31 December 2009 | 8 comments

Selamat Tahun Baru 2010 | Selamat Tinggal 2009



Tiap-tiap tahun kita mesti buat azam baru, tetapi adakah azam tahun lepas sudah tercapai? Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong. Aku sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada juga sedikit impianku tercapai - "It's better than nothing".

Kepada yang mencari artikel-artikel untuk muhasabah diri, disini bukan tempatnya kerana aku sendiri bukannya seorang pakar motivasi, aku bukan insan sempurna yang sentiasa mencari kesalahan orang lain - seperti blogger-blogger yang menulis artikel, "10 Sebab Aku Tak Suka Korang".



25 December 2009 | 3 comments

Senario Episod Dua: Beach Boys DVDRip | Download



 

Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.

SAMPLE

http://rapidshare.com/files/325336119/Senario.Episod.Dua.Beach.Boys.2009.DVDRip.XviD-arYzs_SAMPLE.avi
http://www.megaupload.com/?d=FLV1W0MJ



22 December 2009 | 9 comments

Aku Dan Novel - 9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid



[INTAN SURYANI]
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


[HAKIM]
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.

Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

[Klik Untuk Membaca Review  di Kelab RAM]



 Komen: Aku baru beli la. Nanti aku update! Hee  (8.44pm) Selesai sudah bersama 9 Nyawa. Terbaik! Two thumbs up for Enchek Ramlee. Aku berjaya masuk dialam novel, tak macam Mikhail yang mungkin kerana isu global sangat. 9 Nyawa, isu pokoknya, koma, yakni berada ditengah-tengah antara alam hidup dan mati. Sang buta, Hakim diberi anugerah untuk berbicara dan mampu melihat roh-roh yang keluar daripada jasad tetapi masih belum menemui ajal. 9 Nyawa ini dikaitan kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa. Begitu juga dengan Intan yang dikatakan telah hidup kembali setelah jantungnya gagal berfungsi.

Antara isi-isi yang banyak disebut didalam 9 Nyawa,
  • Eksiden
  • Koma
  • Buta
  • Sakit Jantung
  • Singapura, Indonesia & Kedai Intan Berlian
  • Gangster
  • Kumpulan Naga
  • Pembunuh Upahan
  • Ditipu insan tersayang
  • Roh

Watak Utama: Hakim, Intan
Watak Sampingan: Azizah, Shauki, Dr David @ Daud, Khairil, Brother Long, Dahlan

Lokasi: Kali ini, RAM menjadikan Kota Singa yakni Singapura sebagai tempat permainan untuk 9 Nyawa. Kuala lumpur dan Jakarta juga menjadi tempat untuk mengukuhkan jalan cerita. Tanah Suci Mekah & Istanbul tidak terkecuali.
dan diantara bait-bait perkataan yang aku suka,

"Kita manusia terpilih meskipun malang" - m/s 25
- Aku suka ayat ni! Bayangkan dalam berjuta-juta kembar kita (sperma) merenangi ke sebuah rumah yang sama, hanya kita berjaya menikmati keindahan dunia yang sementara walaupun kita menghadapi ujian getir hidup.

"Putus asa, lebih sakit daripada penyakit-penyakit lain dimana penyakit itu boleh merosakkan keseimbangan perasaan." - m/s 237
- Benar! Setuju benar! Walaupun aku sentiasa berada dibawah (aku tahu dimana kedudukanku), tetapi aku tidak pernah putus asa. Setiap kesilapan merupakan cikgu terbaik untuk kita. Wah2, kalau panjangkan tentang putus asa ni, rasa-rasa boleh je kot masuk kontest "Berani Untuk Gagal" oleh Denai Hati macam luth buat.

"Lelaki yang merasakan dirinya sempurna selalu menggunakan kesempurnaannya untuk melukakan perasaan wanita." - m/s 372

- dan inilah yang dikatakan Player ataupun bohjan. Sempurna disini, bukan pada paras rupa saja tetapi termasuklah wang ringgit, kereta mewah bapak, dan macam-macam. Semoga Allah menjauhkan aku sifat-sifat tercela.

