27 April 2009 | 15 comments

Two Years

Labels:
Salam and hi all! (Entry ini mempunyai unsur-unsur jiwang, 18JWG. Haha)



Dua tahun yang lalu, April 27, 2009 11:28am, mf dapat mesej dari cik Adila melalui friendster. Dia membalas tag mf sebenarnya,

Ini adalah buktinya tag-nya

April 27th , 2007, 11:28am
Ohh no, because you opened this you will have badluck, unless you re-post this with topic what fits you best..
pick one..

* Lavender Ice
- You're Single and Crushing

* Purple Ice
- You're in a Relationship

* Blue Ice
- Single and Not Satisfied

* White Ice
- Ready to get Married

* Black Ice
- have a Crush on someone who is already in Relationship

* Green Ice
- Single and happy

dan dia membalas dengan menulis
r u sure i gOt badluck..?
hehehe..
sure la i chOose da green ice..
hehehehe..
"single is simple..
but DOUBLE is TROuBLE.."

Selepas itu, kami terus berhubung melalui friendster. Setelah beberapa bulan kemudia, berpindah ke Yahoo Messenger (YM). Setelah beberapa bulan, dia telah memberikan nombor telefonnya kat mf, sebab nak ajak mf datang hari perkahwinan kakaknya. Akan tetapi, sewaktu hari perkahwinan itu, mf tak dapat nak hadir, mf SMS dia
Hye Cik Diela, fr3ak here, sorry la tak dapat datang your sis wedding

Lepas beberapa bulan, mf ada perjumpaan dengan budak-budak bekas IKM Besut, yang hadir ialah Sepang, Sinchan, Alim, Jojo, Eqin, EJ and Kersing (zack) (rasanya yang tu saja kot yang hadir) di MidValley, KL
"Diela, I kat MidValley ni!"

Dia agak terkejut dengan SMS tu, sebab masa tu, dia pun ada kat MidValley, dia keluar dengan teman baiknya, Lisa. Dia agak kemaluan malu-malu kucing masa itu, memang dua-dua tergamam! Yang Maha Mengetahui telah menemukan kami dengan tidak sengaja. Tapi hanya untuk beberapa minit sahaja disebabkan dia dah nak balik. Walaupun hanya beberapa ketika, mf memang bersyukur sangat-sangat.

Kitaorang terus rapat dan terhenti seketika disebabkan dia sibuk dengan Puteri-nya pada Mac (Pilihan Raya Umum kan?)! Hahaha, dan kembali rapat dalam April (April jugakk) setelah mf dapat tahu yang dia tengah single! (adik dah solo, abang masuk jarum la..hehe) Tapi, untuk pengetahuan korang, kitaorang tak pernah pun declare yang kami ni couple! Sebab itu-lah mf agak meminati lagu Jason Mraz - Lucky. Liriknya sungguh bermakna!

Semoga perhubungan yang terjalin ini kekal sehingga nafasku yang terakhir. Dugaan dari Dia memang tak dapat dielakkan, dan sekiranya tiada jodoh antara kami, mf harap tali ini tidak renggang walau sedikit pun kerana dia merupakan sahabat, kawan dan gadis mf. Amin.



26 April 2009 | 2 comments

Selangor Menjulang Piala FA 2009!

Salam & Hi to all!



Congratulation to Selangor + Selangor Fans!! We winn!! Hahaha, walaupun mf bukan kerakyatan Selangor, tetapi bermaustatin (menetap) disini, Banting. Oleh itu, bangga la jugak diatas kemenangan ini! (walaupun penalti!).

Congrats Again!!


25 April 2009 | 5 comments

Speedfinger.org V4!

Assalamualaikum & Hi all!

Korang tahu kan speedfinger? Satu ketika dahulu, SP (Speedfinger Portal) agak top jugak la, tapi disebabkan banyak dugaan yang datang melanda, makin lama portal ini semakin sayup dan agak perlahan.

