29 September 2009 | 12 comments

Tukar Layout, Apa Kata Kamu?

Labels:
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kita sudah melepasi minggu yang beraya sakan, sekarang masa untuk kembali seperti biasa. Bekerja seperti biasa, belajar seperti biasa, mentelaah seperti biasa, bermain seperti biasa dan harap-harap Ramadhan yang baru lepas ini mengajar kita semua agar menjadi insan lebih sempurna berbanding sebelumnya.

Layout "Karangan" ini rasanya dah tamat tempoh agaknya! Hehe, aku buat layout ini bersempena dengan puasa + raya dan kita dah lepas. Rasanya 95% adalah air tangan sendiri, walaupun ada orang kata layout ini buruk, kurang menarik, kosong, tapi sekurang-kurangnya ada juga feedback dari kawan-kawan. Hanya ikon, css reset dan font hasil kerja orang lain, yang lainnya memang fully handcoded, convert PSD ke XHTML/CSS. Lepas tu bloggerized'kan dia dan ubah sikit-sikit css dia.

Raya pun dah lepas, rasanya aku nak tukar layout baru kot. Ini Photoshop Mockup yang baru selesai dan guna 960 Grid.





Rasa macam nak cuba main peek-a-boo semua tu, (curik2! Miahaha), tapi tak tau lagi berkemampuan ke tak siapkan layout ini, ada rezeki siap la, kalau tak tu, yang ini pun dah ok kot, just need a little touch-up here and there.

So, what do you think? Hmm.



26 September 2009 | 0 comments

My Little Snail

Hi all!

Why I didn't update my blog recently? My internet connection (streamyx) damn fast as snail! Unstable line even the router just beside my lappie. Always timeout and disconnected when I'm downloading something. I spend more than 15 minutes to upload just a few picture at my facebook. Fyi, I didn't have any friend around here (Sitiawan) except my cousin. I just hanging out with him in this week. Why I didn't spend time with my facebook, yahoo messenger, and all my blogger friend? Try ask the little snail-lah! Grrr.. So, please DiGi, Pimp My Broadband!




 
Please vote for me! [Click Here]
 






Please VOTE for me buddy! Wanna join? Click here or visit Nuffnang for more information.


20 September 2009 | 15 comments

Salam Aidilfitri & Misi Perjalanan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung, pelawat, penyinggah, menyesat, pelompat dan kepada sesiapa yang mengikut samada secara terus ataupun tidak.

Misi "Perjalanan Ramadan" aku telah tamat. Apakah misi? Buat pengetahuan kalian, untuk Ramadan kali ini, misi aku ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sahabat-sahabat dengan berbuka puasa dengan mereka.

Misi "Perjalanan Ramadan"

Alhamdulillah, telah sempurna misi itu walaupun tidak bersama dengan kesemua, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk ada ditempat kejadian. Maafkan aku sekiranya kita tak berpeluang untuk bersama, sekiranya ada umur yang panjang, kita cuba untuk bersama pada Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, terima kasih kepada semua sahabat! Sahabat blogger, sahabat laman sosial (facebook, myspace, friendster), sahabat YM, sahabat dari Nuffnang Innit, sahabat dari seberang, sahabat lama, sahabat portal dan segala sahabat yang ada. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Sekian, Wassalam.
Muhamad Hadi Ahmad / myfr3ak / tEnUk / Hadi


19 September 2009 | 0 comments

Live Update: Nasi Kandar Beratur


Makan lagi sekali! Ada dengan Enchek Luth dan Chek Munirah.


Live Update: Supper Kapitan


Makan lagi!


18 September 2009 | 5 comments

Live Update: Jom Nando's


Hari ini berbuka di Nando's Queensbay dengan Echah dan member dia. Dia tekanan dengan waiter yang bongok. Haha


Live Update: Kakakku


Lepak minum dengan kakakku + Uncle Don (member echah)


17 September 2009 | 0 comments

Live Update: Trafik Sesak - Menghala Damansara


Trafik dilaporkan sesak, jalan menghala ke Damansara dari Putrajaya (aku tak tau nama highway ni).


