Showing posts with label Personal Life. Show all posts
Showing posts with label Personal Life. Show all posts
15 July 2010 | 5 comments

Setelah 2 Bulan Menyepi

Labels:

Setelah 2 bulan menyepi, kini aku kembali.

Aku tak kemana-mana pun. Hanya nak menikmati semester akhir kat kolej yang dah aku jejak selama 2 tahun setengah. Saat-saat akhir adalah saat-saat terindah sebab masa mula kita buat sesuatu, kadang-kadang kita terlalu excited, takpun terlalu benci. Dalam pertengahan, segala rasa ada dan waktu terakhir adalah waktu terindah.



08 February 2010 | 8 comments

(Video) Tahi Bintang / Meteor


Erk! Ini tidak ada kena mengena dengan puisi Bintang Jatuh daripada puan fynn jamal! Ini betul-betul punya tahi bintang / shooting star / meteor.

Korang pernah dapat peluang tak menyaksikan alam ghaib tahi bintang? Selama aku hidup ini, aku dah berpeluang menyaksikannya lima (5) kali.

Ini adalah video kompilasi tahi-tahi yang jatuh! Hehe.


02 February 2010 | 17 comments

Hello Cameron Highland!


Lama benar aku tak pergi melawat Malaysia. Nak berblogging pun sibuk, tambahkan lagi nak Cuti-Cuti Malaysia! Hahaha.

Semuanya bermula dari hari sabtu hari tu, aku memang plan nak lepak dengan gadis tapi tak tau kat mana. Suddenly both of my sis said they wanna go ~shopping at The Mines. Si gadis pun tetiba kata memang nak ajak lepak The Mines. Memandangkan dorang tak pernah lagi berjumpa (tini dah, ecah belum, anis laaagi belum), aku ajak la lepak sekali. Hahaha, selambe gi dating bawak kakak tu! Hahaha. Kira okay la tu dari si gadis, ajak aku dating dengan Anuar Family hari tu!

Aktiviti untuk hari sabtu?


31 December 2009 | 8 comments

Selamat Tahun Baru 2010 | Selamat Tinggal 2009



Tiap-tiap tahun kita mesti buat azam baru, tetapi adakah azam tahun lepas sudah tercapai? Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong. Aku sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada juga sedikit impianku tercapai - "It's better than nothing".

Kepada yang mencari artikel-artikel untuk muhasabah diri, disini bukan tempatnya kerana aku sendiri bukannya seorang pakar motivasi, aku bukan insan sempurna yang sentiasa mencari kesalahan orang lain - seperti blogger-blogger yang menulis artikel, "10 Sebab Aku Tak Suka Korang".


21 December 2009 | 3 comments

Selamat Ulang Tahun Ke-22 Adilah Anuar

Salam. 생일 축하합니다! 生日快乐!. Biar hanya hati berbisik, mulut dan jari hanya pandai menipu.





Selamat Ulangtahun Ke-23 Cik Adilah Anuar (21 Disember). Semoga Allah merahmati anda, memurahkan rezeki, dan banyak-lagi-sampai-tak-tau-macam-mana-nak-cakap. Khas untuk kamu,

생일 축하 합니다
생일 축하 합니다
사랑하는 Adilah Anuar 게
생일 축하 합니다!
[translate]







Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Ji gu e seo u ju e seo
Je il sa rang ham ni da

Kko ppo da deo gop kke
Bye do da deo bal kke
Sa ja bo da yong gam ha ge
Happy birthday to you

Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Kkott tau tun na chi gu ya
Gul go git ka sa ra yo

Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Ji gu e seo u ju e seo
Je il sa rang ham ni da

Kko ppo da deo gop kke
Bye do da deo bal kke
Sa ja bo da yong gam ha ge
Happy birthday to you

Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Kal gat teau tun na chin gu ya
Pom na ge sa se yo
Beol ga teau na chin gu ya
Tok so myeo sa ra yo

Sumpah aku tak paham! Tapi disebabkan kecomelan lagu ini, aku tujukan untuk dia. Maaf takde hadiah. Tamat.

p/s: teringat sesi perkenalan, disini (versi aku) dan sini (versi dia).



