Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
20 September 2009 | 15 comments

Salam Aidilfitri & Misi Perjalanan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung, pelawat, penyinggah, menyesat, pelompat dan kepada sesiapa yang mengikut samada secara terus ataupun tidak.

Misi "Perjalanan Ramadan" aku telah tamat. Apakah misi? Buat pengetahuan kalian, untuk Ramadan kali ini, misi aku ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sahabat-sahabat dengan berbuka puasa dengan mereka.

Misi "Perjalanan Ramadan"

Alhamdulillah, telah sempurna misi itu walaupun tidak bersama dengan kesemua, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk ada ditempat kejadian. Maafkan aku sekiranya kita tak berpeluang untuk bersama, sekiranya ada umur yang panjang, kita cuba untuk bersama pada Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, terima kasih kepada semua sahabat! Sahabat blogger, sahabat laman sosial (facebook, myspace, friendster), sahabat YM, sahabat dari Nuffnang Innit, sahabat dari seberang, sahabat lama, sahabat portal dan segala sahabat yang ada. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Sekian, Wassalam.
Muhamad Hadi Ahmad / myfr3ak / tEnUk / Hadi



28 August 2009 | 18 comments

Aku Hanya Seorang Perokok Tegar

Labels: , ,
Salam kepada semua pengunjung!


Bila datang bulan Ramadhan saja, ramai yang akan menyatakan,
"Oh, bulan ni aman sikit, aku dah tak bau dah asap rokok"
Hehe, aku terlintas untuk menulis entri ini bila baca entri enchek luth dengan bro razifembi. Ya, memang banyak kesan sampingan merokok ni, memang aku tak nafikannya. Sedangkan makanan pun ada kesan sampingan, inikan pula benda yang mengandungi empat ribu jenis bahan kimia ni.

Kita singgah kat blog bro razif, sesi menjawab soalan, hehe:-

  1. Tapi saya sangat marah dengan bau asap rokok . itu melanggar hak asasi saya ..kami punya hak asasi yang sama, cuma segelintir (tapi aku rasa majoriti kot) sahaja yang tak paham bahasa..even saya pun kalau tengok orang depan saya cover2 hidung, saya akan jauhkan diri dari dia..masih ada hormat :D

  2. merokok membahayakan kesihatan. – ajal maut ditangan tuhan, walaupun seseorang itu tidak menyentuh rokok, dia masih berpotensi menghadapi pelbagai penyakit, tak gitu?

  3. heran jugak ye bila pose buleh plak dorang tak merokok di siang hari, buleh pulak tahan. – ini bermakna kami tahu apa yang kami buat, tahan sebab puasa :D kami juga insan seperti kamu

  4. tp umur nya tetap panjang..smpi 82 thn baru meninggal..& bukan pun sebab sakit2 kerna isap rokok.. – btul tak apa yang aku cakap..

  5. kalau posa boleh maknanya boleh berenti bro dari isap rokok – bukan bulan posa pun bley berenti..kasi eksiden ja macam bro razif (dia punya pengalaman)..
Hmm, memang pelbagai reaksi yang kita akan dapatkan? Pendapat masing-masing ;) Yang aku tak paham, kenapa-lah menyalahkan perokok ni macam penjenayah?

Kami juga insan seperti anda..kami bukan
  • penyamun
  • perogol
  • pencabul
  • bersifat perkauman
  • penjenayah
kami hanya perokok tegar. Tapi tak dinafikan la ramai "perokok" tu agak jahat. Hehe.

Anda tak suka saya sebab saya perokok? Ya, anda berhak. Tapi kenal 'saya' dahulu sebelum anda menjatuhkan hukuman. Hehehe, Berenti? Sejarah pernah menceritakan keadaan aku bila aku nak berenti, tapi biarlah itu menjadi rahsia kepada sesiapa yang tau dan sebab itu jugalah aku merokok. Dah ada bini nanti baru aku berenti sebab dia tau rahsia sebalik aku merokok (harap-harap dia tabah la nanti..hehe). Bagi aku, rokok ini madu dan racun buatku. Itu saja yang perlu kamu tahu.

Antara kenalan internet yang berenti yang aku kenal, bro eddie speedfinger, dia stop bila kelahiran anak ke-dua (atau yang pertama?) dan bro razif sebab eksiden..hehehe, macam-macam!

Kepada yang belum, JANGAN.
Kepada yang benci, ABAIKAN.
Kepada yang kuat, KURANGKAN.
Kepada yang boleh berenti, BERENTI.

notakaki: Sejarah juga pernah menceritakan bahawa insan bernama Muhamad Hadi mampu menghabiskan Winston 20, 2 kotak sehari 3-4 tahun lepas. Tapi kini, 14 dah mampu untuk sehari setengah :D


25 August 2009 | 2 comments

Seawal Ramadhan di Balik Pulau

Labels: , , ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Ohh, sudah beberapa hari aku meninggalkan Banting, untuk balik ke Penang merasai Bulan Ramadhan bersama sahabat-sahabat disana seperti satu masa dahulu. Si aju dengan panji la ajak balik sekali, pikir punya pikir, layankan jela sebab raya ni pun tak tau lagi balik ke tak.



Pengalaman berbuka kat sana? Pertama Ramadhan, aku berbuka dengan cekodok + murtabak saja (serius, aku tak dak selera nak makan nasik) yang aku beli kat Bazaar Ramadhan depan Masjid Daerah ni. Hari ke-dua? Next Entri! Hehehe..



Aku, Rokok & Ramadhan

Aku rasa, dah dekat 4-5 kali aku teruk bila tiba bulan ramadhan disebabkan side effect rokok ni. Aku memang hard smoker, dan aku mengawal penyakitku dengan merokok (aku dah buat kajian, so dont blame me! Grr..hehe). Ramadhan ni, aku cuba lawan! Ya, aku dah sakit teruk pada hari pertama, badan seram sejuk hari kedua, hari ketiga demam panas. Aku malas pi hospital, nanti doc tu kasi ubat! Hahaha.

Masuk Panji, jangan tak masuk! Hehehe