29 March 2009 | 11 comments

Youtube - KJ Rasuah?

Labels: , , ,
Assalamualaikum semua!

Rasanya, dah lama tak ber'blogging pasal bab-bab politikkan? Bukan apa, dah sakit hati tengok Malaysia kita yang tercinta ini memang dah berpecah-belah. Hidup berpuak-puak. Memang tak salah berlainan pendapat, tapi jangan la sampai tak bertegur apatah lagi bergaduh.

Aku sokong mana? Aku memang akan menyokong pihak yang benar, tak kira la dia dari parti mana. Tengok posting aku pasal Hajah dengan pengkid tu, aku sokong kalau orang UMNO buat kebajikan macam ni, tapi bila bab-bab main duit ni, Haihh-lah badan, Haihh-lah nyawa (tak mampu untuk bermadah). Korang pun mesti bersependapat dengan aku kan?

Macam-macam dah isu timbul sejak nak Pilihan Raya Kecil (PRK) ni, dengan kes buat fylers memburukkan PR la, dengan kes haramkan Harakah dengan Suara KeADILan la, dengan kes conteng dinding masjid la, macam-macam lagi-lah! Sapa betul dan sapa salah? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Selingan dari Perhimpunan Agung UMNO, ada jugak kes. Tapi, memang tak masuk TV punya! Sebab apa? Sapa yang nak burukkan diri sendiri, betul tak? Kalau bab PR, memang ulang banyak-banyak kali, macam tajuk lagu tu "8 Hari Seminggu". Tapi, biarlah, bukan ada kena mengena dengan aku! Kat TV cuma bagitau saja, "Ada kekecohan berlaku".


video ini adalah dirakam semasa perhimpunan agung UMNO 2009,
penyokong anti KJ melaungkan "KJ Rasuah".



Malas la mau cakap lebih-lebih, bagi aku,

Yang baik kita amek, yang buruk, buang jauh-jauh! Tak kira la mana parti pun!

dan lagi satu

Biar berselisih pendapat, Jangan sesekali kita saling menikam.

Info sikit!
  • Parent aku? Mereka memang dengan dacing dari dulu.
  • Gadis aku? Ahli Puteri! (kira match la tu, rumah nanti 2 kaler, pink dengan biru laut! mantop!)
  • Parent dia? Orang kuat dacing! (camna ni? hehe)
  • Member aku? Ramai jugak yang dacing. (along, emy, duan, atan -cousin-, dan bersepah-sepah lagi la)
tapi, memang aku takdak masalah pun dengan dorang. Kalau dengan parent aku, saling berdebat la. Hahaha, tapi orang kata, dengan fakta la. Siap suruh dia bukak Perisik-Rakyat lagi! Jangan dok sibuk melayan Belit-in Utama tu!



28 March 2009 | 14 comments

Support Earth Hour!

Labels:

Assalamualaikum semua! Aku telah menyahut seruan Warga Duniaaa~ Earth Hour!!

Dan dengan ini, background hitam akan di'pacak' sehingga esok!

Dear Muhamad Hadi,

Thank you for signing up for Earth Hour 2009.

By signing up you are supporting Earth Hour's aim to reach more than one billion
people in 1000 cities around the world in 2009. Earth Hour is inviting
communities, business and governments to switch off lights for one hour at
8:30pm on Saturday March 28, sending a powerful global message that we care
enough about climate change to take action.

Korang bila? Dah nak dekat ni.. Hehe



Inspiration: Knizam


27 March 2009 | 9 comments

C905Phy - Pasir Panjang, Balik Pulau, Penang


Salam semua, 

Korang mesti ingat peristiwa tsunami yang pernah melanda Pulau Mutiara pada penghujung tahun 2004 kan? Salah satu tempat yang teruk kena gelombang tsunami ialah Pantai Pasir Panjang. Kalau korang nak tahu, sehari sebelum kejadian itu berlaku, aku dan beberapa sahabat yang lepak kat DiNet (cyber cafe) planning nak camping sana tapi tak jadi disebabkan ada orang camping dah kat situ, Sekolah Seri Balik Pulau punya program agaknya, aku pun tak berapa pasti. 