Kini SP telah berwajah baru! mf? Bos besar (Eddie) telah kasi assignment yang pertama untuk mf! Hahaha, assignment apa? mf ditugaskan untuk buat splash image la untuk SP ni. Hasilnya?



ini .png yang mf buat


dan ini bila dah masuk dalam page


Jeng-jeng-jeng.. Hehe, katak tu memang moskot SP dari dulu, untuk font "Speedfinger" tu, mf pakai 04b03, main dengan brush sikit. Sebenarnya, mf memang tak pernah tuntut apa-apa pun bila orang suruh buat barang (kecuali wafi..Hahaha), bukan apa, just for gaining some extra knowledge + experience. Untuk art ni, mf dapat topup free! Hahaha, berapa? Shuuu.. Rezeki ;) 

Anyway, thanks a lot bro! 

p/s: mf ingatkan bro dok putrajaya lagi, tup-tup dia kata, dah 3 tahun dia pindah! Hahaha, mintak maap la bro, memang ada penyakit "5 Min Tom (penyakit Adam Sandlers dalam 50 First Date, hehe)".


24 April 2009 | 0 comments

Blog Diserang Makhluk Aneh!

Salam & Hi semua!


Korang ada perasan tak dua ekor makhluk yang sedang bertenggek kat blog mf ni? Hehe, yang baru biru adalah pemilik blog dan yang kanan tu, si sepang. Korang nak letak dalam blog korang pun boleh je, korang potong gambar korang pakai Pen Tool dalam Photoshop, buang background belakang, simpankan gambar itu .png.

Lepas tu, korang bermain-lah dengan CSS, contohnya, macam mf punya:-


untuk margin tu, eksperimen je tu, yang z-index tu, nak bagi layer gambar tadi diatas sekali. Tetapi malang sekali, Google Chrome dengan Safari 4 tak support z-index (ia berfungsi dengan baik untuk IE8, Firefox 3). Mungkin ia akan muncul hanya dengan memanggil javascript seperti adiwidget punya.


Edisi Khas: Mohd Ismail Badri

Labels: ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Entry ini ditujukan khas buat Mohd Ismail Badri, budak Pahang yang sedang menuntut di M-C-S (my college ****) College.
 

Budak ni memang satu kepala jugak la dengan aku, geng-geng mbsc. Actually, tak plan pun tapi ayob dok ajak hentam dia, si arshad pun ada rumah (mamat dibawak kereta pulak!), terus ramai-ramai sumbat dalam kereta dia! Hahaha, ahli-ahli yang terlibat:
  • Bojan
  • Ayob
  • Shafiq
  • Jai
  • Arshad
  • Apis (gemok)
  • Apek
  • Wan
Kami pun taktau dia kat mana mula-mula, saja pi ronda-ronda kat hostel awek dia, boleh pulak nampak dia. Masing-masing turun kereta (6 orang sekali gus! Dah macam nak riot dah! Bonzer club kat situ pun dah bangun pandang-pandang). Si bohjan mulakan peperangan, terus masing-masing hentak dia! Hahahaha, mendapat kauu Mohd Ismail!! Hahaha, ko ingat ko otai!! Amek kau!



Dekat setengah jam @ lebih, kami buli awek dia suruh wish! Hahaha


Selamat hari tua mail! Semoga panjang umur + dimurahkan rezeki + ingat mak bapak kat rumah + jaga awek ko elok2  + kita bukan sekadar kawan, kita bersahabat! Anyway, thanks a lot to aweknye, Nazirah (kot namanya..hehe) sebab sporting jugak! Chow~!

buat pengetahuan korang, aku memang dah lama tinggalkan alam teluran ni, tapi disebabkan budak ni agak 'bertuah', terpaksa la jadi budak-budak! Hahaha, lantak orang mo cakap pe, janji puas!

untuk video yang lain, korang sila tengok dipicasaku! [ klik sini ]


21 April 2009 | 12 comments

Exam Oh Exam

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!



Buat pengetahuan korang, mf baru dapat jadual peperiksaan hari pagi tadi. Bermula pada Mei 5 hingga Mei 14 ini. Persediaan? Hahahaha, usah ditanya-lah (mf taktau apa! Haha).

Subjek untuk semester ini, 5 subjek:-

  • Record Management
  • Office Administration
  • Business Calculation
  • Interpersonal Communication
  • Project Management

Wish me luck! Heee + Good luck buat semua yang tengah exam sekarang ni!


