30 August 2009 | 7 comments

Oh Merdeka

Labels:
Oh Merdeka

"MERDEKA","MERDEKA","MERDEKA"

Itu yang diluah,
Itu yang dilempar,
Itu yang dibangga,
Itu yang dikata,

Tapi,

Merdekakah Aku,
Merdekakah Engkau,
Jangan Jadi Kutu,
Jangan Jadi Langau,
Biar Jadi Besi,
Jangan Macam Maggi

MERDEKAKAH KITA?

Katanya dah Merdeka, Tapi Jiwa Masih Dijajah,
Katanya dah Merdeka, Tapi Jiwa Terlalu Murah,
Apa erti kata kiranya badan tanpa nyawa?
Apa gunanya merdeka kiranya otak masih dibelenggu

MERDEKAKAH KITA?

Merdekakan Diri Kau Dari Dibelenggu Penjajah,
Bukan Penjajah Yang Memerintah Negara,
Tapi Penjajah yang Menjajah Kotak Permikiran

MERDEKAKAH KITA?

Bebaskan Diri Kau Dari Penjajah Yang Menjajah
Mata Hati Kau,
Mata Hati Aku,
Mata Hati Dia,
Mata Hati Mereka,
Mata Hati Kita Semua

Mata Hati Yang Menyebabkan Minda Dikotakkan,
Mata Hati Yang Tak Reti Menilai Baik & Buruk,
Mata Hati Yang Penuh Dengan Kehitaman,
Mata Hati Yang Terlalu Pentingkan Perkauman.

Bebaskanlah Jiwa Kamu-Kamu Sekalian
Kerna Kita Saling Memerlukan

Letakkan bendera politikmu dibawah,
Letakkan warna kulitmu dibawah,
Letakkan wang ringgitmu dibawah,
Letakkan kunci kenderaanmu dibawah,
Letakkan kemejamu dibawah,
Letakkan jam rolexmu dibawah,
Letakkan darjat kemuliaanmu dibawah.

Genggam Erat Tangan Insan disebelah,
Laungkan Dengan Bangga Yang Kita MERDEKA.

Salam Kemerdekaan Yang Ke-52


Muhamad Hadi Ahmad

notakaki: Bebaskan kotak pemikiran dari dimanipulasi pihak lain. Kita begitu mudah terpedaya dengan berita-berita yang dibawa oleh pihak tertentu. Turunlah ke Padang, Pijaklah dibumi yang nyata. Jangan menjajah bangsa lain dibumi Malaysia kerna mereka juga insan seperti kita, yang mahu jiwa merdeka. Kita bukan bangsa penjajah, kita bangsa Malaysia. Undur setapak ke belakang, lihatlah realiti. Jangan biarkan hati dan jiwa kita dijajah. Jangan. Jangan..



28 August 2009 | 19 comments

Aku Hanya Seorang Perokok Tegar

Labels: , ,
Salam kepada semua pengunjung!


Bila datang bulan Ramadhan saja, ramai yang akan menyatakan,
"Oh, bulan ni aman sikit, aku dah tak bau dah asap rokok"
Hehe, aku terlintas untuk menulis entri ini bila baca entri enchek luth dengan bro razifembi. Ya, memang banyak kesan sampingan merokok ni, memang aku tak nafikannya. Sedangkan makanan pun ada kesan sampingan, inikan pula benda yang mengandungi empat ribu jenis bahan kimia ni.

Kita singgah kat blog bro razif, sesi menjawab soalan, hehe:-

  1. Tapi saya sangat marah dengan bau asap rokok . itu melanggar hak asasi saya ..kami punya hak asasi yang sama, cuma segelintir (tapi aku rasa majoriti kot) sahaja yang tak paham bahasa..even saya pun kalau tengok orang depan saya cover2 hidung, saya akan jauhkan diri dari dia..masih ada hormat :D

  2. merokok membahayakan kesihatan. – ajal maut ditangan tuhan, walaupun seseorang itu tidak menyentuh rokok, dia masih berpotensi menghadapi pelbagai penyakit, tak gitu?

  3. heran jugak ye bila pose buleh plak dorang tak merokok di siang hari, buleh pulak tahan. – ini bermakna kami tahu apa yang kami buat, tahan sebab puasa :D kami juga insan seperti kamu

  4. tp umur nya tetap panjang..smpi 82 thn baru meninggal..& bukan pun sebab sakit2 kerna isap rokok.. – btul tak apa yang aku cakap..

