30 December 2008 | 8 comments

Testing HDR?

Salam semua! Aku actually saja nak test tutorial yang aku jumpa kat Flickr.com. Dia ada ajar camna nak convert single JPG to HDR. Aku bukannya Photographer pun, tapi ada la minat sikit-sikit. Hehe, so, feel it!

Done by: Photoshop & Photomatic Pro 3.1

11-02-08_1608

xxx_xx_

Hehe, okay dak hasil "taram"an aku? Ekekeke..Hariaa sudahh!




Angin Perubahan

Labels:

Salam Tahun Baru Semua!

Apa yang telah aku capai tahun lepas?

  • Sambung Belajar
    - aku meneruskan pembelajaran aku kat MCS College, Banting.
  • Lupakan Kisah Lampau
    - aku dah dapat mencuci kepala otak aku dari memori lampau yang buat aku sakit setelah menderita setahun lebih.
  • Rapat dengan orang yang memahami aku
    - dia tak pernah buat aku tekanan, dia tak pernah buat aku serabut, aku tak pernah rasa yang dia menyemakkan hidup aku.
  • Kurang rokok
    - yeah! memang kurang kalau Dunhill 14 dikongsi 2 orang kan? hehe

Sikit saja kan? Tapi kira ok la, dari takdak langsung, untuk tahun ni, aku nak:-

  • Dekatkan diri
    - aku nak dekatkan diri dengan Dia
  • Kurangkan lagi rokok
    - rokok lagi, hahaha
  • Nak Gemokkan badan!!
  • Rapatkan lagi "tali" dengan dia
    - hehehehe
  • "Upgrade"kan diri sikit
    - nak upgradekan diri sikit, bukan jadi orang lain, tapi, korang penah dengarkan? "Love doesn't change anything, but we must change for love"

Ahaa, tu ja yang aku pikiaq untuk sekarang ni..Hehe, takdak idea sebab ngantok sudaa.. hehe



28 December 2008 | 0 comments

Bedtime Stories

Title: Bedtime Stories
Starring: Adam Sandlers

adam_sandler_bedtime_stories

Cerita mengenai kisah si Skeeter Bronson, dimana bekerja di hotel ayahnya yang telah diambil alih kerana tidak dapat meneruskan perniagaannya.

Ayahnya membuat persetujuan setelah orang kaya tu membuat perjanjian dimana apabila skeeter menjadi besar dan rajin, hotel itu akan beralih ke tangan anaknya itu.


Akan tetapi, bila menjelang dewasa, impian tak menjadi kenyataan, dia hanyalah "tukang" di hotel itu. Semuanya menjadi aneh apabila dia terpaksa menjaga kedua anak saudaranya ketika waktu malam setelah kakaknya pergi ke luar kota untuk interview. Dah nama pun jaga malam, dia terpaksa bercerita sebelum anak saudaranya tidur dan semua "Bedtime Story" @ Cerita tidur itu menjadi kenyataan.adam_sandler_bedtime_stories2


Komen aku:
Ku sangka panas hingga ke petang, akhirnya hujan ditengah hari. Tak best! Hahahaha, bukan apa. Selalunya filem-filem yang dilakonkan oleh Adam Sandlers ni agak menarik + humor, tapi, filem ni.. Ampeh! Sesuai untuk kanak-kanak dibawah jagaan ibu bapa.. I think, most of people go home with the same face, "boringg". Banyak part lawak bodoh, tak macam filem lain yang si Adam berlakon.


Rating: 2/5 | Kids


Artikel yang terpilih

"http://kitamajufilem.blogspot.com - Menghiburkan tapi.."

"http://movies-score-ind.blogspot.com - ps:tengok rating"

"(Adam Sandler + Disney = kanak-kanak? macam tak kena je). Sudah pasti filem ini sebuah filem fantasi merapu."



26 December 2008 | 0 comments

YESMAN!

Labels: , ,

yesman-poster copy

Title: YES Man
Starring: Jim Carrey

YESman! Jim Carrey kembali menceriakan hidup aku! Setelah lama tak layan movie, last sekali aku layan, Kungfu Panda (sebab ada Jack Black yang sumbangkan suaranya kat Po).