Terima kasih RAM untuk 9 Nyawa. Aku akan menantikan sambungan (aku rasa) Trilogi Bagaikan Puteri, sebab dibahagian Tinta Penulis, ada tercatat,

"Cinta Sufi, cerita tentang Saifuddin atau dikenali sebagai Sunan. Penampilan kali ini tanpa dua watak utama sebelum ini iaitu Haryani dan Dani. Saya gantikan dengan watak Catalina, balu seorang bangsawan dari Lisbon Portugal yang mencari Maryam di Tanah Melayu semasa penjajahan pertama Portugis ke Melaka pada tahun 1511."

Tamat.


21 December 2009 | 3 comments

Selamat Ulang Tahun Ke-22 Adilah Anuar

Salam. 생일 축하합니다! 生日快乐!. Biar hanya hati berbisik, mulut dan jari hanya pandai menipu.





Selamat Ulangtahun Ke-23 Cik Adilah Anuar (21 Disember). Semoga Allah merahmati anda, memurahkan rezeki, dan banyak-lagi-sampai-tak-tau-macam-mana-nak-cakap. Khas untuk kamu,

생일 축하 합니다
생일 축하 합니다
사랑하는 Adilah Anuar 게
생일 축하 합니다!
[translate]







Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Ji gu e seo u ju e seo
Je il sa rang ham ni da

Kko ppo da deo gop kke
Bye do da deo bal kke
Sa ja bo da yong gam ha ge
Happy birthday to you

Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Kkott tau tun na chi gu ya
Gul go git ka sa ra yo

Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Ji gu e seo u ju e seo
Je il sa rang ham ni da

Kko ppo da deo gop kke
Bye do da deo bal kke
Sa ja bo da yong gam ha ge
Happy birthday to you

Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Kal gat teau tun na chin gu ya
Pom na ge sa se yo
Beol ga teau na chin gu ya
Tok so myeo sa ra yo

Sumpah aku tak paham! Tapi disebabkan kecomelan lagu ini, aku tujukan untuk dia. Maaf takde hadiah. Tamat.

p/s: teringat sesi perkenalan, disini (versi aku) dan sini (versi dia).


20 December 2009 | 5 comments

Salam Berhijrah buat Bekas Pelajar Kolej MCS (Group 5 & 6)

Entri khas bersempena Maal Hijrah ini, aku ingin mengucapkan selamat berhijrah kepada teman-teman se-kolej aku (budak-budak group 5 & 6) yang telah tamat pengajiannya (marilah bersama kami di Facebook). Selamat berhijrah sahabat, memori-memori bersama kalian tetap bersemadi. Dah banyak pengalaman kita kongsi bersama,

main reramai.
 
lepak Sungai Gabai.

 
lepak kat Bagan Lalang 











gi tengok Firework Competition kat Putrajaya.





melawat umah miss jem (akak sayang Mail).

dan bersepah-sepah lagi entri dalam blog yang tak indah ni. Semoga penghijrahan ini memberikan sejuta pengalaman dan tabahlah menghadapi ranjau-ranjau kehidupan dan untuk mengetahuan kalian, aku juga akan berhijrah, tidak lagi berada di Banting. Selamat tinggal Banting, terima kasih atas beribu kenangan. Walaupun sedikit perubahan kita lakukan hari ini, ia akan menentukan masa depan kita.

p/s: maaf kepada semua penjerit-penjerit, tak berkesempatan untuk menyinggah, maaf tau! Terlalu sibuk! Terlalu! Maaf sekali lagi.

p/s: Semua gambar-gambar dari handphone. Harap Maklum. Saya-bukan-photog.



12 December 2009 | 8 comments

Aku Dan Novel - Mikhail - Ramlee Awang Murshid

Inilah novel selepas Ranggau oleh Ramlee Awang Murshid (RAM) yang dah habis baca (baru kesempatan untuk menulis mengenainya).




Kali ini, apa yang RAM cuba sampaikan disebalik Mikhail? Adakah hanya sekadar nama? Malaikat pemberi rezeki? Berhalusinasi atau berada dialam lain?

Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama

Apa kata RAM disebalik Mikhail?


