11 April 2010 | 1 comments

Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010!

 Permainan yang mendebarkan, itulah yang boleh digambarkan setelah keputusan terikat 1 (satu) sama daripada separuh masa pertama hingga ke minit ke sembilan puluh. Perlawanan yang baik diantara kedua-dua pasukan walaupun beberapa kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Syukur kerana tiada insiden-insiden yang mencemarkan prestasi bola sepak negara seperti adegan-adegan panas didalam stadium.

Banyak sepakan yang menarik tetapi kecekapan penjaga gawang kedua-dua pasukan telah mematahkan segala cubaan untuk menjaringkan gol. Keputusan terikat sehingga pengadil menamatkan masa tambahan dan sepakan penalti menjadi ukuran.

Negeri Sembilan menewaskan Kedah 5-4 hasil sepakan penalti yang mencemaskan!

Begitulah berita yang dipetik dari Penagih.net. Hahaha. Apa-apa pun, jang tetap juaro!

Walaupun aku bukanlah peminat tegar bola sepak, aku bukan seperti orang-orang yang terlalu hebat bermain bola sepak yang memandang bola sepak Malaysia terlalu hina. Masa aku tengok perlawanan Negeri Sembilan dengan Kedah tadi, ada sekumpulan anak muda (aku buat-buat macam tua) dengan penuh rilek berkata,

Wey, kita lepak kat kedai depan la. Kedai ni pasang bola Malaysia, bukan best. (untuk pengetahuan anda, pada waktu yang sama, rasanya ada match West Ham United dengan Sunderland kot).

Aku pun tak tau kenapa orang kita tak suka tengok bila ada bola Malaysia tapi kalau match Manchester United ka, Liverpool ka, Chelsea ka, meriah sakan kedai mamak! Sumpah aku tak paham! Malas nak membebel panjang-panjang sebab Enchek Luth dah karang topik yang sama dalam blog dia, sekian.

Nota: Untuk sesiapa peminat Slurpee @ 7 Eleven, korang join la contest video dorang kat http://www.slurpee.com.my/myfunniestslurpeevideo.php. Kalau menang tu 80 (korang) - 20 (aku), aci?