16 September 2009 | 12 comments

Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang

sambungan daripada entri terdahulu,


Bangkok Station, 6.45 Petang

"Itu Mama dengan Baba kot weh", kataku kepada Luth, JulietAnna dan Panglima Hitam yang menaiki kereta Persona milik abang Luth.

 Aku terlihat Ustaz Baba dan Mama pun memandang kami, dan menyedekahkan senyuman. Aku terus keluar dari mobil dan terus bersalaman dengan Ustaz Baba. Ustaz Baba dan Mama Moden datang bersama-sama anak mereka yang comel, Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah. Anak-anak mereka yang lain tidak dapat datang kerana menghadiri Program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Taman Pekaka, Sungai Dua. Lalu Enchek Luth mengajak kami duduk dimeja yang telah kami tempah.




Hadapan UITM Seberang Prai, 6.20 Petang
"Assalamualaikum, mama minta maaf kerana mama mungkin lambat sedikit. Ada kemalangan berlaku didepan mata, mama nak ke Hospital Seberang Jaya nak hantar mangsa" - nama "Blogger / Mama Moden" terpapar di Sony Ericsson Cybershot k800 milik Luth. Sebelum itu, Mamu Omara ada menelefon aku menyatakan bahawa sahabatnya, Arzaman akan hadir bersamanya. "Kami memang tempah lebih Mamu, takpa aih", balasku.


Bangkok Station, 6.55 Petang
Abang Fazrulls pun tiba dan aku tercari-cari dimana Mamu Omara, katanya dah sampai. Puas aku dan Luth meninjau, dan akhirnya Mamu Omara melangkah keluar dari keretanya dengan baju biru berkotak-kotak. Setelah bersalaman, beliau menyatakan bahawa sahabatnya tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu. "Takpalah, bukan rezeki nak jumpa hari ini", cetus hatiku.


Kami meluangkan masa untuk berbual bersama, mula mengenali antara satu sama yang lain. Baby Wify dan kakaknya pun tiba dan terus hangat berbual. Sebenarnya, aku bukanlah orang yang agak peramah, agak sukar untuk aku berbual sebegitu rupa. Tapi, mereka begitu mesra sekali. Walaupun hanya baru beberapa minit bertentangan mata, walaupun bukanlah terlalu rapat didalam alam blog, tetapi memang terasa seperti sudah lama mengenal mereka. "Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan ini", hatiku berbicara lagi.


Kami menikmati makanan yang memang menyelerakan setelah habis bacaan doa oleh Ustaz Baba. Sungguh tak disangka, makanan yang tiba tidak muat meja. Aku dan luth menyangka makanan yang kami pesan itu tidak mencukupi, akan tetapi berlebihan pula. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada pengalaman selepas ini untuk menguruskan majlis-majlis seperti ini lagi. Enchek Helmi masih dengan kameranya, menangkap segala pengerakan kami.


Jam ditelefon telah menunjukkan jam 8, kami rasakan waktunya telah tiba. Setiap pertemuan ada perpisahan. Kami menyudahkan perpisahan kami dengan sesi bergambar bersama ahli-ahli Komuniti Bloggers Penang (KBP). Perasaanku bercampur-baur. Antara gembira, puas, sedih, letih. Tetapi yang paling utama, aku benar-benar puas dengan semua ini. Tidaklah sia-sia perjalananku. Aku harapkan tali silaturrahim ini sentiasa kukuh, sampai bila-bila.

Jika aku tiada lagi, izinkan diriku tercalit dihatimu walaupun sedikit wahai sahabat (aku tujukan untuk semua insan yang "mengenali" diri ini).