Balik Kampung | Penang + Perak

Labels: ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Buat pengetahuan kalian, aku akan balik ke kampung (Sitiawan) esok (Jumaat), rasanya lepas berbuka puasa di Pulau Pinang. Aku akan bertolak dari Putrajaya bersama kakakku, Cik Arni Hasliza ke Pulau Pinang petang ini (Khamis) untuk mengambil kakakku lagi sorang, Cik Siti Nor Aishah dan adik perempuanku, Cik Anis Nabilah. Mula-mula memang nak balik esok, tapi disebabkan kakak aku ada perjumpaan dengan ex-Abdullah Munshi (kot), terpaksa balik hari ini.

Banting, aku akan pergi untuk meraikan Aidilfitri selama 2 minggu. Kau jagalah diri kau baik-baik. Hahaha. 

Ucapan raya? Awal lagi kot, malam raya nanti aku post la. InsyaAllah, ada live blogging akan menyusul.

Doakan kesejahteraan aku ya sahabat (untuk semua!)



Wassalam

bersempena dengan itu, kita layankan lagu dari Allahyarham Sudirman, Balik Kampung!


notakaki: baju "The Smith" itu ditaja oleh sepang. Hahaha.


16 September 2009 | 2 comments

Live Update: Berbuka Bersama Student MCS

Labels:

Ini budak Diploma in Office Administration(DOA) group 5, kolej MCS. Nazrul, Shue, Ekin, Bong, Fatin, Syura dengan Syafiq + asrul dengan aku.


Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang

sambungan daripada entri terdahulu,


Bangkok Station, 6.45 Petang

"Itu Mama dengan Baba kot weh", kataku kepada Luth, JulietAnna dan Panglima Hitam yang menaiki kereta Persona milik abang Luth.

 Aku terlihat Ustaz Baba dan Mama pun memandang kami, dan menyedekahkan senyuman. Aku terus keluar dari mobil dan terus bersalaman dengan Ustaz Baba. Ustaz Baba dan Mama Moden datang bersama-sama anak mereka yang comel, Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah. Anak-anak mereka yang lain tidak dapat datang kerana menghadiri Program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Taman Pekaka, Sungai Dua. Lalu Enchek Luth mengajak kami duduk dimeja yang telah kami tempah.




Hadapan UITM Seberang Prai, 6.20 Petang
"Assalamualaikum, mama minta maaf kerana mama mungkin lambat sedikit. Ada kemalangan berlaku didepan mata, mama nak ke Hospital Seberang Jaya nak hantar mangsa" - nama "Blogger / Mama Moden" terpapar di Sony Ericsson Cybershot k800 milik Luth. Sebelum itu, Mamu Omara ada menelefon aku menyatakan bahawa sahabatnya, Arzaman akan hadir bersamanya. "Kami memang tempah lebih Mamu, takpa aih", balasku.


Bangkok Station, 6.55 Petang
Abang Fazrulls pun tiba dan aku tercari-cari dimana Mamu Omara, katanya dah sampai. Puas aku dan Luth meninjau, dan akhirnya Mamu Omara melangkah keluar dari keretanya dengan baju biru berkotak-kotak. Setelah bersalaman, beliau menyatakan bahawa sahabatnya tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu. "Takpalah, bukan rezeki nak jumpa hari ini", cetus hatiku.


Kami meluangkan masa untuk berbual bersama, mula mengenali antara satu sama yang lain. Baby Wify dan kakaknya pun tiba dan terus hangat berbual. Sebenarnya, aku bukanlah orang yang agak peramah, agak sukar untuk aku berbual sebegitu rupa. Tapi, mereka begitu mesra sekali. Walaupun hanya baru beberapa minit bertentangan mata, walaupun bukanlah terlalu rapat didalam alam blog, tetapi memang terasa seperti sudah lama mengenal mereka. "Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan ini", hatiku berbicara lagi.


Kami menikmati makanan yang memang menyelerakan setelah habis bacaan doa oleh Ustaz Baba. Sungguh tak disangka, makanan yang tiba tidak muat meja. Aku dan luth menyangka makanan yang kami pesan itu tidak mencukupi, akan tetapi berlebihan pula. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada pengalaman selepas ini untuk menguruskan majlis-majlis seperti ini lagi. Enchek Helmi masih dengan kameranya, menangkap segala pengerakan kami.