Saya suka berjalan. Dalam perjalanan itu, pasti terdapat sesuatu ilmu yang dapat saya raih. Mata sentiasa melihat dan fikiran tetap ligat bekerja. Apa pun...tetap saya kutip untuk dijadikan bahan dalam penulisan. Biar ke mana-mana pun, selagi bukan atas nama kerja, saya lebih suka berpergian bersama keluarga. Kalau out-station atas faktor pekerjaan, bil telefon pasti akan mencecah ratusan ringgit kerana setiap hari saya akan menghubungi keluarga. Kesimpulannya...keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya.

Dalam pada berjalan inilah...kerap saya temui tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi dalam novel-novel saya. Terbaru...Mikhail, yang masih dalam proses penyuntingan, untuk kesekian kali, saya memuatkan lokasi-lokasi luar negara seperti Mesir, New Zealand, China dan Jordan. Malah Israel turut dijadikan lokasi. Terus terang...saya dan keluarga sangat menyukai New Zealand. Di sinilah kami temui beberapa lokasi penggambaran filem Lord of The Ring dan Narnia. Ia sungguh menakjubkan. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH.

 Penulis di tasik Wanaka, New Zealand

Semasa di Jordan, saya berkesempatan mengunjungi Laut Mati. Dalam perjalanan itulah saya diberitahu oleh pemandu mengenai dua simpang utama sebagai pintu masuk ke Israel dan Palestin. Bila kami ingin meninjau lebih dekat lagi ke sempadan, pemandu berbangsa Arab itu menolak. Terlalu bahaya katanya. Maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati. Di akhir jalan raya, terdapat dua simpang lagi. Sebelah kiri ke Laut Mati dan sebelah kanan pula menuju ke sebuah sungai yang dipercayai suci oleh penganut agama Kristian. Di Sungai itulah Jesus dibaptiskan.

penulis si Mesir

Semasa di Mesir, saya membuat penggambaran Galeri Perdana di Piramid Giza. Saya terfikir sesuatu mengenainya yang dikaitkan dengan Mikhail. Pekerja-pekerja di sana kasar. Penipuan berleluasa. Maka berhati-hatilah apabila berhadapan dengan kerenah mereka yang menjadikan kita lekas marah. Semasa menyusuri Sungai Nil dalam sebuah feri, saya terdengar sekumpulan orang berbual-bual. Bila saya bertanya kepada seorang penterjemah rakyat Malaysia, barulah saya tahu, mereka itu adalah orang-orang Yahudi. Bahasa percakapan mereka sungguh pelik. Tak pernah saya dengar sebelum ini. Kemungkinan menggunakan bahasa Ibrani.

  Penulis di China

Maka dalam Mikhail...saya menggunakan lokasi-lokasi tersebut kerana cerita kali ini bersifat adventure. Saya terjemahkan tempat-tempat yang pernah saya jejaki kecuali Israel yang terpaksa saya kaji lokasinya berdasarkan fakta bertulis. Hasil perjalanan inilah saya cetuskan Mikhail (bukan sekadar sebuah nama). Pertembungan dan persengketaan politik dalam lingkaran yang global. Menyelongkar ‘kerja-kerja belakang tabir’ pihak-pihak tertentu.

Novel kali ini tetap berkonsepkan thriller. Aksi, putar belit, percintaan, situasi global berdasarkan politik sejagat – antara inti pati yang mewarnai plot Mikhail. Bukan merujuk kepada nama malaikat yang dimuliakan ALLAH tetapi lebih meniru nama popular kebanyakan penduduk Russia. Percayalah...jangan menilai dari aspek luaran sahaja kerana ‘behind the curtain’, barangkali lebih dahsyat lagi. Jumpa dalam Mikhail...insya-ALLAH.