Download Movie dari MediaFire

Salam & Hi semua!

Terdapat dua golongan insan yang berminat dengan movie! Satu golongan, kaki panggung, tak kira-lah movie apa pun, janji tengok dipanggung, kalau puas hati, terus kasi angkat beli DVD, CD yang ORIGINAL dan satu lagi golongan (mf rasanya tergolong dalam golongan ini) yang memilih untuk bersabar dan menanti movie di'release di alam cyber.

Kita semua sedar yang perbuatan kita ini adalah salah disisi undang-undang tapi kalau itulah ada perkongsian p2p. Apa-apa pun, beli-lah yang original untuk memastikan industri perfileman kita tidak mati.

Untuk penggemar movie-movie luar, mf ada terjumpa 1 blog yang berkongsi file-file yang kebanyakkannya diupload dari mediafire (buat yang masih belum sedar, mediafire merupakan hosting yang agak laju). Walaupun masih baru (blog ini mula beroperasi awal tahun 2009), tapi koleksinya agak banyak (lebih dari 700) termasuk dengan klip video.

Banyak sangatlah 'file'nya, macam mana nak men'download'?
 
  1. Korang klik di'url' yang diberikan
  2. Tekan [Click here to download]
  3. Apabila keluar popup Internet Download Manager, korang pilih [Download Later]
  4. Satu lagi popup akan keluar, [Add files to the queue], tanda [/] diruangan [Start queue processing]
  5. Teruskan dengan file-file yang berikutnya (kebanyakkan movie sehingga 8-9 part)

Terdapat lagi 1 trik yang agak menarik yang menggunakan enjin pencari Google.com, korang hanya perlu taip
site:mediafire.com rar|zip "Carian"
Penerangan:
site:mediafire.com <- ia akan mencari url yang berkaitan dengan mediafire.com sahaja
rar|zip <- jenis file .rar dan .zip sahaja yang akan dicari
"Carian" <- tajuk cerita yang anda ingin cari
Contoh:
Enjoy!


20 April 2009 | 10 comments

Blog Update: Optimize CSS/Javascript

Salam & Hi semua!

Ada seorang bloggers, cik aden @ tehais komen layout yang di'convert'kan sendiri oleh aku, myfr3ak (mf) dekat kotak jerit (shoutbox) dia,

aden: myfr3ak: Apsal blog kamu berat sgt?huhu.Nak bg komen pun takleh


Oleh disebabkan mf sentiasa nak memudahkan para pengguna internet singgah kat blog mf, mf cuba mencari penyelesaian untuk meringankan lagi blog mf dengan mengoptimakan css, javascript yang ada dalam blog mf.

Korang boleh cuba untuk mengoptimakan blog korang dengan singgah disini, dan tengok bahagian "When Deploying, Compress CSS and Javascript Files" - entry ini untuk pengguna blog yang masih 'kosong' tentang web development macam mf.

Sebelum itu, buatlah backup dulu ya! Selepas paste dan save code tu, cuba untuk view dulu sebelum 'visitor' anda komplain! Heee

Link berkaitan - http://nettuts.com/articles/general/15-tips-to-speed-up-your-website-and-optimize-your-code/

p/s: mf ingin memohon maaf sekiranya korang kena ambil masa untuk load blog mf, mf akan sentiasa cuba untuk mengoptimakan lagi blog ni.


19 April 2009 | 6 comments

Wawasan Open University (WOU) Postcard Contest Extended to April 30, 2009

Salam!

Buat pengetahuan semua, mf (myfr3ak) ada masuk pertandingan Wawasan Open University (WOU) Post @ Postcard Contest. Korang boleh tengok kat sidebar tu ataupun singgahlah kat posting ni.

Dorang tangguhkan pertandingan ni hingga 30 April ni! So, buat sesiapa yang nak join jugak dalam pertandingan ni, try la.



mf hantarkan gambar ni untuk pertandingan tu, amacam?





Gambar ni? My Firstime Photography Session!
ps: tengok tu, ada bendera Selangor ok! So, Hidup SELANGOR! Hahaha



Korang rasa, ada peluang tak?


Kisah Jalanan

Labels: ,
Salam!