Bagi aku, filem ni memang memecahkan perut aku. Terbahak-bahak, sampai menitiskan air mata aku semalam kat AEON Bukit Tinggi. Ingatkan, bila si Jim Carrey tu dah tua, kurang sengatnya. Tapi, memang best!  Tambah-tambah time dia nak selamatkan orang yang nak bunuh diri, boleh pulak dia nyanyi lagu, si mamat yang nak bunuh diri tu pun boleh layan sekali, dengan member-member dia, dengan bomba semua layan. Nak terburai perut aku! Hahaha..

yes-man copy

Tapi, memang filem ni punya meaning memang useful! Daripada guys yang sentiasa "No, thanks", "Maybe" terus jadi "YES" kat semua. Belajar main gitar, bawak plane, layan gig, *ehem3* dengan orang tua dan macam-macam lagi! Hahaha...

Adalah kena-mengena sikit dengan hidup aku, kalau dulu memang aku camtu gak, tapi sekarang ni memang semua kira "bolehh!", tak caya try tanya budak-budak rumah aku (yang lepak dengan aku saja!). Ajak la memaner pun, mesti jadi punya, duit ada ka takdak, pedulikkan!

Money not everything, the Friendship is the most powerful weapon! Enjoy the life even without money, you still have something called, "Friendship"!!

So, apa lagi? Layannn~

Rating Aku: 5/5 | Meaningful! Hahaha!

Technorati Tags: ,


12 December 2008 | 8 comments

Balik Pulau

Sejauh mana kaki melangkah,
Setinggi mana gunung didaki,
Secepat mana angin menghembus,
Sedalam mana lauh menghijau,

Balik Pulau sentiasa terpahat dihati


Photo by: www.hugolim.com




www.hugolim.com | http://www.flickr.com/photos/wklim/2895413786/


Photo by: shuttersyok

Shuttersyok | http://www.flickr.com/photos/shuttersyok/

Photo by: Ke Wynn

Ke Wynn | http://www.flickr.com/photos/kewynn/618799482/

Photo by: aam9992

aam9992 | http://www.flickr.com/photos/anissyuhada/2981638974/


Photo by: bahtiar1070

bahtiar1070 | http://www.flickr.com/photos/ygorisaja/2667375844/


Photo by: stitch_iz

stitch_iz | http://www.flickr.com/photos/29713158@N07/2841393383/in/photostream/


Aku dan Novel - Ungu Karmila

Karya: Ramlee Awang Murshid (RAM) | Keluaran: Alaf 21

ungu-karmila

Ungu dan Biru - menjadi lambang cinta seorang insan yang bernama Arif dan Karmila, abang arif, Arafat telah menjadi pengeluar modal untuk membina teratak indah dikawasan pedalaman Cameron Highland, berhampiran dengan kawasan penempatan orang asli.

Ungu - Warna yang disukai oleh Karmila..
Karmila - Nama wanita yang bertahta dihati Arif dan juga merupakan bekas kekasih Arafat.

Villa yang dibangunkan itu dinamakan Villa Sunyi, setelah beberapa insiden pembunuhan berlaku di villa tersebut, Arafat mengupah beberapa orang, Bado, Winda, Rosli, Kamarul dan Dino untuk menyelesaikan kes pembunuhan adiknya.

"Ia makan untuk hidup, akan tetapi ia tidak pernah minum"

Ungkapan yang didengari oleh Dino didalam permainan tidurnya, telah merungkai semua persoalan yang telah lama terkubur.

Dengan kehadiran Dr. Ismadi, akhirnya satu keputusan dapat dicapai, maka terungkailah kisah misteri si Villa Sunyi.

 

Aku kata:

Ini dia cerita seram Melayu! Sekali lagi, tahniah untuk bro RAM! Dia kata, cerita ni anti-klimaks. Ya, aku setuju. Jalan cerita baru nak naik, dah kena cantas. Semua yang diagak, semuanya salah. "Ungu Karmila" - aku sangkakan tu nama villa, tapi.. Masyukk~  wahaha

Rating: **** 4/5



11 December 2008 | 6 comments

Aku dan Novel - Hatiku di Harajuku

Karya: Ramlee Awang Murshid (RAM) | Keluaran: Alaf 21

 

hatiku-di-harajukuKisah YAKUZA

MELAYU?

Kisah seorang yakuza di Jepun yang berasal dari Malaysia, Ryu-Watanabe, nama Risham ketika menjadi yakuza dan menguasai kenjutsu, berlatih menjadi seorang samurai.

Beliau tertarik dengan hidupan seorang yakuza setelah bersua muka dengan Noriko, anakanda kepada Ketua Kumpulan Yakuza Amikie. Oyabun (Mahaguru) Nagamaru dan disebalik bebalannya berhadapan dengan sekumpulan Amikie yang mengugut untuk membunuhnya, dia menyatakan bahawa Noriko merupakan gadis yang cantik. Cinta mula berputik, menguasai keperibadian seorang samurai dengan datuk Noriko, Yamasaki. Mereka telah dianugerahkan pedang yang bergelar Tou Aii iaitu Pedang Cinta.