Hentian Puduraya, 4.00 Pagi
"Lebatnya hujan, macam mana nak soq (bersahur) ni?". Ketibaan aku disambut oleh hujan yang amat lebat. Aku bertolak dari Terminal Sementara Pulau Pinang sekitar jam 11.30. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Enchek Luth kerana dalam keadaannya mengantuk, dia masih temani aku. Terima kasih sahabat. Aku berjaya menjejakkan kaki dikedai di hadapan Hentian Puduraya setelah melalui parkir ditingkat atas Hentian Puduraya. Setelah selesai bersahur, ada peristiwa kelabu (masih belum hitam..haha) melanda aku yang akan aku ceritakan kemudian. STAR LRT mula beroperasi jam 6.10 pagi, aku naik menghala ke Sentul Timur. Ya, aku menuju ke tempat penginapan sahabat karibku, Muhammad Izham Khawari yang kami gelarkan, "Sepang". Aku hanya merehatkan diri disana untuk menghilangkan letih yang teramat. Aku bertolak ke Stesen Klang berdekatan Central Market itu sambil ditemani Sepang setelah selesai berbuka puasa dengannya. Terima kasih sahabat, kau memang banyak membantu aku. Terlalu banyak.

Aku memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa kerana memberi aku peluang untuk bersama dengan mereka, kerana selepas ini mungkin agak susah nak bersua kerana masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing. Aku masih mempunyai 2 misi untuk Ramadhan ini yang belum selesai.




Sekian,
Muhamad Hadi Ahmad


Cerita  Mereka!

notakaki: terima kasih semua terutama luth dan Enchek Helmi untuk gambar


14 September 2009 | 0 comments

Penat dan puas

Labels:
Hanya itu mampuku lafazkan, badan terasa sengal, mungkin disebabkan tidak cukup rehat. Tapi aku merasa puas. Tinggal 2 misi yang belum selesai untuk Ramadhan kali ini.


11 September 2009 | 0 comments

Gambar Lama

Assalamualaikum, tiada apa pun didalam entri ini, hanya mahu berkongsi gambar lama. Rasanya gambar ini diambil pada 1996, takpun 1994. Ntahlah! Hehe, yang penting, aku masih kecik + paling tinggi (hahaha).

Aku akan tiada dihadapan lappieku malam ini, kerana akan cuba mencari tiket (aku dah booking tapi macam-macam boleh jadikan?) di Klang Sentral untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bloggers Penang. Sekian, wassalam.

footnote: Special thanks to all readers, silent readers, new comer visitor, from nuffnang innit, returning visitor, my friend, thanks a lot guys! You guys rock!


16 August 2009 | 8 comments

Selamat Bertunang Juju


Rosjunaidah, itulah sepupuku disebelah ayahku (anak mak lang aku) yang telah selamat bertunang pada 15 Ogos lalu. Walaupun serba sederhana, tapi rasanya kami semua germbira! Aku rasa, agak lama kami tidak bersua muka disatu tempat yang sama setelah pemergian Tok (Che Ah bte Baharin) & Tokwanku (Darus bin Hassan). Rasanya, ada la dekat 5-6 tahun kami tak beraya bersama, kalau ada pun, datang sekejab dan balik. Itulah lumrah bila pemergiaan orang penting dalam sesebuah keluarga. Awat aku tulis lain macam ja ni..wahahha



"Selamat Bertunang Juju!" - Wahh, sepupuku berlawan dengan orang kedah! Rombongan mai dekat 8-9 biji kereta. Walaupun bangun agak lambat, tapi dah bangun tu, memang langsung tak menang tangan la. Hehe, sat basuh pinggang, sat pi cari barang, sat gi sambut tetamu, sat mengemas, biasa la, tak ramai sangat laki yang remaja dalam family kami, kami berempat saja tadi, budin, atan (anak mak lang), eakal remy (anak Cik Lah, orang Kulim) dengan aku. So, agak kalut la jugak.



Inilah gambar yang aku rasa (pendapat aku la) amat berharga buat mereka, yang akan jadi kenangan sampai bila-bila. Yang kiri tu, mak lang aku, Salmiah dan yang kanan tu, pak lang aku, Roslan sebab dah lebih kurang 20 tahun depa bercerai dan ini gambar kenangan depa. Ini juga merupakan pertama kali (seingat aku) aku bersua muka dengan pak lang aku. Tadi dia mai dengan bini dia la @ mak tiri sepupu aku. Tapi kira ok la kan? Masih ada rasa tanggungjawab dengan anak-anak.