Jam ditelefon telah menunjukkan jam 8, kami rasakan waktunya telah tiba. Setiap pertemuan ada perpisahan. Kami menyudahkan perpisahan kami dengan sesi bergambar bersama ahli-ahli Komuniti Bloggers Penang (KBP). Perasaanku bercampur-baur. Antara gembira, puas, sedih, letih. Tetapi yang paling utama, aku benar-benar puas dengan semua ini. Tidaklah sia-sia perjalananku. Aku harapkan tali silaturrahim ini sentiasa kukuh, sampai bila-bila.

Jika aku tiada lagi, izinkan diriku tercalit dihatimu walaupun sedikit wahai sahabat (aku tujukan untuk semua insan yang "mengenali" diri ini).


Hentian Puduraya, 4.00 Pagi
"Lebatnya hujan, macam mana nak soq (bersahur) ni?". Ketibaan aku disambut oleh hujan yang amat lebat. Aku bertolak dari Terminal Sementara Pulau Pinang sekitar jam 11.30. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Enchek Luth kerana dalam keadaannya mengantuk, dia masih temani aku. Terima kasih sahabat. Aku berjaya menjejakkan kaki dikedai di hadapan Hentian Puduraya setelah melalui parkir ditingkat atas Hentian Puduraya. Setelah selesai bersahur, ada peristiwa kelabu (masih belum hitam..haha) melanda aku yang akan aku ceritakan kemudian. STAR LRT mula beroperasi jam 6.10 pagi, aku naik menghala ke Sentul Timur. Ya, aku menuju ke tempat penginapan sahabat karibku, Muhammad Izham Khawari yang kami gelarkan, "Sepang". Aku hanya merehatkan diri disana untuk menghilangkan letih yang teramat. Aku bertolak ke Stesen Klang berdekatan Central Market itu sambil ditemani Sepang setelah selesai berbuka puasa dengannya. Terima kasih sahabat, kau memang banyak membantu aku. Terlalu banyak.

Aku memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa kerana memberi aku peluang untuk bersama dengan mereka, kerana selepas ini mungkin agak susah nak bersua kerana masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing. Aku masih mempunyai 2 misi untuk Ramadhan ini yang belum selesai.




Sekian,
Muhamad Hadi Ahmad


Cerita  Mereka!

notakaki: terima kasih semua terutama luth dan Enchek Helmi untuk gambar


15 September 2009 | 8 comments

Youtube: Perjalanan Ke Pulau Pinang 11/9

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ya, seperti yang korang tahu, aku buat trip ke Penang (sehelai sepinggang) untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang anjuran Enchek Luth. Ini adalah kali pertama Komuniti Bloggers Penang (KBP) membuat aktiviti ini dan aku rasa ia berjaya secara keseluruhannya. Aku memang amat puas hati, walaupun hanya kurang 15 orang yang hadir, tapi kami dah macam satu keluarga. Kami ada Mamu (panggilan untuk pakcik) Omara, abang Fazrulls, Ustaz Baba, Mama Moden, Panglima Hitam @ Enchek Helmi, Baby Wify bersama kakak yang comel (tapi agak pendiam juga la), JulietAnna, ada anak-anak Ustaz Baba dengan Mama Moden yang comel (adilah), dan tidak lupa kepada Enchek Luth.

Walaupun ini merupakan pertama kali kami bersua muka, tapi, memang terus mesra. Mula-mula agak segan la sikit dengan Ustaz Baba dengan Mama Moden, biasa la, saya ini budak jahat (wahaha). Tapi Alhamdulillah, masing-masing memang mesra. Mamu lagi la, datang-datang terus "Oh, ini la hadi. Dalam gambar muka nampak lain, botak", aku terus ketawa. "Itu gambar lama mamu, dah ada rambut dah la ni".

Aku memang banyak terhutang budi kepada Enchek Luth, walaupun beliau ada ujian pada pagi Sabtu itu, dia sanggup tak tidur untuk menjemputku di Terminal Bas Sementara Pulau Pinang. Aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah mengejutkan aku setelah bas yang aku naik berhenti diterminal itu. Aku buka mata, aku nampak lampu signboard Terminal, langsung kalut untuk turun. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menggerakkan aku.



catatan penulis
Banting, Jumaat jam 5.30 Petang
Aku melangkah menuju ke Terminal Bas Banting, sangkaanku, aku berjaya dapatkan bas terus ke Klang Sentral, akan tetapi sangkaanku benar-benar meleset. Bas yang ada semuanya menuju ke Klang. Aku terus menaiki Bas Cityliner yang berwarna merah itu, kemudiam disusuli oleh pelajar-pelajar yang outing untuk membeli juadah. Sesak, memang sesak.


