02 October 2008 | 0 comments

Syawal #1

Labels:
Artist: Fazidah Joned
Song: Selamat Hari Raya








Chapter #1

Assalamualaikum saudari muslimku, saya ingin memohon seribu keampunan sekiranya ada tersalah bahasa dan tersalah kata (phew, macam penah tulis ja..hehe..). 

Perasaan Raya Pertama?
Buat pengetahuan semua, dekat 4 tahun dah aku beraya dengan family setelah Nenekku (Che Ah) meninggalkan kami pada 4 @ 5 tahun yang lalu. Time arwah ada, meriah la lagi, cousin aku dari utara sampai ke selatan + atas laut, semua balik kat Lumut Kiri, Sitiawan. So, lepas ja arwah dah takdak, sambut dengan family saja la. Perasaan tu, Best jugak la sebab aku masih dapat menyambut dengan family, Ahmad bin Darus (Ayahandaku), Rosiah bte Mohamad (Ibundaku), Arni Hasliza, Siti Nor Aishah (Akakandaku), Anis Nabilah, Muhammad Solehin (Adindaku .-camni ka spelling? hehe.).

Macam Mana Dengan Malam Raya?
Hmm, time arwah ada, memang semua balik, pakcik dengan makcik aku memang rajin bawak balik stock (pepaham jerla), so ade gak la function gak malam raya. Tapi, ni dah masuk tahun ke-tiga rasanya, malam raya aku mengadap internet (semalam aku belek2, portal Speedfinger , MySahabat , K-Rex , Syok ). Nak buat apa? Kuih? Tunjuk-tunjuk belaka..Kemas Rumah? Memang takdak apa dah, sebab barang semua dah diangkut ke rumah makcik aku, sebab nak renovate rumah..Lemang, Ketupat? Phew, dulu dok kampung boleh la, ni dok taman, ampeh..so, memang takde ghoje pun..

Macam Mana Pulak Di Pagi Raya?
Pagi? Hehe, aku tidoq pun dekat nak subuh, tak boleh nak tidoq (missing her) dan belek2 portal. 7 lebih bapak aku kejut, dan siap2 untuk menunaikan Solat  Sunat Aidilfitri kat Surau Lumut Kiri. Takbir Raya, Solat Sunat, Khutbah, Tahlil, dan balik rumah..

Lepas tu?
Kita sambung Chapter 2 pulak..hehe