Esok aku akan pulang ke Banting semula, dah start semester baru! Kehidupan dikolej #@#$%^&! Hahahaha.

notakaki: bila la ada rezeki lebih boleh angkat sebijik slr, C905 ni untuk outdoor (ada cahaya matahari) ok, clear, cun. Tapi bila malam atau indoor, memang SAKS! Bukak flash nampak cacat plak, tak bukak blur plak. Aku pun tak tau nak buat camna dah. Hmm..mungkin tangan aku yang cacat kot. Hahaha (sumpah aku tak tau pasal lighting!)


19 May 2009 | 8 comments

Suatu Ketika Dahulu

Labels:
Tiada rangkap ayat untuk entry ini, hanyalah sekadar gambar selingan.
Tiada madah untuk dilafazkan, biarkan sekeping gambar menceritakan keadaan.



p/s: aku tak tau nak merepek apa..ekeke


27 April 2009 | 15 comments

Two Years

Labels:
Salam and hi all! (Entry ini mempunyai unsur-unsur jiwang, 18JWG. Haha)



Dua tahun yang lalu, April 27, 2009 11:28am, mf dapat mesej dari cik Adila melalui friendster. Dia membalas tag mf sebenarnya,

Ini adalah buktinya tag-nya

April 27th , 2007, 11:28am
Ohh no, because you opened this you will have badluck, unless you re-post this with topic what fits you best..
pick one..

* Lavender Ice
- You're Single and Crushing

* Purple Ice
- You're in a Relationship

* Blue Ice
- Single and Not Satisfied

* White Ice
- Ready to get Married

* Black Ice
- have a Crush on someone who is already in Relationship

* Green Ice
- Single and happy

dan dia membalas dengan menulis
r u sure i gOt badluck..?
hehehe..
sure la i chOose da green ice..
hehehehe..
"single is simple..
but DOUBLE is TROuBLE.."

Selepas itu, kami terus berhubung melalui friendster. Setelah beberapa bulan kemudia, berpindah ke Yahoo Messenger (YM). Setelah beberapa bulan, dia telah memberikan nombor telefonnya kat mf, sebab nak ajak mf datang hari perkahwinan kakaknya. Akan tetapi, sewaktu hari perkahwinan itu, mf tak dapat nak hadir, mf SMS dia
Hye Cik Diela, fr3ak here, sorry la tak dapat datang your sis wedding

Lepas beberapa bulan, mf ada perjumpaan dengan budak-budak bekas IKM Besut, yang hadir ialah Sepang, Sinchan, Alim, Jojo, Eqin, EJ and Kersing (zack) (rasanya yang tu saja kot yang hadir) di MidValley, KL
"Diela, I kat MidValley ni!"

Dia agak terkejut dengan SMS tu, sebab masa tu, dia pun ada kat MidValley, dia keluar dengan teman baiknya, Lisa. Dia agak kemaluan malu-malu kucing masa itu, memang dua-dua tergamam! Yang Maha Mengetahui telah menemukan kami dengan tidak sengaja. Tapi hanya untuk beberapa minit sahaja disebabkan dia dah nak balik. Walaupun hanya beberapa ketika, mf memang bersyukur sangat-sangat.

Kitaorang terus rapat dan terhenti seketika disebabkan dia sibuk dengan Puteri-nya pada Mac (Pilihan Raya Umum kan?)! Hahaha, dan kembali rapat dalam April (April jugakk) setelah mf dapat tahu yang dia tengah single! (adik dah solo, abang masuk jarum la..hehe) Tapi, untuk pengetahuan korang, kitaorang tak pernah pun declare yang kami ni couple! Sebab itu-lah mf agak meminati lagu Jason Mraz - Lucky. Liriknya sungguh bermakna!

Semoga perhubungan yang terjalin ini kekal sehingga nafasku yang terakhir. Dugaan dari Dia memang tak dapat dielakkan, dan sekiranya tiada jodoh antara kami, mf harap tali ini tidak renggang walau sedikit pun kerana dia merupakan sahabat, kawan dan gadis mf. Amin.


21 April 2009 | 12 comments

Exam Oh Exam

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!



