29 April 2010 | 0 comments

(Youtube) Perlukan Teman Lelaki?

Mesej ini adalah khas untuk wanita-wanita yang teruk bekerja, letih untuk membuat kerja rumah, tidak ada duit untuk shopping, dan sebagainya.



Hahahaha!



22 April 2010 | 6 comments

Maybank Scampage / Remove!

Aku sebenarnya agak malas nak bersuara bab scampage ni, sebab dah bersepah orang buat. Hari ni dia masuk lagi, bertajuk, "Maybank Alert: You have 1 new security message".


URL asal yang dia re-direct dalam mail tu adalah ke,


http://www.reachthenations.org/Templates/maybank%20new/M2ULogin.doaction=Login.htm


21 April 2010 | 3 comments

(Youtube) Siapa Kata Lelaki Tak Pandai Jaga Anak

Ha! Siapa kata lelaki tak pandai jaga anak?





Sungguh comelkan? Hehehe.


18 April 2010 | 2 comments

(Novel) Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni



Untuk penggemar novel, nama Anis Ayuni mesti tidak asing kepada anda. "Saat Kau Kata Cinta" - karya terbaru oleh beliau, dimana terletak ditangga yang ke-tiga carta MPHOnline selepas Layang-layang bertali kaca (Norhayati Berahim) dan 9 Nyawa (Ramlee Awang Murshid).

Sinopsis


MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.

Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

Bagi pandangan aku, jalan ceritanya agak mudah untuk ditangkap tetapi yang menariknya, bila aku baca novel ni, rasa macam tengok drama kat tv pun ada. Hehe, mungkin disebabkan tidak serasi sangat dengan kisah cinta kot tapi tak kisahlah, janji aku baca :P

Watak Utama: Darwina
Watak Sokongan: Nuril (teman se-PLKN), Hijaz (cinta zaman sekolah), Azril (Lelaki Australia), Bapak Dia, Makcik Dia, dan hero dalam cerita ini, Syafi (bujang terlajak)
Watak Tambahan: Kelly (awek lama syafi), Umie (mak tiri Darwina), Anak makcik dia.
Tempat Kejadian: Negeri Sembilan, United Kingdom (teringat si arieza - gadis UK yang rajen buat contest)
Karya: Anis Ayuni
Keluaran: Alaf 21
Pemberi Pinjam: Sang Gadis! Haha

Hahaha, aku tak berapa nak ingat sangat. Biasalah, aku baca 'berepisod' sebab konflik yang agak kurang. Kalau konflik kuat, mesti laju aje sebab nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Dengan jalan cerita yang lancar, ada tak orang TV nak adaptasikan novel ini ke drama TV? Kisah cinta antara 3 benua! Asia, Australia dan Eropah.

Nota I: Sudilah singgah dilaman blog beliau, Suara Hati Anis Ayuni.

Nota II: Cik Arieza ada buat Contest Hangit - Tee, Keychain dan macam-macam dari LONDON! LONDON TU! Hahaha! Free promotion takde gift ke?

Nota III: Toyota VIOS SPORTY memang menarik! Sapa nak hadiahkan kat aku!

Nota Sedih:




Aku masih lagi menunggu Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid yang aku order online kat KelabRAM pada bulan lepas. Aku masih menanti, tapi janganlah sampai aku dah balik banting baru nak sampai.


17 April 2010 | 10 comments

(VIDEO) Achik Spin Meninggal Akibat Kemalangan

KEMASKINI [Video Kemalangan]




Pemergian Allahyarham Din Beramboi pun masih terasa lagi, kini Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya berhampiran Perhentian Nilai pada jam 7 malam tadi. Kabarnya arwah dalam perjalanan pulang dari siaran langsung di RTM untuk program Hits 1 petang tadi.

MPV Toyota Estima yang ditumpang oleh Achik dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya dan arwah tersepit didalam kereta yang terbakar. Kawannya pula bernasib baik kerana sempat merangkak keluar dari kereta.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


15 April 2010 | 1 comments

(Youtube) Setiap Kejayaan Lelaki, Ada Perempuan Belakangnya

Sungguh sibuk ber'dating' dengan laptop untuk menyiapkan report Internship, tak sempat nak taip apa-apa tentang peribadi (perlu ka?).

Lupakan bab aku, video ni aku rasa memang agak menarik! Khas buat para lelaki, kerana di setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang perempuan dibelakangnya. Juga di sebalik kejatuhan seorang lelaki, seorang perempuan ada dibelakangnya.

"The Girl Effect" - satu video yang tidak ada gambar, ataupun klip-klip gadis melayu yang seksi ataupun panas, tetapi hanyalah gumpalan perkataan yang penuh dengan maksud yang mendalam. Layan.