Macam-macam dibuat dijalanan! Kalau remaja kat Malaysia, dulu tarian patah breakdance, dengan CD tergantung dileher, Minicompo ditanggung dibahu (zaman-zaman 4u2c la, hehe). Sekarang ni zaman shapel shuffle, teknonik, jumpstyle (menari, menarik!). Yang spesis melepak, merendek dating dengan gadis dan lain-lain tu kira standard la kan.

Dalam perjalanan 'Stumble!', terjumpa satu site yang agak menarik minatku dengan gambar-gambarnya.

Layann~



Karpet Merah menuju ke LONGKANG! Haha




Erk! Ke mana tuannya?




Erk, orang emas @ orang perak biasa la nampak. Tapi yang ni unik! Haha




Erk, apa yang dorang tengah buat? Haha




Dia telah pergi sebelum sempat menyiapkan graffitinya.




Click Read More to continue reading | original site


18 April 2009 | 16 comments

Layout Suci - TYPOGRAPHYWP

Labels:
Salam and hi to everybody!

Kalau korang mengikuti perkembangan blog aku, korang pun tau tentang kegersangan kecacatan blog aku.

Dengan segala peluh-peluh yang mengalir, aku cuba convert TypographyWP ke blogger! Ada yang tak dapat nak buat dah pening kepala!, so yang ni jela yang mampu aku buat! Hehe

Aku nak terima kasih kat luth dengan sepang sebab ada tolong aku sikit-sikit. Hehehe, korang rasa ok tak 'clean design' ni?



17 April 2009 | 7 comments

Semalam & Lirik: Cincin Emas - A. Rahman Onn

SalamX (tiru ayat encik LePaK) Hahahaha

Sebenarnya, lagu ni takdak langsung kaitan dengan aku, tapi ada kena mengena dengan bapak aku..nak cerita? Tak payah lah, biarlah "Dua darjat" menjadi sejarah :D

Enjoy




Si cincin emas
Mengingat perkara yang lepas
Yang telah berlaku
Tak berapa lama dahulu

Cincin mas ku beri padanya
Dengan harapan yang gembira
Agar dia kepunyaan hamba
Tapi sia-sia belaka

Pemberianku tak diterima
Ku tanya mengapa
Dengan perlahan dia berkata
Dia sudah ada yang punya

Cincin mas dikembalikan
Diletak di tapak tangan
Ku pakai dijariku
Untuk kenangan ku

Lirik [ credit to JiWANG.ORG]


16 April 2009 | 3 comments

Layoutku Lingkup!

Labels:
Assalamualaikum!

Buat pengetahuan semua, layout blog aku ni sedang mengalami masalah sikit! Apa yang masalah?

Tadi, time aku bukak blog aku, tetiba kosong ja.
"Mana pi background? Awat kosong?"
Aku agak kesengalan la jugak, troubleshot sikit, tetiba nampak la ayat,

"This Account Has Been Suspended
Please contact the billing/support department as soon as possible
."

Hahaha, so, buat sementara ni, semua barang-barang dibekukan! Adeii, aku akan cuba carik layout yang sesuai + guna picasa untuk upload gambar untuk layout lepas ni.

Apa kesakitan dengan blog aku?
Gambar-gambar semua dah beku
a few javascript beku (slimbox, related post, dan ada lagi sikit2)
so, untuk sementara ni, agak kecacatan la sementara nak elok.

Bila nak elok?
Lepas habis semua assignment + presentation, sebab sekarang ni memang agak sibuk jugak dengan benda alah tu. Lepas ni, baru nak repair.
Oleh itu, mintak maap la semua ek! 


15 April 2009 | 6 comments

Photography: Malaysia in Reflection

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Disebabkan terlalu sibuk dengan assignment, memang serabut gila sekarang ni! Hahaha, no more dotA, no more movie, no more anime. Haihh, pening-pening..

