Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts
04 March 2010 | 3 comments

Pengimport Ikan Boikot Tiga Hari | Kotak Ikan Berinsulasi



Sebenarnya, aku pun tak tahu pasai apa boleh jadi besar macam ni. Ingatkan kapal saja-saja tak jalan, dan bagi aku, Alhamdulillah kerna tugasku jadi ringan la sikit. Harga ikan ditempat kalian melambung? Aku sendiri tak tahu sebab aku sekarang memancing ja (hobi baru! Haha). Bising sini sana tentang kotak ikan berinsulasi, nak tahu?




17 September 2009 | 4 comments

Balik Kampung | Penang + Perak

Labels: ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Buat pengetahuan kalian, aku akan balik ke kampung (Sitiawan) esok (Jumaat), rasanya lepas berbuka puasa di Pulau Pinang. Aku akan bertolak dari Putrajaya bersama kakakku, Cik Arni Hasliza ke Pulau Pinang petang ini (Khamis) untuk mengambil kakakku lagi sorang, Cik Siti Nor Aishah dan adik perempuanku, Cik Anis Nabilah. Mula-mula memang nak balik esok, tapi disebabkan kakak aku ada perjumpaan dengan ex-Abdullah Munshi (kot), terpaksa balik hari ini.

Banting, aku akan pergi untuk meraikan Aidilfitri selama 2 minggu. Kau jagalah diri kau baik-baik. Hahaha. 

Ucapan raya? Awal lagi kot, malam raya nanti aku post la. InsyaAllah, ada live blogging akan menyusul.

Doakan kesejahteraan aku ya sahabat (untuk semua!)



Wassalam

bersempena dengan itu, kita layankan lagu dari Allahyarham Sudirman, Balik Kampung!


notakaki: baju "The Smith" itu ditaja oleh sepang. Hahaha.


02 June 2009 | 12 comments

Seminggu di Perak + Duyong Jantan!

Macam mana dengan percutian 2 minggu?

Rumah di Sitiawanku, rasanya dah 68% siap. Bahagian atas memang dah boleh duduk, dan bahagian bawah, lantainya belum siap.




Mungkin dalam beberapa minggu lagi, rumah tu siap-lah! Hehe. Kalau korang tengok gambar yang kecik tu, gambar tu diambil pada Mac 8, 2009 dan gambar yang besar tu diambil pada May 16, 2009.


mf tidak melepaskan peluang untuk melepak tepi laut ketika berada di Perak ni. mf pergi lepak di Teluk Batik, Lumut! Wahh, ombak besar! Ramai tu memang ramai! Ingatkan nak snap banyak-banyak, tetiba nampak budak-budak photog, rasa segan pulak! Hehe, dan ada aksi paling lucah! ngeri di Teluk Batik! Ikan duyong spesis jantan ditemui tengah bersantai! Hahaha.


Haha, masa tangkap gambar ni, ada gadis (chumel! Muka macam wahida!) gelak-gelak, ada amoi kata, "Wahh, ini duyong laki-laki haa..". Hehe, mf memang sempoi je. Melayan je, ape nak kesah, bukan selalu pun jumpa dengan dorang.

Okay, ini baru kisah di Perak. Lepas seminggu lebih berada di Perak, mf terus menuju ke tempat asal! "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri", Ya! Memang benar! Hujan batu ke, hujan kayu ke, Balik Pulau tetap dihati! Haha, entri untuk Penang nanti pulak!


07 February 2009 | 10 comments

Perak Oh Perak!

Labels: , , ,
Perak oh Perak

Pedih, Sakit, Dendam,
telah menjadi parut di benak hati ini,
dan akan terus memenuhi ruang ronggaku,
untuk terus membenci sang gerombolan,
yang terus membuat onar, akan tetapi,
mengaburkan mata-mata yang akan nyanyuk
dengan menyalah pihak yang dijalan kebenaran.

Tapi bukan untuk mata-mata yang masih segar mencelik
dapat membezakan antara keris yang menikam tidak tentu hala
yang kononnya PEMBELA MELAYU dan pihak yang membawa kebenaran.

"Jangan diikutkan darah muda"
Itu yang sering dipesan,
tetapi dengan adanya warga yang rakus,
yang meletakkan bangsa dihadapan,
adakah itu yang terbaik untuk diikuti?



Fikirkanlah..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!