14 February 2009 | 4 comments

Happy Valentine Day!


Salam semua! Keh, keh..ingat tak soalan aku didalam entry "Aku dan Valentine"? Kalau anda semua perasaan, soalan tersebut adalah berbunyi,

Ada apa dengan Valentine!

..betulkan? Dan untuk jawapannya,
Selangor (Laporan Rasmi dari semua kawasan operasi) - Alhamdulillah, sebanyak 65 pasangan melibatkan seramai 130 remaja telah dibawa ke sessi kaunseling & taubat di Shah Alam & Ampang oleh sukarelawan "Ops Valentine 09" yang diadakan malam tadi dengan kekuatan anggota seramai 222 orang melibatkan 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur.

Setinggi tahniah & syabas kepada semua pihak yang terlibat & menyokong secara moral - PERKID
sumber Perisik-Rakyat

Betul tak apa yang aku karang dalam entry tersebut? Itu yang DAPAT, belum kira yang lari lagi, yang sudah "berperang", dan lain-lain. Itu baru 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur, belum dorang buat besar-besaran lagi dikawasan Kota Metropolitan Kuala Lumpur . Itu baru di kawasan Selangor & Kuala Lumpur, belum campur negeri-negeri lain (Pulau Pinang, Johor dan lain-lain).

Dimana lagi wira-wira MELAYU yang membela "MELAYU" ditanah tercinta ini? Takkan bising bila bab politik sahaja? Renung-renungkan-lah.

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [11]:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Info: Wikipedia