"Tou o hanashite moraimas" - Biarkan Pedang Berbicara (kot..hehe)

Mereka terpisah apabila Ayahanda Noriko menyatukan Noriko dengan orang lain dengan ikatan perkahwinan kerana perhubungan Noriko dengan lelaki bukan kelahiran Jepun itu tidak disenangi oleh beliau.

Dia pulang ke Malaysia, berpura-pura menjadi seorang yang SENGAL, LURUS BENDUL, LEMBIK dan sering menjadi bahan bulian Iskandar, orang kepercayaan Sabrina, majikan mereka di sebuah restoran Makanan Jepun, di Plaza Lowyat.

Dalam diam, Sabrina menyimpan perasaan terhadap Risham, manakala si Iskandar meminati Sabrina. Risham? Masih berlakon sebagai seorang yang dunggu.

Setelah mendengar berita tentang Yakuza Amikie yang pernah dianggotainya dulu telah hancur ditentang Yakuza Jiro, dan juga mendengar bahawa bekas kekasihnya itu masih hidup, Noriko, dia terus menjejakkan kaki ke bumi Edo itu lagi.

nak tahu selanjutnya? Angkat la satu.. hehe

 

Aku kata:

Sedap! Macam makan roti jala dengan kuah pekat tu.. Perghh! Mula-mula aku pun blur ja sebab bro RAM pakai bahasa jepun (tau la dia penah dok sana =p..hehe, slamat ada Malay translation), nama jepun pun bersepah, memang blur! Tapi, dah dekat suku buku aku hayati, terus aku "masuk" dalam cerita tu, macam "Bagaikan Puteri", "Hijab Sang Pencinta" & "Cinta Sang Ratu". Serius, aku macam jadi camera-man dalam novel ni. Semangat samurai mula masuk ke dalam rongga-ronggaku, dadaku terus panas membara, memahat kaki ke bumi sambil memegang Tou Aii - Cewahhh! Hahaha. Tapi betul la, semua sangkaan aku dia tepis,

"Kematian anggota Yakuza Jiro, terus dikaitkan dengan kebangkitan Ryu-Watanabe." - aku ingatkan memang dia, tapi, tak sangka pulak si Noriko punya gheja!

"YAKUZA DI MALAYSIA" - ingatkan kerja si Risham, sebab dia ada penyakit berjalan time tido, tapi, rupa-rupanya..hehe, baca la sendiri..

banyak lagi la..terus buat aku membaca walaupun esoknya paper Office Administration 1 (OA), memang aku xbaca langsung, dalam masa setengah hari, aku berjaya menghabiskan novel ni, baru aku belek2 buku OA tu, selak2, tenung2..katup n tidow, sebab dah pkul 4 lebih, paper aku 9.30 pagi! Okay2, nak try layan "Ungu Karmila" pulak..

Haa, lagi satu, memang promote abis RTM, KLfm! Hahaha, mentang2 bro RAM orang kuat sana.. hehe, takpa, janji layannn..

Eh,eh, ada lagi satu, kan best kalau novel ni difilemkan.. Serius sedap! Yela, Harry Potter dari novel, Ayat-ayat Cinta dari novel, banyak la dari novel.. Malaysia punya bila lagi mau bikin KILLER MOVIE? Yang aku tau, filem si Rashid Sidek dengan Wardina berlakon tu ja yang diadaptasi kot.. aku rasa, kalau diikutkan jalan cerita, memang sedap! Korang bayangkan, orang melayu dress-up yakuza, hidup kat jepun (cam dalam Tokyo Drift - ni pakai mat saleh). Kalau promotion betul-betul, confirm-lah! Bley kasi tayang kat worldwide (kalau ada yang mau sponsor la..).

Rating: *****  5/5
Genre: Aksi, Percintaan, Perkauman, Dendam, Insaf, Hormat, Prinsip



02 December 2008 | 3 comments

Final!

Labels:

Assalamualaikum semua~ Pergh! Penat~! Letih! Tekanan! Beban! Stress! Macam-macam ada..

Buat pengetahuan semua, saya akan menduduki paper final untuk semester tiga ni, Pehh! Paper start, Disember 10, 2008 sampai Disember 20, 2008. 5 paper semua, subject? Pehh! Haram tak paham! Abis la aku~