang ni masing-masing dah besar. Mana yang mula join SP time bujang dulu, skang ni bukan jer dah kawin, malah dah beranak pinak pun. Hehehehe. Tapi bukan ker patutnya bila family dah makin berkembang kita akan jadi lebih meriah?



Meh la... kiter meriah-meriahkan balik SP. Takat jejenguk muka, tanya khabar kat shoutbox ker.. 5 minit pun tak sampai kan? Ker dah lupa username ngan password? Takper.. leh klick jer kat 'forget password' tuh nanti sistem akan sendkan ke email. Senang jer... :)
memang tetiba ja tringat masa-masa silam, tyme zaman lepak depan pc sampai lebih setengah hari pun takpa (sebab tyme tu aku keje cc) hehe. Lepak2 situ, even tak join dorang punya gathering disebabkan takdak masa dan wang ringgit, tapi tengok gambar ja da puas hati :D

tah la, memang teringat abis la..




10 July 2008 | 1 comments

Just wanna share

Labels:
Assalamualaikum

Hi all, just wanna share the picture that I snap with my friend phone..



Location: Jenjarom, Selangor, Malaysia
Snapped: Woman with umbrella while riding scooter 


07 July 2008 | 0 comments

Ubah Gaya Hidup!

Labels:
Salam,
Aku terbaca bro Eddie (Speedfinger.org founder) punya blog, ada video dari Youtube.


Lawak pun ada, tapi, yang penting, ada mesej yang nak disampaikan, tu yang pentingkan..?
Dorang suruh ubah, tapi, tengok la keadaan macam mana kita sekarang. Pemimpin dok perang, rakyat terbiar, betul dak?

Pikirkan Sejenak..

// Muhamad Hadi


Geramm (Gerakan Anti Manipulasi Minyak)

Labels:
Salam,
Hari semalam telah membuktikan bahawa rakyat Msia memang tak puas hati dengan g0v Msia..
Aku baru ja ushar2x news kat www.harakahdaily.net dengan dekat www.geramm.org. Rata-rata memang rakyat memang tak puas hati dengan kenaikkan harga minyak. Ada satu gambar kat Harakahdaily yang menarik dari pelajar-pelajar IPTA@IPTS.


Ni la suara-suara student, dengan laungan "Student Power - Jika Harga Minyak Tak Turun, Kami Semua Akan Naik Minyak". Ini yang kita perlukan didalam negara kita, pelajar yang lancang bersuara apabila sesuatu perkara yang tidak kena berlaku.

Jika pelajar sentiasa pasif, bagaimana kita nak menghasilkan masa depan negara yang gemilang? Kalau asyik ikut telunjuk yang terpesong, macam mana negara kita tak mundur dari segala aspek.

Info
Sumber : Geramm.org
GERAMM (Gerakan Anti Manipulasi Minyak) mendesak agar harga minyak diturunkan semula, GERAMM diterajui oleh golongan anak muda yang tak puas hati dengan tindakan g0v yang menaikkan harga minyak dan diaorang dah buat satu petition online dan jika anda pun GERAM dengan kenaikkan yang melampau, anda boleh sign petition tersebut disini.

Semoga "Hak Kebebasan Bersuara" di dengari oleh Pemimpin, bukannya ambil sambil lewa, "Oh, tu bunyi cengkerek kot". Teringat satu ayat dalam surah an-nisa'

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.
Surah al-Nisa’ ayat 59
Hadis nabi pula menyokong ayat di atas dengan maksud
Sesungguhnya Allah akan bersama pemimpin selagi mereka tidak zalim. Apabila dia zalim, Allah akan menyerahkan segala urusan kepadadirinya sendiri”. Kata-kata ulama pula menyebut: “Sehari pemerintahan yang adil menyamai ibadat 40 tahun
Yang penting, bak kata nabil, "Lu Pikir La Sendiri"!


06 July 2008 | 0 comments

Blog Update!

Labels: ,
Assalamualaikum W.B.T,

Telah lama blog ini ditinggalkan, hanya kerana kesibukan dan connection yang tidak stabil. Al-maklumlah, Free WiFi la katakan.

Buat pengetahuan semua, result aku untuk semester ni, CGPA 3.34, Alhamdulillah, sebab aku budget 2 paper aku kantoi, bukan tak study, tapi memang tak boleh nak masuk dalam kepala otak ni, biasa la, dah tepu kan..? Sekarang ni short sem dah bermula, struggle balik. Phew, pening kepala sey, xsempat nak kasi kosong otak ni, dah penuh balik. Takpa, aku try cam last sem gak, InsyaAllah.

Okay, dah abis cerita pasal aku, sekarang ni kita beralih kepada berita nasional (aiseh, cam pembaca berita pulak, haha). 

Macam yang semua telah maklum, aktiviti politik dalam negara kita ni dah kacau bilau.
Si A buat laporan mengenai kes lama, Si N dengan Bini dia, kabarnya, terlibat dengan kes Alta, Ketua P nak kena siasat dengan BPR sebab laporan Si A, Si M punya kes tak habis lagi pun, sunyi sepi, si sepul pun boleh plak kata kena LIW*T dengan Si A, yang atas kerusi paling besar memang (PM) la pening gila kepala, kalau aku pun jiwa kacau gak. 

Dah jadi huru-hara, aku pun tak tau nak pegang kata-kata yang mana (ayat ja ni, PKR dalam hati) sebab negara kita ni ada undang-undang kan?
Kes pun tak settle lagi, so
kita tunggu dan lihat sajalah apa nasib negara kita, 
nasib rakyat berbilang kaum kita, 
apa nasib anak cucu kita, 
apa nasib sahabat-sahabat kita.

Kita hanya mampu berdoa kepada-Nya agar

negara kita selamat sejahtera,
rakyat berbilang kaum sentiasa aman,
mendapat pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab,
dan yang membuat fitnah..
Wallahualam (hanya Dia Yang Maha Mengetahui)
Amin..

// Muhamad Hadi