  5. kalau posa boleh maknanya boleh berenti bro dari isap rokok – bukan bulan posa pun bley berenti..kasi eksiden ja macam bro razif (dia punya pengalaman)..
Hmm, memang pelbagai reaksi yang kita akan dapatkan? Pendapat masing-masing ;) Yang aku tak paham, kenapa-lah menyalahkan perokok ni macam penjenayah?

Kami juga insan seperti anda..kami bukan
  • penyamun
  • perogol
  • pencabul
  • bersifat perkauman
  • penjenayah
kami hanya perokok tegar. Tapi tak dinafikan la ramai "perokok" tu agak jahat. Hehe.

Anda tak suka saya sebab saya perokok? Ya, anda berhak. Tapi kenal 'saya' dahulu sebelum anda menjatuhkan hukuman. Hehehe, Berenti? Sejarah pernah menceritakan keadaan aku bila aku nak berenti, tapi biarlah itu menjadi rahsia kepada sesiapa yang tau dan sebab itu jugalah aku merokok. Dah ada bini nanti baru aku berenti sebab dia tau rahsia sebalik aku merokok (harap-harap dia tabah la nanti..hehe). Bagi aku, rokok ini madu dan racun buatku. Itu saja yang perlu kamu tahu.

Antara kenalan internet yang berenti yang aku kenal, bro eddie speedfinger, dia stop bila kelahiran anak ke-dua (atau yang pertama?) dan bro razif sebab eksiden..hehehe, macam-macam!

Kepada yang belum, JANGAN.
Kepada yang benci, ABAIKAN.
Kepada yang kuat, KURANGKAN.
Kepada yang boleh berenti, BERENTI.

notakaki: Sejarah juga pernah menceritakan bahawa insan bernama Muhamad Hadi mampu menghabiskan Winston 20, 2 kotak sehari 3-4 tahun lepas. Tapi kini, 14 dah mampu untuk sehari setengah :D


27 August 2009 | 6 comments

Thank You Nuffnang!

Salam and Hi to all of you!



Yeay!! I got invitation from Nuffnang to watch Final Destination with all the Nuffnang lucky blogger with this horror (kot) picture. So excited! Thank you a lot Nuffnang! Love it! Hee, meet you there!

p/s: harap-harap tak hujan la, banting - damansara (moto)! Hehehe + berbuka kat sana kot + dgn bojan


26 August 2009 | 8 comments

Preview Island Red Cafe, Butterworth

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Selamat berpuasa!

Sebenarnya, masa kami dalam perjalanan ke Gurney untuk berbuka puasa kat Island Red Cafe (IRC) tu, si aju ada call abang Muhammad, dorang dok sembang apa tah.. *tup*tup* aju ajak pi IRC Jalan Raja Uda, Butterworth. Dia kata abang Mohamad buat presentation IRC, dah mai satu kereta, layankan saja.




Nak pi sana pun dah sesat, bila dah banyak sangat pemandu arah. Wakakaka, aku mintak maaf la, memang aku bab seberang ni "kosong" habis. Kami ke sana naik feri! Syok2x!

Dah sampai tu, kami lepak minum sat dan terus masuk ke bilik seminar. Pengenalan pasal IRC suma bagai, ntah, aku pun blur. Tapi ia cabaran buat Enchek Mohamad tu, sebab majoriti yang hadir masa preview tu merupakan orang-orang yang kurang upaya, pekak dan bisu. Selamat dibantu oleh akak sorang tu.

Memang aku, panji dengan piduih agak bertuah la, dapat 2 biji hamper dengan baucer makan, hee. Langsung singgah minum kat Gurney balik lepas habis preview tu. Yela, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, ye tak?




Memang kekenyangan, seronok gila, sebab buat pengetahuan korang, kami memang dah jarang lepak sekali ramai-ramai. Flat Hijau pun dah sunyi sekarang ni, harapkan beberapa orang saja. Yela, ada yang kat Putrajaya, Seri Kembangan, aku kat Banting, yang pindah lepas kami takdak, yang tak masuk singgah flat bila "port" untuk lepak tak dibuka. Takpa, ada rezeki, kita jumpalah!

Minta maafla semua warga Penang yang aku tak roger tu, serius, memang aku takdak kredit, tanya gadis aku! Ada tak aku msg-msg dia..balik pun nak cepat saja, kelas habis pukul 5, balik hostel terus packing barang, dan terus ke stesen bas Banting. Naik bas ke Putrajaya, sebab dah janji dengan aju dengan panji jumpa kat sana.


25 August 2009 | 9 comments

Berbuka Puasa Di Island Red Cafe, Gurney Hotel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Hari keduaku di Penang, si aju dengan panji ajak berbuka puasa di Island Red Cafe (IRC) Gurney. Si aju rembat wira maklang dia, masing-masing serbu, panji, piduih, wan noli, aan, dengan aku terus ke Gurney Drive.