Buat pengetahuan korang, mf baru dapat jadual peperiksaan hari pagi tadi. Bermula pada Mei 5 hingga Mei 14 ini. Persediaan? Hahahaha, usah ditanya-lah (mf taktau apa! Haha).

Subjek untuk semester ini, 5 subjek:-

  • Record Management
  • Office Administration
  • Business Calculation
  • Interpersonal Communication
  • Project Management

Wish me luck! Heee + Good luck buat semua yang tengah exam sekarang ni!


23 March 2009 | 15 comments

Aku Kebotakkan

Labels: ,
Assalamualaikum, buat insan-insan yang nak tengok mukaku dalam kebotakkan, inilah buktinya. Hahahahahahahahahaha~!!

Aku ade cakap nak botak dalam entry ni, dan inilah buktinya. Hehe, dan itulah gambarku terakhir sebelum aku menggondolkan kepalaku yang tak berapa nak bulat ni.



untuk sesiapa yang berminat nak edit macam gambar pertama, sudilah ke sini yea. Terima kasih ;D



16 March 2009 | 14 comments

Latest Picture!

Labels:
Salam semua~

Sebelum meneruskan sambungan 7 Mac 1986, sudilah kalian menatap wajah terbaruku. Hehe.



p/s: Aku ingat nak botakkan rambut la.. aci tak?


06 March 2009 | 6 comments

7 Mac 1986

myfr3ak birthday
gambar ni selalu aku kasik kat budak-budak friendster, 
disebabkan malas nak buat lain, aku bubuh ja kat sini


Apa yang berlaku pada tanggal 7 Mac 1986 bersamaan dengan 26 Jamadilakhir 1406?

Seorang bayi laki-laki telah dilahirkan oleh Puan Rosiah binti Mohamad hasil perkongsian hidup dengan Encik Ahmad bin Darus. Bayi ini dilahirkan pada pagi jumaat dalam jam 09:45-10:00 (karena mengikut sijil kelahiran, tertera 10:02 pada waktunya).

Bayi itu telah dilahirkan sempurna dan tiada cacat cela. Telah diazankan oleh Encik Ahmad di Kampung Paya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Disebabkan rumah yang agak daif pada ketika itu, kanak-kanak kecil itu tidak seperti kanak-kanak yang lain. Rumah yang agak jauh dari penempatan dan jiran-jiran menyebabkan kanak-kanak tersebut terlalu rapat dengan kedua orang kakaknya.

Pada awal tahun 90-an, mereka sekeluarga telah berpindah ke Kampung Permatang Tengah, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada ketika ini, barulah sang budak itu mula berkawan, duan, syedi, emy, syukri, syukor, ima (chentaku dahulu..ehehe), inas, wanun, dan lain-lain.

p/s: nanti la sambung, kakak aku dah roger kata nak mai sini! Pickup balik Sitiawan, Perak! Cuti-cuti. Hehe


03 March 2009 | 5 comments

Test Week | Serabut

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Mintak maap la semua, minggu ni agak sibuk sikit. Biasa la minggu testkan? Dengan Business Calculation (ok kot), Interpersonal (err..), Records Management (hehe), Project Management (Hahaha, aku tak tau!) ngan Office Administration 1 (pehh).

Baru settle 3 paper, tinggal Biz Calc dengan Interpersonal..Esok kot papernya, doakan ok? Hehe

Ni aku kene tagged dgn cik jiwakacaw | jijah..ehehe

gi kat folder gambo
gi kat folder no 6
publish gambo no 6
then, senyum.. 

inilah gambo dari folder no 6, gambo yang ke-enam:




Okay tak cik jiwa? Hehe


06 February 2009 | 11 comments

JEMPUTAN, Ke Rumah Pengantin Lelaki!

Assalamualaikum semua!

Jemput mai semua ke rumah pengantin lelaki (Muhamad Hadi bin Ahmad), jangan lupa bawak anak bini semua! Ni siap aku buat plan kat hampa, kalau tak clear tu, try tengok kat sini.