Disebabkan terlalu perit otak ni, so, aku saja jalan-jalan kat flickr, ushar-ushar "Malaysia reflect", ada jugak yang tak dapat nak amek (malas nak view source!) Hahaha, so Enjoy~! Lalala

Triplets and reflection by neeZhom


Tower Relected by _gee_


Terengganu by neeZhom


Putrajaya International Convention Center (HDR) by CGAtlan


Tengku Tengah Zaharah Mosque, Terengganu by dlensa



Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur by ronanmacm


Putrajaya Mosque, Putrajaya by Farid Iqbal


Eye on Malaysia, Kuala Lumpur by syakster


Bila la dapat angkat minatang tu sebijik eh..Hehehe

Click Read More to continue reading


13 April 2009 | 12 comments

Screencast: Drawing Soft & Fluffy Love Shape in Photoshop [UPDATE]

Assalamualaikum!

Buat sesiapa yang mengikut tutorial yang aku dah buat untuk posting ni, aku try buat video plak! Hahahaha, dalam Bahasa Malaysia OK! Tapi memang malang gila nasibku, mic macam ampes! Oleh disebabkan itu, kualiti audio agak kurang dan terlalu perlahan! Anyway, Enjoy la tutorial yang tak seberapa ni!

[UPDATE: 2:42AM - Tutorialvid betul-betul melajukan video, so aku try test Blip.tv pulak!]



10 April 2009 | 1 comments

Photoshop: Soft & Fluffy Love Shape

Labels: ,
Assalamualaikum and hi to everyone!

Let's play with Photoshop again! How to create a Soft & Fluffy Love Shape?


Feel free to view the tutorial here.


Photoshop: Gadisku dan U-Mobile

Nak kena cerita ka? Hehehehe

Layan jerla ek..

dan ini gambar orinya

Lokasi: Depan Kedai U-Mobile, Times Square
Snap guna: C905

p/s: gambar yang 1st tu agak "over" disebabkan aku saje guna effect noise. Click je gambo nye, nampak la ok sikit..


09 April 2009 | 4 comments

Flickr Today - croknok Artwork

Labels: , ,
Hi all! Actually I wanna share the artwork from Flickr that I just visit a few moment ago!


He called himself croknok, from ORLANDO, FLORIDA, US.

Here is a few of my favourite! Check it more at his flickr!







I thought the illustration on the deck below just a sketch, but it's real dudes! Quite clean, simple! Really different from other deck design (or only me don't know about it? Hehe).



and this is the special one! Sepang said the artwork just like me! Haha, dammit!


feel free to visit his myspace and his blog

p/s: Nice artwork buddy!


08 April 2009 | 7 comments

Portable Ubuntu - Run Inside Windows

Hi all!

Before this, if you want to try Ubuntu - for a beginner, you can run it via live CD but now they create the easy way! You just can run the Ubuntu without restart your pc / laptop but this operating system are develop for Windows User only.

Portable Ubuntu

want to download it? Feel free to visit here


07 April 2009 | 14 comments

Dua Bukit You, Satu Batang I

Assalamualaikum!

Tahniah buat penyokong Pakatan Rakyat dah menang 2 Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tidak lupa juga tahniah buat penyokong barisan yang menang sebatang! Hehe, semoga mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan dengan penuh dedikasi!

Nampaknya pendekatan oleh Pakatan Rakyat lagi memberansangkan dari Barisan Nasional (BN). Tapi yang menariknya, aku ada tengok TV1 tadi. Dorang dok borak pasal politik kat Bukit Gantang.

"Pakatan meletakkan calon terbaik mereka, Dato' Nizar manakala Barisan meletakkan calon yang orang tak berapa kenal"

Aik, sebelum ni Belit-in dengan Berita Hairan dok kata, 
"Ismail anak jati Bukit Gantang la, memang orang kenal la"
 Ni apa kes pulak? Hahahaha, sendiri mau pikir!

Dan mungkin juga disebabkan sesetengah pihak tak puas hati dengan keputusan PAU - Perhimpunan Agung UMNO hari tu. Biarkan si luncai dengan labu-labunya dan sesungguhnya.

Apa-apa pun, semoga mereka BUAT KERJA! Tak kira la mana-mana pun, kita kan rakyat Malaysia!


Port Makan - Laksa Janggus, Balik Pulau, Penang!

Assalamualaikum!

Olaa, untuk entry ni, kita sembang pasal LAKSA JANGGUS, BALIK PULAU!