Aku masih teringat tawa kanak-kanak tengah mandi bersama keluarga masing-masing. Time tu jugak ada minatang putih, cam jelly gitu tersadar kat tepian pantai (mungkin petunjuk).  Kami jalan sampai hujung pantai, tengok port-port menarik kat situ. Setelah matahari terbenam, kami pun balik rumah. Keesokkan harinya, mak aku contact aku (depa ada kat sitiawan). 

"Adi, hang tak apa-apa ka?"
"Uih, elok ja. Awatnya?"
"Penang kena tsunami! Hang tak rasa apa-apa ka?"
"Biaq betui! Takdak apa-apa pun. Rilek ja ni" - aku masih blur sebab betul-betul baru bangun tidur dan buat pengetahuan korang, aku adalah spesis yang tidur dalam keadaan aman (tido mati)
"Hang tak percaya, satgi hang tengok berita"

Tup,tup..member aku mai rumah, then masing-masing dok bising pasai tsunami. Malam kejadian baru la aku tau Penang dah dilanda badai. Dah! Takat tu saja! Tak sanggup nak ungkit-ungkit, biarlah peristiwa itu menjadi sebahagian dalam buku memori.

Aku memang sukakan kedamaian, suka buang masa tengok ciptaan Ilahi. Aku boleh habiskan berjam-jam tengok pantai, baring tepi pantai, maybe sebab aku  ni sentimental kot! Hehe.

Selama percutiaan aku, aku lepak Pasir Panjang dua kali! Sekali terlepas sunset sebab makan laksa janggus! (kalaulah cepat 3 minit! Time naik bukit nak pi Pasir Panjang tu, dah nampak dah. sampai ja, dah habis..memang rugi!) and the second time, boy, awie, kerol, along, aan, mat adam, dengan aku pi mandi-manda kat sana. Sunset? Awan melindungi matahari la, so, takdak! Hehe, hanya beberapa gambar sahaja yang aku snap! Enjoy~






If you wanna see the others picture from my C905, feel free to visit C905phy - Mobile Photography. Thanks ;)


24 March 2009 | 10 comments

Pengkid Larikan Hajah (40-an)!

Labels: ,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Walaupun ada beberapa entry aku keluarkan pasal pengkid ini, tapi aku bukanlah PEMBENCI kaum seperti mereka. Yang jenis ok tu, Alhamdulilllah la. Tapi, kalau yang tak dapat dibendung, sapa pun marah.. Betul tak?

Untuk entry kali ini, korang tatapilah video ini. Rintihan seorang kakak setelah adiknya dibawa lari oleh seorang insan yang bergelar "PENGKID" ke Sabah. Untuk bab ini, aku tabik spring 3 kali kat Exco Pemuda UMNO ni (macam yang aku cakap la, yang elok kita terima, yang buruk kita buang! Walaupun aku tak suka UMNO, tapi bila dorang buat keja amal, sejuk jugak hati) kerana cuba membantu untuk mengembalikan seseorang insan yang telah bergelar Hajah yang bekerja sebagai seorang technician kat JKR (kat mana aku tak tau..)

Info dari MalaysiaKini:
Pemuda Umno sedang berusaha memujuk seorang juruteknik wanita - yang didakwa mempunyai hubungan sejenis dengan wartawan sebuah stesen penyiaran - pulang dari Sabah.

Pengerusi sekretariat pembelaan masyarakat pergerakan itu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan berusaha membantu keluarganya, yang berasal dari Pahang, untuk membawa pulang wanita itu yang dikenali sebagai Nor Ashiah.

link berkaitan: http://www.malaysiakini.com/news/100028



* Buat pengetahuan korang, aku bukannya jenis memilih kawan pun. Kawan pengkid? Si Yana (member si Ajad - yang Ajad ni aku tak tau la dia Ex-Pengkid ke tak..hehe) tapi dah lama la tak contact dengan dia. Aku memang open ja, tak kisah pun korang budak musik ka, si rempit ka, budak kereta ka, "computer geek" ka, sapa-sapalah! Tak kisah pun. As long korang okay, aku pun okay ja :D


MY DEBUT ALBUM!!!

Labels:

Band: Henri Nestlé
Title: How to Belong to Oneself.

Tetiba kena tag lagi dengan cik jiwakacaw. Hehe, korang rasa nak semakkan entry korang, korang buat la.. hehe

INSTRUCTIONS :

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random The first random wikipedia article you get is the name of your band.(alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times.)