2a-G-23 Taman Desa Genting,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang


Tu la alamat keramat! Haha! Err, sebenarnya aku pun tak tau aku nak cerita apa. Hahaha, tapi InsyaAllah! Kalau ada memang si gadis ini memang tercipta untuk aku, ni la plan ke rumah pengantin lelaki, untuk pengantin pompuan maybe kat Bangi, hehe. Jadi ka dak, kena la tanya empunya diri, dia mau ka laki yang pelik cam aku ni. Hehe, tarikhnya, tak tau lagi. 3-4 tahun lagi kot (kalau sempat la..)

Actually, takde menda pun untuk posting ni. Hanya sekadar menyemakkan blog aku yang memang dah semak, bila mau tukar template aku pun tak tau. Tahap kemalasan diparas 7/10 dah ni. Asyik melayan One Piece je ni, baru dekat episod 100, lebam siol melayan! Dah dekat seminggu dah ni, hehe. Layan pun bukan apa, kolej ni dah semakin membosankan! Sebab apa? Ntah, hehe.

Tah camna, tetiba teringat pulak kat Balik Pulau terindah (indah ka..?). Hehe, macam-macam dah jadi kat sana, kes Tabika KEMAS dikuncilah (selamat YB Yusmadi dah bagi keterangan), eksiden dekat bilik operasi Barisan Nasional & Parti KeADILan Rakyat, macam-macam lagi-lah!

Aku memang dibesarkan dalam hutan ni, dari kecik sampai la sekarang ni (selalunya, time cuti sem ka, mesti aku lepak sana, sebab rumah kat sana kosong, tarak orang duduk. So, kat situ lah jadi PORT! Haha, betui dak sang tokan aju? - tapi sekarang dah suci).

Dan dengan adanya Cyber Cafe, Dinet yang betul-betul jaraknya lebih kurang 12 meter dari pintu rumah aku, kat situ-lah aku menuntut ilmu perkomputeran dari segala bidang, tapi without sifu la, hanya bersandarkan pakcik Google saja. Biasa-lah! Street Learner kan? Without Certificate.

Okaylah, dah larut dekat pukul 2 pagi dah ni, esoknya kelas Miss Marliana, Project Management (dia marah sama aku la weh, hehe, byk ter'ponteng' plak..sorry ye miss).

Wassalam!


09 January 2009 | 4 comments

Meet My C905


 
Hi all, meet my new C905! Hee =D That image without editing aa, you can see here, here and here to view in the larger version. I don't know what should I say. So, later k..?
 



02 January 2009 | 0 comments

Happy New Year

Labels:
Assalamualaikum!

Yeah! Happy New Year to all of you! Hee =D diharapkan tahun ini, korang semua happy selalu! Dimurahkan rezeki..Aminn..


30 December 2008 | 1 comments

Angin Perubahan

Labels:

Salam Tahun Baru Semua!

Apa yang telah aku capai tahun lepas?

  • Sambung Belajar
    - aku meneruskan pembelajaran aku kat MCS College, Banting.
  • Lupakan Kisah Lampau
    - aku dah dapat mencuci kepala otak aku dari memori lampau yang buat aku sakit setelah menderita setahun lebih.
  • Rapat dengan orang yang memahami aku
    - dia tak pernah buat aku tekanan, dia tak pernah buat aku serabut, aku tak pernah rasa yang dia menyemakkan hidup aku.
  • Kurang rokok
    - yeah! memang kurang kalau Dunhill 14 dikongsi 2 orang kan? hehe

Sikit saja kan? Tapi kira ok la, dari takdak langsung, untuk tahun ni, aku nak:-

  • Dekatkan diri
    - aku nak dekatkan diri dengan Dia
  • Kurangkan lagi rokok
    - rokok lagi, hahaha
  • Nak Gemokkan badan!!
  • Rapatkan lagi "tali" dengan dia
    - hehehehe
  • "Upgrade"kan diri sikit
    - nak upgradekan diri sikit, bukan jadi orang lain, tapi, korang penah dengarkan? "Love doesn't change anything, but we must change for love"

Ahaa, tu ja yang aku pikiaq untuk sekarang ni..Hehe, takdak idea sebab ngantok sudaa.. hehe