21 January 2010 | 6 comments

Semalam Dan Lirik | Steelheart - She's Gone



Entri kunci mengingatkan aku kepada lagu ini, suatu lagu ketika zaman remaja yang sampah! Tetapi apa gunanya aku meraung dan melutut kepada insan bernama perempuan, itulah kesilapan aku pada waktu itu. Hidup umpama tak bertuhan, sampah! Bodohkan?



20 January 2010 | 3 comments

Seni Khat dan Ambigram - Awangpurba



Aku sendiri bukanlah pencinta seni khat dan aku memang tak tahu apa tu ambigram tetapi selepas melihat hasil-hasil awangpurba, hati mula terdetik dengan keunikkan hasil khat dan ambigram olehnya.

Ini diantara hasil-hasil karya beliau.



Aku sendiri tak kenal beliau secara peribadi ataupun bersembang dengannya / komen karyanya, akan tetapi serius aku teruja benar dengan segala karya-karyanya. Memang agak unik! Semoga ada rezeki aku bila tiba 'peristiwa itu' untuk aku mengupah beliau membuat khat untuk kad jemputanku nanti. Hee.


19 January 2010 | 6 comments

Contest Oh Kunci! by Arieza




Oh Kunci,
Setiap butiran terdapat maksud yang berbeda,
Setiap lengkukkan ada maknanya,
Lentikkan ditubuhmu itu mengingatkan aku tentang sesuatu,
Pengalaman yang tidak akan datang semula,
Perkara yang paling jauh dengan kita yakni peristiwa lalu.

Oh Kunci,
Teringat aku tentang pintu ke Syurga,
Teringat aku tentang rumah ayah bonda,
Teringat aku tentang hati si dia,
Teringat aku tentang rumah bujangku di Pulau Mutiara,
Teringat aku tentang motor burukku yang menjelajah separuh daripada Semenanjung Malaysia,
Teringat aku tentang keperitan hidupku yang lampau.
Teringat aku tentang segalanya,
Semua itu hanya tentang dirimu.

Kunci ke syurga - Amalan.
Kunci kebahagiaan - Ayah Bonda
Kunci hatinya - Si Dia
Kunci kisah lalu - Balik Pulau, Pulau Pinang,
Kunci penghijrahan - KRISS PDU 2527,
Kunci kebangkitan - bangkit dari lembah kehinaan akibat insan bernama perempuan,
Aku sentiasa menyimpan semua kunci itu didalam hati dan jiwa ini,
Agar aku dapat membuka segala pintu yang akan ku tempuhi dimasa akan datang,
PENGALAMAN ADALAH GURU SEJATI.

Pengalaman = Master Key! Aku mahu masterkey itu cik ab! Tak kira! Hahaha




Photo Contest - Cik Ros



Daripada menjadi laman se-sawang (website - erk!), hasil manipulasi diambil khas buat Cik Ros. Hahaha,

Sudikanlah dirimu memberi ruang untukku menyelit entri ini yea cik ros.

Jika orang lain taruk gambar yang enjoy, happy, nice, clean, aku kembalikan wajah drakula-ku.


Daftar Pemilih - Aku Belum!



Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih

sumber dari Utusan Malaysia Online.

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. - Bernama

Korang dah daftar sebagai pengundi? Aku belum! Hahaha, sebab apa?


17 January 2010 | 12 comments

Orange Blogger Layout

Labels: ,


Rasanya, dah berapa bulan dah nak tukar baju blog ni, akhirnya, inilah jadinya. Ada 2-3 layout yang dah buat tapi tak berminat. Hahaha.

Apa yang aku buat dengan layout ni?


15 January 2010 | 14 comments

Khas Untuk Bumiputera a.k.a Melayu! - Fynn Jamal

[PESANAN: Ini bukan saya yang cakap, tapi ini Fynn Jamal yang cakap! Tapi demi tuhan, ini juga menjadi asas hidup aku! Bukan niat mencilok, hanya digunakan sebagai kata-kata hikmat kerana penulisan aku agar berterabur. Terima kasih. ]

[MAKLUMAN: Kepada sesiapa yang masih tidak faham penulisan Fynn, gaya penulisannya berbaur kritikan, hayati sebelum menuduh aku asabiyah]

[Link Asal]

ada banyak cara untuk masuk syurga dua tiga menjak ini.

1) bunuh.
korbankan seluruh ahli keluarga terutama yang nampak dalam agamanya.
penggal kepalanya dan tanamkan jauh dari tubuh dicerai darinya.

2) bom.
binakan dinamit yang mampu meletupkan keluasan 200 meter persegi.
cari kawasan yang sesak dengan manusia2 yang sibuk dengan duniawi.

3) bakar.
pergi pada bangunan2 suci mereka yang lain dari fahaman kita semua.
mulakan chaos yang dipuncakan dari arson, kerana amarah adalah api marak menyala.

kita semua akan masuk syurga!!!!


14 January 2010 | 4 comments

Google Translator Failed! Malay Translation


Hahahaha! Aku pun tak tau macam mana boleh jadi macam ni! Sebenarnya aku tengah buat assignment, dan disebabkan malas, aku guna la Google Translator. Tup-tup dengan selamba kodok dia buat lawak dengan aku. Langsung tak jadi nak buat keja! Hahaha.

Macam mana dari Malaysia jadi India! Aku pun pening! Hahahhahaa, tau la semangat #1Malaysia dimana-mana saja. Hehe.

Setelah membuat kajian sikit dengan enchek sepang, kalau 'D' tu dikecikkan, dapat la "in Malaysia", takpun buang koma "," tepi Malaysia tu. Hahahaha.

Itu yang ada kata-kata hikmah, "Never Trust Anybody". Hahahaha. Aku dalam proses membaikpulih layout orenku. Hehe.


11 January 2010 | 2 comments

Entri Khas: Megat - Blogger We Care

BLOGGER WE CARE - Jika Perdana Menteri kita baru melancarkan Klinik 1 Malaysia, bro hydir telah melancarkan "Blogger We Care" yakni program dimana bantuan diberikan kepada blogger-blogger yang menghadapi masalah. Tercetusnya idea ini setelah bro megat (diantara blogger yang agak terkenal) telah menghadapi masalah peribadi yang agak serius. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati entri ini.



04 January 2010 | 9 comments

Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK)



Ada apa dengan persatuan ini? Apa kena-mengena dengan aku? Kenapa aku kat sini? Aku berenang pun tak reti ada hati nak jadi nelayan!