Klang, 7.30 Petang
Setibanya aku ke Bandar Diraja Klang, aku terus menuju ke 7 Eleven untuk membeli juadah berbuka puasa. Ya, untuk hari itu aku memang tidak sempat untuk membeli juadah berbuka. Snickers, Twister Apple dan Dunhill 14 menjadi temanku berbuka. Itu rezekiku pada hari tu. Lepas menikmati minuman, aku terus mencari bas ke Klang Sentral, ini merupakan kali pertama aku naik dari Klang Sentral. Beberapa orang ditanya, ada yang kata tunggu dibawah jambatan, ada yang kata tunggu didepan Masjid, ada yang kata tunggu di bank. Setengah jam aku terkapai-kapai mencari tempat untuk aku menaiki bas ke sana. Akhirnya aku jumpa, sekali lagi Allah mempermudahkan perjalananku.



Klang Sentral, Sekitar 8.45 Malam
Aku terpaksa berjalan kaki lebih kurang 500 meter untuk sampai ke Terminal bas kerana ada budak didalam bas mengatakan aku boleh turun disitu. Oleh kerana fikiranku aku agak kurang stabil (mungkin kerana perutku masih kosong) aku turuti sahaja kata-kata budak itu. Tak mengapalah, dugaan kecil. Sesudah sampai di Terminal, aku terus naik ke ruang penjualan tiket dibahagian atas. Aku terus disapa oleh "lalat-lalat" tiket. Aku tak suka bila orang menyapa aku sebegitu rupa, sungguh tertekan apabila dipaksa-paksa turutkan kata-kata mereka. Selamatlah aku ternampak signboard "Jumiati Enterprise", syarikat bas yang aku telah membuat tempahan 2 hari sebelum aku datang.

"Enchek ada booking? Apa nama Enchek?", tanya seorang wakil dari syarikat itu.
"Adi, saya booking tiket jam 11", aku menjawab.
"Oh, yang kosong satu tujuh, empat tiga dua enam .... ini nombor enchek kan?"
"Ya, sayalah tu."



Not lima puluh ringgit diberikan kepada auntie yang menjaga kaunter itu, dan bakinya dipulangkan kepadaku. Lelaki berketurunan India yang merupakan agen syarikat berkenaan mengatakan padaku yang tiket itu bernilai RM34, tapi kerana tidak ada wang tukar, RM32 sahajalah tiketnya itu. Terima kasih Allah. Rezekiku.



Aku menunggu bas sambil bertemankan novel karya Ramli Awang Murshid, "Ranggau", yang dipinjamkan oleh Ismail Badri, sahabatku yang telah pulang ke Pahang pada minggu lepas. Helaian demi helaian ditatap, satu ayat telah menarik perhatianku.

Aku lebih gemar tinggal dihotel. Aku tidak suka menyusahkan tuan rumah.

Ya, aku juga bersifat seperti itu. Tidak, aku tak sombong, aku bukannya memilih. Ini aku, aku lebih rela tidur berbantalkan beg dan jaket aku dari menyusahkan orang lain. Kerana itu jugalah aku menolak ajakan Enchek Luth untuk bermalam dirumahnya.



Pulau Pinang, 4 Pagi
"Dimana aku?", aku bermonolog sambil memerhati sekeliling. Bas yang ku naiki telah berenti ditepi jalan, dalam renungan jauhku, ku terpandang signboard "Terminal Sementara Pulau Pinang". Laju saja aku turun. Alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menggerakkan hatiku lalu menyedarkan aku dari tidurku. "Bersahur dulu, atau tunggu Luth?", dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menunggu sahabatku Luth sebagai menghormatinya.