Aku pun ikutkan saja, main hantam saja, orang nak open, aku bab makan ni kira laju ja, betui dak panji? Wahahhaa, bunyi *ting* je, aku, panji dengan wan pandang dekat kaunter tu. Hehehe. Layannn..tapi 1 saja yang fail, mula-mula, aju dengan panji ingatkan ada buffet ramadhan, tapi bukan rezeki kami, kat Gurney Hotel tak dijalankan lagi. Layankan saja dalam menu tu.






Itu antara makanan-makanan yang dipesan! Air jangan dicakap la, bermacam spesis! Hehe, yang angel, yang flame, yang float, yang lemon, yang blended, macam-macam! Hehe, lepas makan, makan lagi..dekat 2 jam kat IRC tu. Borak-borak, kacau-kacau yuna piduih (dia kata gadis supervisor tu macam yuna - aku layankan aje..hehe), kacau-kacau baby dengan panji (panji start! aku layan ja..hehe).

Dari kiri: Aju, Panji, aku, Wan Norli, Piduih



Seawal Ramadhan di Balik Pulau

Labels: , , ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Ohh, sudah beberapa hari aku meninggalkan Banting, untuk balik ke Penang merasai Bulan Ramadhan bersama sahabat-sahabat disana seperti satu masa dahulu. Si aju dengan panji la ajak balik sekali, pikir punya pikir, layankan jela sebab raya ni pun tak tau lagi balik ke tak.



Pengalaman berbuka kat sana? Pertama Ramadhan, aku berbuka dengan cekodok + murtabak saja (serius, aku tak dak selera nak makan nasik) yang aku beli kat Bazaar Ramadhan depan Masjid Daerah ni. Hari ke-dua? Next Entri! Hehehe..



Aku, Rokok & Ramadhan

Aku rasa, dah dekat 4-5 kali aku teruk bila tiba bulan ramadhan disebabkan side effect rokok ni. Aku memang hard smoker, dan aku mengawal penyakitku dengan merokok (aku dah buat kajian, so dont blame me! Grr..hehe). Ramadhan ni, aku cuba lawan! Ya, aku dah sakit teruk pada hari pertama, badan seram sejuk hari kedua, hari ketiga demam panas. Aku malas pi hospital, nanti doc tu kasi ubat! Hahaha.

Masuk Panji, jangan tak masuk! Hehehe


20 August 2009 | 0 comments

Pengumuman Puasa 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

posting pendek sebab belum ada mood nak karang panjang-panjang


Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna!

SABTU, 22 Ogos 2009




To all muslim, happy fasting and to non-muslim, come join us fasting too! It's time to diet!! Hehehe


Thanks to JWG Torrent Crewz (tubularx & eiman23x)


Operasi Gerak Gempur Merdeka | Kukubesi

Labels: ,

Ini adalah gambar original sebelum dimanipulasi, tugasan Operasi Gerak Gempur 7 di markas kukubesi. Bro KB suruh buat tema merdeka, dan aku rasa, ini pun kira merdeka la jugak! Hehehe, yelah. Kalau tidak ada pengorbanan orang lama, kita takkan merasai kemerdekaan.


Dan inilah hasilnya, apa yang aku dah buat?

  • buang drumstick | Clone Tool, Smudge Tool
  • tambah tengkolok, keris dengan sarung keris | kalau korang perasan, aku pakai effect Bevel & Emboss kat bahagian atas sarung keris tu
  • buat effect kat tangan kanan dia | Pen Tool, Gaussian Blur
  • tukar telinga dia + potong rambut dia belah kiri | Pen Tool
  • buat bayang kat bawah tengkolok, bawah sarung keris | Brush Tool
  • dan main adjustment | Level, Curve, Color Balance
  • font | Trajan Pro

"Aku buat ni dapat apa?" - saja ja, lama tak godek-godek photoshop. Benda kalau tak practice nanti lupa, betul tak sepang (pro)?


19 August 2009 | 2 comments

Youtube - Potong Saga, Chocolate | 15Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Aku saja-saja lepak kat Nuffnang innit tadi, tetiba ada entri "Potong Saga". Lawak gila! Hahahaa, nah! Korang layan pulak!



Orang tipu dia, semua cakap suruh potong *sensor* tapi dengan penuh rileks, awek kaunter tu kata "Awak potong rambut sudah la..". Hahahahaha, ada lagi satu, hasil karya dari Allahyarham Yasmin Ahmad, Chocolate. Ada gadis aku! Sharifah Amani!