Buat pengetahuan korang, laksa janggus merupakan tarikan utama bila menyebut bab "port" laksa paling mantop kat Penang! Nama dia diambil sempena pokok janggus yang besar kat tepi kedainya yang agak kecik tu.

Hehe, nak pi memang jauh sebab korang kena lalu bukit (sama ada Bukit Relau, bukit dari Ayer Itam, bukit Teluk Bahang takpun dari bukit Teluk Kumbar - sebab tu la nama tempat aku, Balik Pulau yang membawa maksud "disebalik pulau" - rasanya la, hehe). Try tengok gambar kat bawah ni, ada "Plat Jalan-Jalan Cari Makan" tau! Hehe.


Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, ia akan mengambil masa lebih kurang setengah jam lebih, agak-agak dalam 30km jugak la dari Jambatan Pulau Pinang.


Bab harga? Jangan risau! Memang murah! Biasa la, dalam kampung saja kedainya, mangkuk besar baru RM2. Lepas korang bedal kat Laksa Janggus tu, korang boleh terus ke Pasir Panjang, tengok keindahan alam ke, mandi laut ke, buat istana pasir ke, lari-lari dipersisiran pantai ke, tangkap gambo ke, ikut suke hati korang la! Hehe

Macam mana nak pi? Korang boleh klik kat sini (powered by Google Maps).


p/s: Laksa yang kat atas ni memang agak kosong sebab aku memang order takde sayur! Hahaha, bukan apa, nanti cepat sangat proses penghadaman! Tak sampai 8 minit, mesti memulas punya! Pernah sekali aku dengan bojan makan bihun sup dekat area Kampung Baru, KL, memang mantop! Aku tibai sampai licin, air pun tak sempat nak habis, tetiba dah kena 'attack'. Tu yang aku kurang sikit makan sayur ni. Hehe, kalau kat rumah takpa la, jamban dekat! Hahaha


Photoshop: Aku dimanipulasi

Salam! 

Disebabkan aku memang pengidap insomia, dah 2 jam letak kepala masih lagi tak dapat lelapkan mata. Aku berkarya lagi, selalunya artwork-artwork aku agak 'clean' tapi untuk kali ni, kita buat sedikit kelainan!

Dengan skill yang tak seberapa ni, aku try manipulasikan gambar aku sendiri! Hahaha!


Warghhhh~!!!


06 April 2009 | 6 comments

Oh Politik di Malaysia

Labels: , , , , ,
Assalamualaikum!

Buat pengetahuan korang, aku memang melanggani rss Perisik-Rakyat untuk baca news-news yang diupdate terus dari sana! Reporter tanpa gaji (tabik bro!) - kalau ada pun wang sumbangan orang! 

Ada satu gambar yang menarik minat aku dalam entry ni



Bila la kita dapat capai peringkat ni? Tapi alangkah baik lagi semua parti dibawah satu bumbung, bukannya saling tikam menikam, bom-bom, fitnah sana, janji kosong, kasi peluru, maki hamun tak tentu hala. 

Tak salah kita berbeza pendapat, tapi buat kerja capai la satu matlamat. Cuba imbas kembali bila peristiwa tsunami / tanah runtuh jadi, ada tak kita tanya dulu,
"Ko bulan ke dacing? Kalau ko dacing, aku tanak tolong ko"

"Ehh, mana boleh, ko memang setia dengan bulan kan? Ko mintak orang sana tu tolong" 
bila bala dari Allah S.W.T turun ke muka bumi Malaysia tercinta ni, baru la masing-masing sedar bahawa kita saling memerlukan, ada pro dan ada kontra. Jangan la sampai nak bermusuh pula hanya disebabkan ideologi berbeza. 

Satu saja aku nak cakap dan korang hayati sendiri, 
Takkan kita nak sedar yang kita semua sama bila bala menimpa kita? 
Korang pun dah reti pikir sendirikan? Oleh hal yang sedemikian, berfikirlah seperti manusia matang, usahkan berfikir seperti musang yang berbulu ayam.


Eumora | ADS4BUCKS in Flyers

Assalamualaikum!

Aku memang agak sebuk! Dengan assignment sume bagai! Tapi dah antar dah 2 assignment, Office Administration 2 dengan Interpersonal Communication.