Lepas menjamah nasi di Khalel, Bandar Sunway, Luth membawa aku ke rumah rakan se-politeknik-nya. Dan aku cuba untuk melelapkan diri, tapi tak terdaya. Novel diselak lagi sehingga jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Selepas itu, aku terus melabuhkan diri seketika untuk menunggu Luth yang pergi berjuang menjawab test.

"Huh, sudah petang!", aku bermonolog sendirian setelah dikejutkan oleh Luth. Terus siapkan diri, dan terus pergi ke Bangkok Station untuk menempah meja. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. "Awal lagi ni.. Carwash bukak tak?", luth bertanya. Aku hanya tersenyum dan menganguk. Selepas memandikan kereta Iswara kesayangannya, kami gerak ke Bangkok Station lagi.

Bersambung.. (tunggu Ilham..hehe) + dalam proses upload video. Hehe


14 September 2009 | 17 comments

Kad Raya Untuk Kalian

Labels: , ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tiada apa untuk dilafazkan, kita tunggu misi habis, baru saya buat entri baru. Sebelum tu, tatapilah kad raya ini sebagai tanda persahabatan.


Sementara nak tunggu hari lebaran yang akan tiba, korang bolehlah layan sejenak entri 2007 dan entri 2008 aku. Sedikit madah terdahulu untuk tatapan bersama.

2007: Ketika Rambut Masih Panjang

ku pohon seribu keampunan,
dari segala yang telah aku lakukan padamu,
dari segala kesilapan tutur kataku,
dari segala perbuatanku padamu,
yang pernah buat kau tersentuh,
yang pernah buat kau terasa,
sesungguhnya aku hanya insan biasa..

Insan biasa dibumi Yang Esa,

Andai kata terdapat luka dihati,
biarlah syawal ini mengubatinya


2008: Berpuasa Di Banting


Akhir kata, Selamat Menyambut Aidilfitri tanpa mengira pangkat, biar pun tanpa orang yang kita sayang, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama kita. Kerna cinta sesama manusia boleh buat kita lemah, akan tetapi, cinta kepada-Nya tidak akan pernah mati, dan sentiasa abadi dan itulah cinta yang hakiki.

Syawal #1, Syawal #2, Syawal #3, Syawal #4

Ikhlas,
Muhamad Hadi Ahmad
Enchek tEnUk
myfr3ak
nox
adi

notakaki: Tiba-tiba kerinduanku kepada batang buruk sedang menebal


Penat dan puas

Labels:
Hanya itu mampuku lafazkan, badan terasa sengal, mungkin disebabkan tidak cukup rehat. Tapi aku merasa puas. Tinggal 2 misi yang belum selesai untuk Ramadhan kali ini.


12 September 2009 | 14 comments

Live Update: Berjaya Ngorat

Labels:

Aku berjaya mengorat anak mama moden! Mula-mula dia segan, panggil-panggil taknak, akhirnya dapat juga bergambar dengan dia.


Live Update: Majlis Berbuka Puasa KBP

Labels:

Tak sia-sia balik jauh-jauh, ada juga yang hadirkan diri. Terima kasih warga Kbp


Live Update: Penang!

Labels:

Selamat aku bangun, bas tu nak pi kedah


11 September 2009 | 2 comments

Live Update: Jumiati Enterprise Ticket

Labels:

Tiket dah ambil, RM32 ke Butterworth.


Live Update: Klang Sentral

Labels:

Aku kena tipu dengan budak tu tadi. Terpaksa berjalan masuk. Penat


Live Update: Berbuka Hari Ini - Klang

Labels:

Menu berbeku hari ini


Gambar Lama

Assalamualaikum, tiada apa pun didalam entri ini, hanya mahu berkongsi gambar lama. Rasanya gambar ini diambil pada 1996, takpun 1994. Ntahlah! Hehe, yang penting, aku masih kecik + paling tinggi (hahaha).

Aku akan tiada dihadapan lappieku malam ini, kerana akan cuba mencari tiket (aku dah booking tapi macam-macam boleh jadikan?) di Klang Sentral untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bloggers Penang. Sekian, wassalam.

footnote: Special thanks to all readers, silent readers, new comer visitor, from nuffnang innit, returning visitor, my friend, thanks a lot guys! You guys rock!


10 September 2009 | 15 comments

Aku di "Vector" oleh Enchek Sepang @ DSS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!