Semua ini adalah projek 15Malaysia, sedikit info mengenai 15Malaysia

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia.

Sila masuk dan buat macam rumah sendiri.

Tontonilah filem-filem kami. Lihatlah gambar-gambar kami. Tinggalkan komen-komen anda. Paparkan filem-filem anda sendiri. Dapatkanlah cenderamata yang unik. Sertailah pertandingan kami. Bersahabatlah dengan kami. Sebarkanlah berita ini. Muat turunlah apa-apa yang anda mahu…

Kami tidak akan caj satu sen pun.

Layannn dan jangan lupa lepak 15Malaysia - http://www.15malaysia.com/


17 August 2009 | 7 comments

Selamat Datang Ke Pulau Pinang


Pak Man Telo - Ke Pulau Pinang


Salam semua! Sebenarnya, aku memang dah lama cari lagu ni, tapi tak tau tajuk dia apa. Saja try tanya mamu, kot-kot dia tau. Langsung dia bagi link untuk layan! Hahahaha, terima kasih mamu OMARA!



Pasal permulaan tu, biarkan mamu. Hehe, dapat la juga sedikit info pasal boria :D



Sila datang ke Pulau Pinang
Naik feri ayaqnya tenang
Jambatannya indah terbentang
Menyambut tamu yang datang
Kami mengucapkan semua
Selamatlah datang

Pulau Pinang diberi nama
Rakyatnya berbilang bangsa
Jangan pikir lama-lama
Datang dengan keluarga

Pulau Mutiara dan Seberang Perai
Sungguh-lah indahnya berseri dan permai
Udaranya bersih hati terasa damai
Kepada pelancong, sila beramai-ramai

Pulau Pinang indah pandangan
Batu Feringgi pantai idaman
Bayu bertiup segar nyaman
Tentu rasa aman

Moga seronok disini
Terima kasih berkunjung lagi
Kami semua tetap menanti
Salam hormat dari kami

Pulau Mutiara dan Seberang Perai
Sungguh-lah indahnya berseri dan permai
Udaranya bersih hati terasa damai
Kepada pelancong, sila beramai-ramai

Sila datang ke Pulau Pinang
Naik feri ayaqnya tenang
Jambatannya indah terbentang
Menyambut tamu yang datang
Kami mengucapkan semua
Selamatlah datang
Ke Pulau Pinang (2x)


notakaki: Aku pernah buat entri pasal mamu ni, korang boleh selak-selak kat sini. Mamu, kot-kot ada lagu lama-lama bubuh la lagi yaa. Menggamit Memori~ Walaupun masa tu dok sekolah rendah lagi, tapi sempat la merasa kehangatan boria!


I Don’t Want to Rest in Pieces like Final Destination



"Hey dudes, wth with horror expression?" - Haha, this picture is taken on March this year and I publish this picture special for Nuffnang!

Warghhh! Wanna see more horror picture using this picture? Click here!






SYNOPSIS: Nick and some friends head to the racetrack for the weekend to watch a car race. , when the terrifying accident flys into the audience at 180 mph. People will splatter and be ripped apart, one girl gets her head knocked off by a flying tire, massive explosions, and eventually the entire stadium collapses onto the rest of the audience.

Nick discovers it was just a vision that's about to happen, and he gets himself and about 12 other people ejected from the stadium.

But Death returns to finish off the survivors, with the freak accidents being more brutal than ever.


16 August 2009 | 8 comments

Selamat Bertunang Juju


Rosjunaidah, itulah sepupuku disebelah ayahku (anak mak lang aku) yang telah selamat bertunang pada 15 Ogos lalu. Walaupun serba sederhana, tapi rasanya kami semua germbira! Aku rasa, agak lama kami tidak bersua muka disatu tempat yang sama setelah pemergian Tok (Che Ah bte Baharin) & Tokwanku (Darus bin Hassan). Rasanya, ada la dekat 5-6 tahun kami tak beraya bersama, kalau ada pun, datang sekejab dan balik. Itulah lumrah bila pemergiaan orang penting dalam sesebuah keluarga. Awat aku tulis lain macam ja ni..wahahha



"Selamat Bertunang Juju!" - Wahh, sepupuku berlawan dengan orang kedah! Rombongan mai dekat 8-9 biji kereta. Walaupun bangun agak lambat, tapi dah bangun tu, memang langsung tak menang tangan la. Hehe, sat basuh pinggang, sat pi cari barang, sat gi sambut tetamu, sat mengemas, biasa la, tak ramai sangat laki yang remaja dalam family kami, kami berempat saja tadi, budin, atan (anak mak lang), eakal remy (anak Cik Lah, orang Kulim) dengan aku. So, agak kalut la jugak.



