Cumi1569, atau nama asalnya Suhaimi Hashim di antara salah seorang pemuzik yang selalu cover lagu-lagu terkenal kat Youtube. Memang aku agak terkedu bila dengar kelunakkan suaranya, memang layan dan lagu Oh Tuhan ini lagu yang beliau karang sendiri.
Terima kaseh buat Cik Arni Hasliza karena mendapatkannya untuk aku! 1 hari suntuk mengadap Rayyan Fantasi. Setengah buku buatku tertarik dan masuk ke alam 'novel', dan setelah terungkai misteri susun galur Mij-Gillion, setengah tapak keluar dari alam itu.
Secara peribadi, aku memang tak berminat dengan sains fiksyen. Aku lebih suka kepada benda-benda yang seolah-olah telah / sedang berlaku macam novel karya abang RAM sebelum ini, dimana mengaitkan semua watak-watak utama dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang nyata.
Peluang mennuntut ilmu dari penulis thriller no.1 Malaysia! Dapatkan tip-tip penulisan serta tip untuk menjadi penulis bestseller di Malaysia dari penulis sendiri
Yuran penyertaan RM300.
25 Peserta Terawal RM250.
Mahukah anda menulis mahakarya seperti Epik Laksamana Sunan?
Daftar hari ini jua!
Tarikh : 19/11/11
Lokasi: UKM, Bangi.
Akan datang di Kota Kinabalu & Jitra. Maklumat lanjut sertai grup SPNRAM hari ini.
~elle syeila~
Pada hari ini, 64 tahun dahulu, rakyat negara ini telah bersatu merentas kaum, agama, kelas, kepercayaan, fahaman & ideologi untuk satu matlamat - menjalankan Hartal seluruh Malaya sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Federation 1946 ciptaan penjajah kolonial British yang tidak demokratik, dan bagi menyatakan sokongan terhadap Perlembagaan Rakyat 1947 ke arah kemerdekaan tanahair. Dari Alor Setar ke Johor Bharu, dari Ipoh ke Kuantan, jalan2 lapang, kedai2 ditutup, kilang2 tergendala, kota2 dan pekan2 seluruh tanahair telah terhenti.
Tetapi sehingga hari ini sejarah Hartal masih tidak diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Tonton filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal, hari perjuangan demokrasi rakyat - Frinjan
"Everybody Lies", salah satu ayat yang selalu terbit dari mulut Dr. House M.D.
Aku menipu, kamu menipu, dia menipu, rakyat tertipu, sana-sini semua penipu belaka. Mak ayah tipu anak-anak kata, "Jangan keluar malam, nanti ada hantu". Abang tipu kakak, kakak pula tipu adik. Menteri tipu rakyat, "Jangan risau, ekonomi kita stabil".
"I'm Fine", kata-kata yang paling menipu.
Ini ada satu video oleh Pamela Meyer, cara untuk mengenalpasti penipu.
Dah lama tak berkongsi, selalu tonton dan simpan. Ini hari mahu berkongsi dengan kalian.
# mengenai taubat (menyesal, berazam, berhenti; dengan Allah)
dan dengan manusia (minta maaf, minta halal, & ganti barang)
# kena mencari pemiutang untuk langsaikan hutang
ataupun mendermakan (setelah berusaha).
# cara untuk menggantikan sesuatu; penerangan hadis
"kalau tidak, wajib masuk neraka, haram masuk syurga".
# mengenai enam biliung (6 billion)
# mengenai cara minta maaf, qada
# mengenai qada', seksa Allah
Sama-sama kita saling mengingatkan.
[nota: aku, muhamad hadi ahmad, meminta ampun dari korang semua dan minta halal atas apa yang telah berlaku antara kita. andai ada yang tersilap / terhutang dan ter-ter yang lain, sila emailkan apa yang terbuku dihati ke muhamadhadi[at]gmail[dot]com]
Cabangan kita berbeda, tapi kita berasal dari tempat yang sama. - sangtenuk.
Salam.
Ya, takkan pernah sama kita punya cara.
Ya, takkan pernah sehaluan pembawakan kita.
Ya, takkan pernah seiring alunan melodi kau dan aku.
Ya, takkan pernah serasi jiwa kita.
aku cuba membuatkan hidup ini semaken hari semaken putih, pudarkan yang hitam tetapi tidak melenyapkan kerna hitam itu adalah garam dalam kehidupan. - sangtenuk
Salam.
Kita takkan dapat lari dari kesilapan dalam kehidupan samada kecil ataupun besar.
Melihat fajar menyinsing sejak selepas subuh tadi begitu merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Maha Suci Allah. Terpaku diri sambil menghayati keindahan ciptaan-Nya selagi roh masih melekat di badan. - sangtenuk
Salam,
Lama benar aku tak hayati keindahan sinar suria selepas subuh. Maha Suci Allah.
Fri January 14, 2011, 10:31 pm: // Memanglah keindahan bunga pada kelopak, tapi itu semua hanyalah sementara. Aku lebih menyintai akar yang kuat mencengkam bumi. - sangtenuk
Salam.
Status fb ni pun agak aku suka, karena ia berkaitan dengan perasaan / hati dan laen-laen.
Keindahan seseorang bukanlah dari segi paras rupa, tapi hati budi.
Biar muka macam bangsat, perangai suci, Alhamdulillah dari muka macam imam muda, tapi perangai macam kamjat.
Salam, memang agak lama aku tak update blog ni. Bukannya taraf sawang, dah berkulat dah pun.
Bukannya apa, agak semak otak dengan golongan stalker yang mengusutkan kepala otak aku. Rasanya agak susah dah aku nak share benda-benda yang berkaitan dengan perjalanan kehidupan, oleh itu, hidangan anda untuk blog kecil ni, mungkin benda-benda seperti ni ja. ;-) Enjoy.