"Terima Kasih Enchek Sepang" - Itu yang mampu aku luahkan khas buat sahabat aku yang paling rapat, walaupun sudah jarang lepak bersama, tali yang wujud itu masih utuh.

Aku kenal mamat ni, sejak aku masuk Institut Kemahiran Mara Besut, Terengganu. Berkongsi macam-macam! Walaupun setahun setengah sahaja aku lepak, tapi sampai hari ini aku masih tak terputus hubungan dengan dia, tak seperti sahabat-sahabat IKM-ku yang lain yang agak jarang berhubung.

Aku anggap vector ini satu sebagai "Karya Raya" dari dia, hehe. Terima kasih bro! Calit sikit!

Suka benar aku tengok mata ini, memang agak detail la. Nak suruh aku buat? Muntah hijau karang! Hahaha, buat Arnab Brutal pun aku dah sengal, tambah nak buat macam ni.



Baju ni sebenarnya gambar lain, tapi tak nampak kantoi sangatkan? Tapi agak sejuk cool la ada orang yang sanggup habiskan masa untuk buat yang terbaik untuk kita. Aku buat apa untuk dia? Err..hehe




Wah, masih terpacak lagi rambutnya! Hehe, ini adalah rambut terbaru. Dah panjang la.



Sepang sungguh teruja dengan telinga ni. Hahaha



dan ini adalah proses yang memerlukan ketenukkan ketekunan yang amat dasyat. Dengan tu aku publishkan juga gambar dalam arkib 2005 semasa kami bertapa menuntut bersama di IKM Besut - Computer Engineering 04'-05'.


Thanks for the friendship brother!

notakaki: Aku bukan GAY! It still have some love between friendship ok!

Nak juga? Cuba la bodek @ buat tawaran kat Enchek Sepang. Hehehe, tapi rasanya dia adalah manusia yang amat sibuk. Ini pun dah lama bodek dia. Hahaha.


09 September 2009 | 3 comments

Welcome to 2009!

Labels: ,
Assalamualaikum & hi everybody!

Welcome to 2009! Hahaha, just wanna share with all of you the moment of 2009.


It's 20:09:09 on 9 September 2009 = 2009-09-09-09-2009

Hahaha


MALAYSIA NEGARA PENIRU!

Labels: ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

MALAYSIA NEGARA PENIRU! 



Korang rasa betul tak ayat tu? Aku dapat rasakan kemarahan sahabat-sahabat kita di seberang sana, Indonesia. Memang mereka ada hak untuk marah bila budaya mereka ditinggikan disini, Malaysia. Aku rasa kita pun akan marah bila karya kita digunakan oleh pihak lain, dan terus menyatakan bahawa "Ini hasil tangan aku!" Tapi aku rasa agak melampau jugalah bila membakar bendera, mencederakan warga Malaysia disana, membuat rusuhan dan lain-lain.

Mereka mengatakan kita meniru budaya mereka, ya, kita semua memang tiru budaya / perbuatan lain kerana kita memang dilahirkan dengan masyarakat yang berbilang kaum. Ada mami, ada mamu, ada jawa, ada banjar, ada asli, ada cina, ada india, bak kata pakcik Astro, "Macam-macam ada".

Disebabkan kita memang memerlukan diantara satu sama lain, perkongsian budaya ini memang terwujud dengan sendirinya. Ini bermakna kita memang rapat, walaupun ada sesetengah yang merasakan dirinya tuan. Itu biasalah, pepatah ada menyatakan, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" dan "Dalam setandan pisang, ada yang elok, ada yang busuk".

Mengapa aku kata negara kita dikatakan peniru?

  • Lagu Negaraku - Melodinya dari mana?
  • Bendera - Nampak Macam?
  • Sistem Pemerintahan - Ikut sapa?
  • Tarian - Dari mana?
  • Litar F1 - Nak jugak
  • Menara Tertinggi - Pun nak jugak

Itu yang aku pernah terbaca ketika tersesat disalah sebuah website dari Indonesia. Sahabat-sahabat Indonesia agak berang apabila kita (warga Malaysia) mengatakan bahawa "Itu Kami Punya!", cuba fikirkan sejenak, kebanyakkan bangunan-bangunan hasil tangan siapa? Berapa ramai warga Malaysia yang buat? Mungkin mereka fikir kita tidak menghargai jasa mereka. Tidak sahabatku, kami bukanlah bangsa "Malingsial" seperti yang terpahat dihati kalian.