Inilah gambar yang aku rasa (pendapat aku la) amat berharga buat mereka, yang akan jadi kenangan sampai bila-bila. Yang kiri tu, mak lang aku, Salmiah dan yang kanan tu, pak lang aku, Roslan sebab dah lebih kurang 20 tahun depa bercerai dan ini gambar kenangan depa. Ini juga merupakan pertama kali (seingat aku) aku bersua muka dengan pak lang aku. Tadi dia mai dengan bini dia la @ mak tiri sepupu aku. Tapi kira ok la kan? Masih ada rasa tanggungjawab dengan anak-anak.



Esok aku akan pulang ke Banting semula, dah start semester baru! Kehidupan dikolej #@#$%^&! Hahahaha.

notakaki: bila la ada rezeki lebih boleh angkat sebijik slr, C905 ni untuk outdoor (ada cahaya matahari) ok, clear, cun. Tapi bila malam atau indoor, memang SAKS! Bukak flash nampak cacat plak, tak bukak blur plak. Aku pun tak tau nak buat camna dah. Hmm..mungkin tangan aku yang cacat kot. Hahaha (sumpah aku tak tau pasal lighting!)


14 August 2009 | 7 comments

Upgrading Template


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua insan-insan yang sudi singgah ke blog aku ketika bersawang dan ketiadaan tuan rumah. Sebenarnya, aku agak serabut bulan lepas. Sebab?

  • semester pendek, tau-tau la dia punya assignment semua nak cepat saja
  • aku telah ditugaskan menjadi project manager untuk subject Public Relation (peh!)
  • lecturer asyik menukar (gila betul! semester pendek pun mau tukar-tukar lecturer! 7 Minggu ja)
  • dan beberapa lagi masalah dalaman yang perlu aku hadapi

itu yang agak sunyi je blog ni. Tambahan lagi, hosting yang aku upload gambar-gambar untuk layout pun down (tapi sekarang ni semua aku upload kat picasa (termasuk la .gif semua, settle!) . Peh, langsung takde mood nak update. Tapi, aku memang dok bukak blog ni tetiap hari, tengok blog list, baca merapu-meraban korang. Hehe.

"Karangan" - itu la nama template ni sebab aku sebenarnya agak tak suka gak template yang fancy-fancy ni tapi bila design layout dan bubuh background "kertas kajang" tu, tetiba aku rindukan sekolah aku plak, tu jadi nama karangan. Hehe.

Sebenarnya masih lagi tak 100% habis, masih ada benda-benda kecil yang perlu diubah, dibuang, diolah dan cuci kod-kod yang digunakan untuk troubleshot. Hee


13 August 2009 | 7 comments

Perlukan Proses Pemulihan?

Salam semua, terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke sini semasa blog ini kesakitan. Layout telah mengalami sindrom-sindrom kerosakkan, dan macam-macam layout nak buat, tapi lepas explore 40% layout orang tu, rasa malas.

Setelah sakit otak explore layout orang, maka terhasil la layout yang agak kebudak-budakkan ini. Korang rasa perlu tak aku bloggerizedkan layout ni? Proses PSD ke XHTML /CSS dah habis, tinggal nak bloggerized ja



UPDATE: Proses Bloggerized sedang dijalankan -> http://my-fr3ak.blogspot.com/ (segala gambar tu nanti la)

UPDATE | 3.14AM: Tempat twitting, nuffnang punya ads dengan sidebar dah ok

UPDATE | 6.32AM: Akhirnya, layout 96% sudah siap, kalian bolehlah singgah di http://my-fr3ak.blogspot.com/ untuk tengok layout yang diberi nama "Karangan" ni. Tinggal sedikit pembetulan dengan css sedikit dibahagian entri. (tunggu aku bangun nanti la eh).




UPDATE | 4:35PM: CSS untuk bahagian entri sudah siap, dan buat pengetahuan semua, aku buat layout ini untuk nuffnangers sekalian! Hahaha, tapi sapa-sapa pun boleh pakai kot bila dah siap. Apa lagi yang tak siap?

  1. * sedikit blogger code belum dimasukkan
  2. * h2 punya css untuk entri tu rasa nak kena tukar la, saja-saja pakai CSS3 semalam, tapi IE tak support text-shadow (atau aku yang tak tau..)
  3. * link "next post", "prev post" dengan "home" tak buat lagi
  4. *dan ada sikit-sikit lagi kot