Kalau korang tengok gambo yang aku lukis kat Illustrator yang huduh tu, ni si sepang bikin lagi cambest, pakai Google SketchUp! Bley la taruk dalam presentation! Hahahaaha, thank you pangg..I lebiuu~! Hahaha


Tapi, tu semua selingan, yang aku nak karang dalam entry ni, aku dah siapkan 2 flyers, satu untuk Eumora dan lagi satu untuk si KhairilHusni, Ads4Bucks.net.


Euroma - sabun spa yang cambest, dan disebabkan harga yang agak mahal, para penjual akan promotekan benda alah ni untuk kegunaan muka saja. Ni tokei Dinet dok jual sekarang ni, sama jugak dengan si piduih (member aku).


Ads4bucks - kad aneh yang ada ion-ion apa tah si KH cakap, aku pun agak blur. Hehe, tapi disebabkan dia ada janji nak bagi kad ni satu lepas aku buat banner ads4bucks.net, aku pun buat la flyers yang dia mintak aku buat. Hehe.

p/s: aku tak dapat profit eh promote menda ni, tapi kalau depa nak bagi, Alhamdulillah. Niat aku nak share je artwork yang tak seberapa ni.


02 April 2009 | 10 comments

Google Pagerank #2!

Assalamualaikum

Aku 'ter'ponteng kelas lagi hari ni! Bukan sengaja laa, aku dah bangun pagi tadi pukul 7 lebih. Boleh pulak mimpi ular sawo! Bangun je pening kepala otak, terpusing-pusing! Niat nak sms gadis, tulis punya tulis, tetiba aku celik balik tengok jam dah pukul 10! Peh, kantoi lagik! SMS pun tak sempat nak send, tertido balik.

Then, bukak mail, ada email dari http://pagerankalert.com/blog,



dah naik dah PR aku 2, hehe. Rasanya ini bulan ke-empat aku jadi bloggers tegar kot, sebelum ni, takde la minat sangat sebab internet connection pun curik orang punya! Hahaha

Check PageRank


Sejak dari February 14, 2009, blog aku yang tak seberapa ni dah mencapai 3k unique visitor (kira ok la jugak! dari dulu post article pun syok sendiri dan tak mengharapkan orang datang menjenguk..hehe).

Anway, terima kasih semua pengunjung myfr3ak[dot]blogspot[dot]com dan follower-follower yang sudi ikut + senaraikan blog aku dalam bloglist korang! 


01 April 2009 | 9 comments

Serabut dengan Assignment + Typing Speedtest

Assalamualaikum semua!

Sebab apa aku jarang update blog dah sekarang? Sebab dengan assignment semua, mende alah ape tah bersepah-sepah, naik serabut pulak aku! Even sekarang ini pun, aku tengah buat assignment Office Administration 2. Dia suruh develop satu product yang multi-function. Dengan logo lagi, then suruh buat product tu punya illustrate! Haihh.. nak tengok hasil dia? Ni dia, Mable! (multi-function Table) 

Hahaha, actually, aku sebenarnya memang tak familiar dengan Adobe Illustrator ni, kalau Adobe Photoshop tu, boleh la jugak, kenal la jugak dengan tool-tool dia, Adobe Illustrator ni? HARAMM tak tau! 

aku hanya illustratekan benda yang budak ni lukis atas 
kertas graf! Haha, tapi sebijik la.


Aku ada download tutorial dari lynda.com punya, tapi tak sempat lagi mau tengok tutorial tu. Hehe. So, aku main taram je buat mende alah tu + aku memang takde bakat melukis punya. 

Dan disebabkan agak ke'tension'an, aku saja melawat-lawat bro Eddie punya blog, dah semakin "MUDA" dah otai Speedfinger.org ni (jangan marah noo bro..hehe) dan terus ke blog ZaaG (orang SP gak ni), tetiba nampak la ada Typing Speed. Aku pun teruskan usaha aku! Hahaha, resultnya?

270 points, so you achieved position 430826 of 2991152 on the ranking list


You type 365 characters per minute
You have 62 correct words and
you have 0 wrong words

62 words

Speed test

Kalau korang rasa agak-agak kebosanan tu, try la. Hehe. Enjoy!