Kata aku: Mikhail memang gila, macam-macam unsur ada tetapi hanya satu yang menjadi prioriti, wang. Pada awal novel, agak banyak flashback dan aku pening. Hahaha, itu yang jadi cepat bosan bila baca tak macam Trilogi Bagaikan Puteri (aku habiskan sehari suntuk untuk 1 novel! Haha) dan Hatiku Di Harajuku. Aku gagal untuk masuk ke alam novel Mikhail ni T_T. Novel ni lebih kepada konspirasi, kambing hitam (orang tak bersalah dijadikan mangsa, orang yang membuat onar terlepas), aspek politik, pembunuh upahan dan lain-lain. Pembunuh upahan tu bukannya kat sini saja, tapi satu dunia ada. Kejab dia gi China, kejab dia gi Mesir, singgah Malaysia, dan akhirnya Israel. Tapi aku rasa novel ni memang ada kena mengena dengan isu semasa di Malaysia. Hahaha :P Sendiri mau ingat!

Oh, 9 Nyawa dah keluar! Akan disambar hujung bulan ni! Confirm!

nota: kredit kepada RAMFC - http://www.kelabram.com untuk gambar dan kata-kata pengarang.


11 December 2009 | 1 comments

Jin Notti DVDRip 2009 | Download | Rapidshare | Megaupload | Mediafire




Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

Tiga bintang kerana dapat membuat aku gelak tapi nampak sangat iklan lebih menonjol, sama macam Duyong (dengan "Fuyoo"-nya) dan Sifu & Tongga (lawak-tak-lawak dengan "Han Han"). Bila iklan diletakkan pada priority yang tinggi, selalunya akan kurang pada jalan cerita. Setuju?

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/319327807/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part01.rar
http://rapidshare.com/files/319327706/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part02.rar
http://rapidshare.com/files/319326672/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part03.rar
http://rapidshare.com/files/319326746/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part04.rar
http://rapidshare.com/files/319327575/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part05.rar
http://rapidshare.com/files/319327593/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part06.rar
http://rapidshare.com/files/319326898/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part07.rar
http://rapidshare.com/files/319326862/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part08.rar

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=ZE1AZBOO
http://www.megaupload.com/?d=D7Y93Y7N
http://www.megaupload.com/?d=3KNGZ7AD
http://www.megaupload.com/?d=Q0XJHRFN
http://www.megaupload.com/?d=7RIPNHK3
http://www.megaupload.com/?d=REH5E6L1
http://www.megaupload.com/?d=1VFJTRCO
http://www.megaupload.com/?d=BFWF48A9

Mediafire

part 1 - http://www.mediafire.com/?whzwnmdlziz
part 2 - http://www.mediafire.com/?ytzvyqwnnvx
part 3 - http://www.mediafire.com/?zrojmwjkdmu
part 4 - http://www.mediafire.com/?aowdimnxzjm
part 5 - http://www.mediafire.com/?3mtdkqmmmrv
part 6 - http://www.mediafire.com/?wjdydzy4132
part 7 - http://www.mediafire.com/?vflmminykzt
part 8 - http://www.mediafire.com/?jgj5knn2mjw

Kalau nak senang, pakai je Jdownloader, copy je link tu nanti JDownloader akan capture dan tengok kat tab [Link Grabber] (dalam JDownloader),  Right Click dan Continue.

Note: Credit untuk KaRL, dimensi dan JWG Torrent. Nak share port lain? Komen je. Rasa berbaloi? Belilah yang original!


06 December 2009 | 4 comments

Friendster Berwajah Baru!





Friendster berwajah baru! Watchaaa!! Inilah akaun yang memang tak pernah delete (rasanya la) sejak dari mula, kalau korang tengok kat profile friendster aku, member since october 2003 tu!




Hahaha, kebanyakkan orang dah delete dah akaun friendster disebabkan banyak gila worm, spammer dan makhluk-makhluk perosak yang lain tetapi disebabkan sentimental value, aku masih lagi simpan.





Apa sentimental value tu? Beberapa mesej di inbox, dan juga blog lama aku! Blog yang 98% pengalaman sakit jiwa. Biarkan dia disitu, untuk aku muhasabah diri, apa yang kekurangan tentang diri ini. URL blog itu pun masih lagi terlekat nickname lama aku, "tEnUk" - http://tenuk.blog.friendster.com/.


p/s: Ini adalah entri selingan kerana kesibukkan melanda, final aku start 10hb sampai 18hb Disember. Salam