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3 The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use photoshop/paint or similar to put it all together. [aku malas nak buat]


23 March 2009 | 7 comments

Apa kaitan Marley & Me dengan kisah aku?


Salam semua, kita berjumpa dalam episod movie lagik..actually, ade a few posting yang still delay (sebab takde idea nak karang ayat la..), so dari biarkan blog ni jadi blog berhantu, better ada update sikit. Btul tak?

Korang dah tengok filem Marley & Me? Apa korang rasa? Cerita ni menarik ke tak? Kalau korang tanya aku, memanglah aku jawab - SEBAKKK! Apa pasal?

Dulu, zaman hidup bujang dekat Balik Pulau, aku ada bela seekor kucing. "Sayang" namanya. Kenapa? Sebab masa tu memang aku tengah dalam keadaan "teruk" - paham-paham jerla orang tengah keciwa macam mana. Dia betina, tapi garangnya, Mak Datok! Kucing jantan pun takut dengannya (tengok la siapa laki dia.. hehe).

Aku selalu gak jadi orang gila, sembang-sembang dengan kucing (mungkin disebabkan keturunan kot, bapak aku pun macam tu jugak..nanti aku cerita pasal dia pulak). Aku balik je dari tempat keje (time tu aku keje dekat ALMA Forwarding & Trucking, Yellowhouse, Sungai Dua), mesti aku dating dengan dia. Usap-usap dia, kasi dia makan, main-main dengan dia, kena cakar dengan dia tu memang WAJIB la. Ada satu detik, aku memang ketandusan wang, ada 2 ringgit saja dalam wallet. Aku habiskan duit tu untuk "Sayang" aku dan aku puasa untuk hari tu. Time bukak tu pandai-pandai la bodek member aku. Janji aku tak mau dia kelaparan, tak sanggup aku nak jawab "nanti".

"Sayang" aku memang garang, tapi tu la, bila aku sembang-sembang (luah perasaan - sensitip jugak eh aku ni) dengan dia, dia rileks ja atas riba. Macam paham saja. Time aku nak sambung belajar yang paling sedih! Aku habaq la kat dia,
 "Sayang, abang nak kena pi sambung belajaq ni..harap-harap Allah akan temukan hang dengan insan yang akan jaga hang dengan baik..abang sayang kat sayang.."
dia pun turun dari riba terus naik kat tempat dia selalu tidur (atas almari). Then time aku packing barang, dia kuar rumah, dok kat depan pintu. Sadis wehh.. Nyaris-nyaris aku mengalirkan air keramat.

2 minggu lepaskan aku balik Penang. Sempat gak aku jumpa dia sat, tapi takdak nak lepak-lepak dengan dia sebab dah malam sangat. Dia dijaga oleh member aku jugak, si piduih (lanih sibuk dok buat sabun Eumora dia..cewahh..). Alhamdulillah la, tengok saja dia sehat, aku pun dah rasa bahagia. Tu yang buat aku lupa assignment semua, masalah-masalah kat (M)y (C)ollege (S)ucks ni.Hehe..

Ni aku nak cerita pasal bapak aku pulak. Sebelum aku balik Penang, aku lepak Sitiawan 3 hari. Kendurik Pak Long Kotai aku kat Manjung nuh. Kami (kakak aku dengan aku) sampai saja, carik la "fifi", kucing bapak aku bela. Bapak aku dengan nada sebak, 
"Fifi dah mati, kena langgar"
Aku dapat rasakan kesedihan tu. Sebab apa? Sama gak kes macam aku! Anak-anak jauh diperantauan, kucing jadi anak angkat. Bapak aku beli ikan berekor-ekor, semata-mata untuk dia saja, tak bagi sisa-sisa. Siap rebus lagi, kasi "fifi" makan. Ayah aku balik keja, dia jadi pak guard depan pintu. Orang lain panggil, memang buat bodo je, ayah aku panggil, laju je! (mungkin sebab air tangan tu kot). 

Tu baru 2 ekor, banyak lagi kalau nak cerita. Tapi, yang tu kisah-kisah lampau, dah lama dah. Aku teringat gambar aku masa kecik, baru berapa tahun tah, tidur berpelukan dengan "Pak Abu", dia kecik sikit saja dari aku. Hilang mana tah gambar tu. 