Cuba anda keluar dari kotak permikiran yang tertutup dan berfikir,

  • Jika tidak ada kuda, takkan ada basikal, takkan ada motosikal
  • Jika tidak ada burung, takkan ada kapal terbang
  • Jika tidak ada bulu burung, takkan ada sebarang pen. 
  • Jika tidak ada matahari dan bulan, takkan ada  jam dan kalendar.

Bukan hanya kami, semua kita adalah PENIRU.

Hanya TUHAN yang membuat segalanya dengan asli, kita hanya memanipulasi.

notakaki: Aku cuba meletakkan aku ditempat mereka, dan cuba menyelami hati mereka. Macam yang aku kata tadi, 
kita pun akan marah bila karya kita digunakan oleh pihak lain, dan terus menyatakan bahawa "Ini hasil tangan aku!"
Betul tak? Kita buat benda tu, contohnya macam kertas kerja @ assignment. Kita buat teruk-teruk, mentelaah, bersengkang mata mengadap Pakcik Google, tanya kawan-kawan dekat Yahoo Mesengger, Facebook, datang kawan kita, "Wei, mai aku copy assignment hang". Apa yang korang rasa?

notakaki2: Aku Cinta Lumpur (Tanah + Air) Aku, Malaysia


Youtube - Lumpur | 15Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Anda keturunan apa? India? Melayu? Cina? Iban? Melanau? Kadazan? Asli? Campur? Dan lain-lain? Ya, kita memang berbeza, berbeza segalanya, tapi satu yang kita berkongsi, "Tanah Air". Kita berkongsi "Tanah" dimana tempat kita menetap, tempat kita bermain, tempat kita terjatuh dan kita juga berkongsi "Air" dimana kita memerlukannya untuk hidup, minum, mandi.


Inilah "Lumpur" dari 15Malaysia (Projek P1) yang mana aku rasa agak menarik dan mendalam maksudnya. Sebelum ini aku ada post satu entri berkaitan dengan 15Malaysia juga, Potong Saga & Chocolate. Aku suka akan "Tanah Air" aku. Walaupun orang kita memang banyak meniru, tapi ia memang telah menjadi lumrah hidup masing-masing. Jika tidak ada basikal, takkan ada motosikal, jika tidak ada burung, takkan ada kapal terbang, jika tidak ada bulu burung, takkan ada sebarang pen. Sekian.

Oh, lupa, jika anda berada disekitar Pulau Pinang (yang takdak kena mengena pun boleh, kita nak rapatkan silaturrahim sahaja), Enchek Luth ada menganjurkan program berbuka puasa.

Serba sedikit tentang Majlis Berbuka Puasa Bloggers Penang 2009

Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Masa : 630 petang (berkumpul di kedai makan)
Tempat : Jalan Baru (Berdekatan Roundabout Bukit Tengah)
Bayaran : RM 15/seorang

Link Berkaitan: http://bloggerspenang.blogspot.com/2009/09/majlis-berbuka-puasa-bloggers-penang.html

Untuk maklumat lanjut, silalah ke sini. Sekian.


08 September 2009 | 3 comments

Gerak Gempur VectorTuts | Arnab Brutal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Setelah beberapa hari menuntut ilmu Adobe Illustrator (serba sedikit short-cut, tips, skill color palette, dan lain-lain) dengan encik sepang, ini-lah hasil gerak gempur tutorial dari Vectortuts. Klik untuk tengok details yang tak berapa cun.

Serius, aku memang tak reti guna Adobe Illustrator disebabkan tangan aku agak bedung tak berseni. Tapi disebabkan kebosanan melampau, isu-isu semasa pun tak menarik minat perhatianku, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Ramadhan Al-Mubarak.



Ini adalah hasil sebenar, aku cuba bermain dengan bayang, cahaya, dan lain-lain (aku bukannya reti bab-bab tu, main tekan-tekan ja sambil minta pendapat encik sepang).

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba, sila-lah ke laman Vectortuts. Thanks to Bucket 'o' Thought