14 April 2010 | 8 comments

1 Malaysia | 1 Indonesia


Kalau di Malaysia, slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", manakala di Indonesia, slogan 1 Indonesia ialah "Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan".

Logo pun hampir sama (yang berbeza cuma dari segi bendera didalam angka '1') dan tulisan "Malaysia/Indonesia". Siapa tiru siapa? Atau ada udang disebalik batu? Ada maksud disebalik simbol yang sama?

Tepuk dada tanya selera.


Nota: Untuk bacaan lanjut, rajinkan diri disini.


13 April 2010 | 1 comments

Kita Bebas Untuk Lakukan Apa Sahaja, Tetapi..

Kita memang bebas untuk lakukan apa sahaja, tetapi ingatlah satu perkara walau apa jua agama anda, kita sedang diperhatikan.


nota: Daftar IP Man 2 Kad Kredit GSC EON Bank dan menangi Samsung Jet Mobile Phone, Samsung Explorer B2100 dan tiket tayangan perdana. Untuk maklumat lanjut, lawati www.gsc-eonbankcard.com.


11 April 2010 | 1 comments

Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010!

 Permainan yang mendebarkan, itulah yang boleh digambarkan setelah keputusan terikat 1 (satu) sama daripada separuh masa pertama hingga ke minit ke sembilan puluh. Perlawanan yang baik diantara kedua-dua pasukan walaupun beberapa kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Syukur kerana tiada insiden-insiden yang mencemarkan prestasi bola sepak negara seperti adegan-adegan panas didalam stadium.

Banyak sepakan yang menarik tetapi kecekapan penjaga gawang kedua-dua pasukan telah mematahkan segala cubaan untuk menjaringkan gol. Keputusan terikat sehingga pengadil menamatkan masa tambahan dan sepakan penalti menjadi ukuran.

Negeri Sembilan menewaskan Kedah 5-4 hasil sepakan penalti yang mencemaskan!

Begitulah berita yang dipetik dari Penagih.net. Hahaha. Apa-apa pun, jang tetap juaro!

Walaupun aku bukanlah peminat tegar bola sepak, aku bukan seperti orang-orang yang terlalu hebat bermain bola sepak yang memandang bola sepak Malaysia terlalu hina. Masa aku tengok perlawanan Negeri Sembilan dengan Kedah tadi, ada sekumpulan anak muda (aku buat-buat macam tua) dengan penuh rilek berkata,

Wey, kita lepak kat kedai depan la. Kedai ni pasang bola Malaysia, bukan best. (untuk pengetahuan anda, pada waktu yang sama, rasanya ada match West Ham United dengan Sunderland kot).

Aku pun tak tau kenapa orang kita tak suka tengok bila ada bola Malaysia tapi kalau match Manchester United ka, Liverpool ka, Chelsea ka, meriah sakan kedai mamak! Sumpah aku tak paham! Malas nak membebel panjang-panjang sebab Enchek Luth dah karang topik yang sama dalam blog dia, sekian.

Nota: Untuk sesiapa peminat Slurpee @ 7 Eleven, korang join la contest video dorang kat http://www.slurpee.com.my/myfunniestslurpeevideo.php. Kalau menang tu 80 (korang) - 20 (aku), aci?


10 April 2010 | 1 comments

Pan Pacific KLIA

Salam sejahtera. Maaf kerana tiada sebarang kemaskini kerana ana bermusafir untuk berjumpa dengan para sahabat. Ini sedikit buah tangan untuk kalian.






Special thanks to Enchek Noor Shahrir + Gadis for the gear.


02 April 2010 | 8 comments

(UTUSAN) Din Beramboi Meninggal Dunia!


Telatah dia, gelak tawa dia, aksi-aksi terlampau dia semasa Raja Lawak, hiburan pagi di Era.FM slot Aznil dan Din Beramboi, Spontan dan macam-macam lagi sumbangan yang telah beliau korbankan untuk menghiburkan seluruh warga Malaysia telah tersimpan dalam memori. Menurut utusan, Din beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 malam Jumaat (2 April 2010).

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam ini.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - sumber
KEMASKINI - sumber

Din Beramboi selamat dikebumikan, lebih 500 hadir

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.
Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat.


Ini adalah berita-berita mengenai Din Beramboi daripada laman GUA.


01 April 2010 | 6 comments

Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Penang



Entri ini sebenarnya dah lama patut dikarang, tapi disebabkan banyak urusan yang patut diselesaikan dahulu, maka lambatlah keluar. Hehehe. Ini semua ditangkap 6 Mac lalu, sewaktu bercuti bersama sang gadis di Pulau Mutiara.

Dari takde benda nak update, bantai saja! Layann