Sekarang korang taukan kenapa aku sebak bila tengok cerita Marley & Me tu?


Aku Kebotakkan

Labels: ,
Assalamualaikum, buat insan-insan yang nak tengok mukaku dalam kebotakkan, inilah buktinya. Hahahahahahahahahaha~!!

Aku ade cakap nak botak dalam entry ni, dan inilah buktinya. Hehe, dan itulah gambarku terakhir sebelum aku menggondolkan kepalaku yang tak berapa nak bulat ni.



untuk sesiapa yang berminat nak edit macam gambar pertama, sudilah ke sini yea. Terima kasih ;D



16 March 2009 | 9 comments

Semalam dan Lirik | Saykoji - Online

Artis: Saykoji
Lagu: Online









Salam semua, kita tukar siaran lagu ke indonesia sebentar yach! Hehe, dah lama episod Semalam dan Lirik tak tersiar kerana disebabkan kesibukkan yang melanda. 

Aku percaya pada ketika ini, pengguna Internet memang meningkat! Betul tak? Ramai yang dah jadi penagih Internet! Di antara penagih-penagih yang terbaru yang melanda bumi bertuah kita:-


  • Penagih Politik
  • Penagih Torrent
  • Penagih Game
  • Penagih Download
  • Penagih Software
  • Penagih Sembang
  • Penagih Blog

dan pelbagai lagi penagih-penagih yang telah lahir pada zaman ini. Dari yang veteran sampailah ke budak-budak yang diberi pendedahan alam maya. Kalau zaman 80'-90' dengar saja penagih, memang orang takut! Semua orang bayangkan penagih adalah orang yang kurus keding, nampak tulang belulang melingkari badan dan macam-macam lagi-lah! Tapi, sedar tak sedar, kita juga sekarang adalah dalam golongan itu! Cuma beberapa faktor membezakan kita :D Pandai-pandai la korang fikirkan sendiri ya.. Hee..

Untuk posting kali ini, aku tujukan untuk KORANG semua! Sebab aku tau, korang pun penagih macam aku jugak! Hehe, Enjoy!

Saykoji - Online
siang malam ku selalu
menatap layar terpaku
untuk on line on line
on line on line
tidur telat bangun pagi pagi
nyalain komputer online lagi
bukan mau ngetik kerjaan
e-mail tugas diserahkan

tapi malah buka facebook
padahal face masih ngantuk
beler kayak orang mabuk
pala naik turun ngangguk-ngangguk

sambil ngedownload empitri
colok i pod usb kiri
ngecekin postingan forum
apa ada balesannye? belum

biar belum sikat gigi belum mandi
tapi kalo belum on line paling anti
liat friendster myspace, youtube
me and him, everybody you too


siang malam ku selalu
menatap layar terpaku
untuk on line on line
on line on line

jari dan keyboard beradu
pasang earphone dengar lagu
aku on line online
on line on line

nah udah mandi siap berangkat
langsung cabut takut terlambat
tak lupa flash disk gantung di leher
malah lupa sepatu jadi nyeker

flashdisk isinya bokep atau lagu
kalau ada kerjaanpun gue ragu
kalo emang berani coba pada ngaku
cek isi foldernya satu satu

di kantor online pakai proxy
walau diblok server bisa dilolosi
namanya udah ketagihan internet
produktifitaspun kepepet

jam kerja malah chatting ym
ngobrol online sama si ehehem
atasan lewat langsung klik data
pura pura kerja di depan mata


siang malam ku selalu
menatap layar terpaku
untuk on line on line
on line on line

jari dan keyboard beradu
pasang earphone dengar lagu
aku on line online
on line on line

makan siang pun aku cari sinyal wifi
mengapa ku kecanduan oh why why
kadang terasa bagai tak berdaya
ingin ku berubah.. eh ada e-mail dah dulu ya

cek e-mail spam semua
email benerannya cuma dua
yang satu email lama
yang satu forwardan yang sama

ngarep komentar buka friendster
loading, gue tinggal beser
pas balik ngecek komputer kok lagi maintenance server

ya udah download lagu
bajakan gratis gak pake ragu
saykoji satu album
setengah jam bisa rampung

sore sore bosen hambar
ide nakal cari cari gambar
download video dengan sabar
ketahuan pacar digampar


siang malam ku selalu
menatap layar terpaku
untuk on line on line
on line on line

jari dan keyboard beradu
pasang earphone dengar lagu
aku on line online
on line on line


Kena tepat ke dada? Aku pun sama la. Hehe


Latest Picture!

Labels:
Salam semua~

Sebelum meneruskan sambungan 7 Mac 1986, sudilah kalian menatap wajah terbaruku. Hehe.



p/s: Aku ingat nak botakkan rambut la.. aci tak?


15 March 2009 | 1 comments

C905phy | Mobile Photography

Labels: , ,

Salam semua, setelah sekian lama menyepi kerana berada dalam "holiday mood" dan sempat jugak aku update blog C905phy aku. Hehe, untuk blog ini punya entry, akanku karang setelah balik ke Banting pada malam ini.

Dikesempatan ini juga, aku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang wish time hari lahirku.

Lagi? Nanti la aku karang cerita-cerita..Promise! Hehe..






06 March 2009 | 6 comments

7 Mac 1986

myfr3ak birthday
gambar ni selalu aku kasik kat budak-budak friendster, 
disebabkan malas nak buat lain, aku bubuh ja kat sini


Apa yang berlaku pada tanggal 7 Mac 1986 bersamaan dengan 26 Jamadilakhir 1406?

Seorang bayi laki-laki telah dilahirkan oleh Puan Rosiah binti Mohamad hasil perkongsian hidup dengan Encik Ahmad bin Darus. Bayi ini dilahirkan pada pagi jumaat dalam jam 09:45-10:00 (karena mengikut sijil kelahiran, tertera 10:02 pada waktunya).

Bayi itu telah dilahirkan sempurna dan tiada cacat cela. Telah diazankan oleh Encik Ahmad di Kampung Paya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Disebabkan rumah yang agak daif pada ketika itu, kanak-kanak kecil itu tidak seperti kanak-kanak yang lain. Rumah yang agak jauh dari penempatan dan jiran-jiran menyebabkan kanak-kanak tersebut terlalu rapat dengan kedua orang kakaknya.

Pada awal tahun 90-an, mereka sekeluarga telah berpindah ke Kampung Permatang Tengah, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada ketika ini, barulah sang budak itu mula berkawan, duan, syedi, emy, syukri, syukor, ima (chentaku dahulu..ehehe), inas, wanun, dan lain-lain.

p/s: nanti la sambung, kakak aku dah roger kata nak mai sini! Pickup balik Sitiawan, Perak! Cuti-cuti. Hehe


05 March 2009 | 17 comments

Sharing is Caring, but Ripping is Fucking~

Labels: , ,
Assalamualaikum semua!

Malam ni mood aku agak unstable, maybe sebab pressure dengan test dan jugak ada 1 menda yang agak melucukan + menggeramkan (menggeletar aku punya geram, selamat ada sepang..ayat dia rileks ja - "SanG sEpanG: ko ckp jea.. knwldge is power, but sharing caring not 4 mtherfucker").

Korang ade baca tak tutorial pasal Customize embedded video tu? Bukan ape, bukan la berkira @ kedekut, tapi sekurang-kurangnya, takyah la ngaku kau tu hebat kalau takat rip barang orang (teringat aku zaman IRC dulu dan mungkin mamat ni tak tau apa erti ripper tu).

thE fReAk (3/5/2009 1:13:03 AM): /*+++++++ Youtube Css ++++++++++*/ .v { width:463px; height:372px;margin:50px;padding:auto; } .vtop { background:url(http://i172.photobucket.com/albums/w38/black_parade_goth/vtop.png) center no-repeat;height:17px; } .vbg { background:url(http://i172.photobucket.com/albums/w38/black_parade_goth/vcenter.png) center repeat-y;padding-left:15px;padding-bottom:5px;} .vbottom { background:url(http://i172.photobucket.com/albums/w38/black_parade_goth/vbottom.png) center no-repeat;height:19px; }
thE fReAk (3/5/2009 1:13:15 AM): camni kata "saya terer html/css"?
***_******** (3/5/2009 1:13:33 AM): kote
thE fReAk (3/5/2009 1:13:36 AM): kasi simpann laaa
***_******** (3/5/2009 1:13:39 AM): ako dapat kode
thE fReAk (3/5/2009 1:13:43 AM): butuh
***_******** (3/5/2009 1:13:44 AM): bukan kt ang
thE fReAk (3/5/2009 1:13:45 AM): aku buat sendiri
thE fReAk (3/5/2009 1:13:53 AM): aku tau la code aku
***_******** (3/5/2009 1:14:06 AM): ang tgk dari mula kode ako tuh
------------------------------------------------------------------------
thE fReAk (3/5/2009 1:15:11 AM): apa beza?
***_******** (3/5/2009 1:15:12 AM): margin right
thE fReAk (3/5/2009 1:15:18 AM): margin dengan padding
***_******** (3/5/2009 1:15:20 AM): pa
thE fReAk (3/5/2009 1:15:21 AM): tu ja aku tanya
***_******** (3/5/2009 1:15:25 AM): tuh tepi skali
***_******** (3/5/2009 1:15:30 AM): rad tuh
***_******** (3/5/2009 1:15:31 AM): pad
***_******** (3/5/2009 1:15:33 AM): tuh
***_******** (3/5/2009 1:15:37 AM): tepi skali
***_******** (3/5/2009 1:15:41 AM): margin
***_******** (3/5/2009 1:15:44 AM): jarak ckit
-------------------------------------------------------------------------
***_******** (3/5/2009 1:19:23 AM): ang rip 


1. Bukan dari aku? Awat class dengan comment untuk css tu sama ja.
Info Bengap:
class = .v {}, .vbottom {}, .vtop {}, .vb {}
comment = /*+++++++ Youtube Css ++++++++++*/

2. Apa beza Margin dan Padding?
Info Bengap:
Yaka? Padding tepi skali? Margin jarak sikit?
Google~ Tolong ajar jab budak bengap ni!

3. Aik? Aku pulak rip?
Aku rip? Hahahaha, bukan nak berlagak la, tapi untuk pengetahuan ko, aku habiskan dekat sejam lebih (aku sedar aku noob) untuk adjust css kasi perfect + cross-browser (safari/mozilla firefox/IE 7). Image tu pun aku potong sendiri.

Info Bengap:
Kalau ko nak rip pun, tukar la filename, class dengan comment tu. Then ngaku sendiri punya. Tak salah pun ~

Kepada budak bengap yang mengaku webmaster kepada 2 laman web, memang aku tak respect kau! Pegi mampos sama kau~ Bukanlah sombong, tapi nak kasi ko tu sedar diri sikit!

p/s: Aku bukan macam ko, hebat css/xhtml/photoshop/illustrator/javascript (pengakuan oleh seorang rippers). Tapi, sekurang-kurangnya, aku belajar dan sedar diri ;) kalau takat pakai barang orang, then nak bangga, pegi balikk laaa ~ Ape aku heran.. Wahaha


03 March 2009 | 5 comments

Test Week | Serabut

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Mintak maap la semua, minggu ni agak sibuk sikit. Biasa la minggu testkan? Dengan Business Calculation (ok kot), Interpersonal (err..), Records Management (hehe), Project Management (Hahaha, aku tak tau!) ngan Office Administration 1 (pehh).

Baru settle 3 paper, tinggal Biz Calc dengan Interpersonal..Esok kot papernya, doakan ok? Hehe

Ni aku kene tagged dgn cik jiwakacaw | jijah..ehehe

gi kat folder gambo
gi kat folder no 6
publish gambo no 6
then, senyum.. 

inilah gambo dari folder no 6, gambo yang ke-enam:




Okay tak cik jiwa? Hehe


01 March 2009 | 13 comments

Boria Budayasari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Bersempena dengan special entry yang aku buat untuk mamu OMARA, aku terjumpa video dalam blognya.

Budayasari, nama diberi
Sentiasa bersemadi, didalam hati
Kepada warga Boria Budayasari
Teruskan perjuangan, Untuklah kami..

Walaupun kita sudah terdedah dengan hiburan-hiburan terkini, tapi janganlah kita melupakan budaya kita. Seni kita, tanpa seni, kosonglah minda.

p/s: mamu, kalau silap karang, mintak maap noo, saya bukannya pandai karang-karang ni..ekeke

Info dari Mamu OMARA

"untuk pengetahuan, tukang karang yang menyanyi di depan dalam boria diatas ialah Lan dari LNJ Raja Lawak 3. Persembahan ini sempena Festival Filem di Pulau Pinang dahulu."