24 November 2008 | 2 comments

Aku dan Novel - Dia Lebih Mengerti

 

Dia Lebih Mengerti

karya Norhayati Berahim

Dia Lebih Mengerti Kisah seorang gadis yang bernama Mai yang mempunyai seorang kakak, Amy, Ibunya, bekas ratu cantik dan juga seorang muaalaf dan ayahnya, seorang yang bertanggungjawab dan dibela oleh neneknya.

Sejak kecil lagi, dia diajar beradab sopan, sentiasa menghormati orang yang lebih tua, jangan mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Setelah meningkat dewasa, sifat mamanya dan juga Amy semakin menjadi-jadi, sombong dan angkuh dengan kemewahan dunia,

“Didalam dunia ini, kita tak perlukan lelaki yang hanya tahu bercakap kosong dan juga kuat beragama, akan tetapi, perkara yang paling penting ialah harta kekayaan”.

Itulah yang selalu mamanya berpesan kepada Amy, anak yang paling rapat dengan mamanya, dan mengikuti semua peragai buruk mamanya itu.

Mai yang mempunyai seorang sahabat baik, Raihan yang menetap di Indonesia, yang sentiasa berhubung dengannya dan ketika Mai menziarahi Raihan di Indonesia, dia terpegun dengan penanaman anggur dikawasan khatulistiwa ini dan mengambil keputusan untuk membuka tamanan anggurnya sendiri ditanah peninggalan arwah neneknya di Johor. Segalanya diusahakan sendiri, dan dibantu oleh Raihan, yang memperkenalkan tuan punya ladang anggur di Indonesia, dan bapanya yang sentiasa memberikan sokongan.

Sebelum tercetusnya idea untuk membuka ladang anggurnya sendiri, Mai telahpun mempunyai sebuah kedai dobi sendiri, dan menetap dengan seorang gadis penjual insuran, mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik untuk memikat lelaki untuk menjual insuran akan tetapi, seorang yang agak pemalas, walaupun berasal dari kampung, tetapi tidak tahu membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Jiran mereka, seorang pegawai bank yang telah menarik nafas lega kerana mendapat seorang teman serumahnya, seorang lelaki yang mempunyai sebiji motorsikal berkuasa tinggi dan mengaku bahawa beliau hanya bekerja sebagai mat despatch iaitu Syed Abid, seorang lelaki yang baik budinya, beragama, dan menjadi penagih kasih kepada Amy ketika menuntut diluar negara.

Lelaki itu tertarik dengan sikap Mai yang tidak pernah kisah dengan ‘pekerjaannya’ itu, dan terus berkawan malah lebih dari itu. Dengan sikap mamanya yang agak queen control itu telah mengundang perkahwinan rahsia bapanya selama 5 tahun dengan Jamilah, setelah 11 kali melamarnya, dan melihat kesungguhan ayahnya itu, dan membuat solat hajat, Jamilah redha dengan kehadiran lelaki yang masih mempunya isteri dan dua orang anak.

Panjang pulak ceritanya.. ekeke, tapi, sebab kisah Cintan tu slow, membuat aku terus membaca..

Pertelingkahan antara ayahnya dan mamanya, telah menyebabkan ayahnya mengaku yang dia telah berkahwin lain dan mengakibatkan mamanya mengalami stroke. Setelah sedar dari pengsan, Mai mengambil peluang ini untuk mendekati dan merapati mamanya, kata doktor, pesakit stroke adalah seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan, perlu diajar segalanya, dari makan, bercakap, dan lain-lain.

Mamanya telah berubah, doa Mai telah dimakbulkan, iaitu sentiasa mahu mamanya berubah menjadi seorang yang jauh dari sifat-sifat tercela, dan berkat hasil usahanya mendekati mamanya, mamanya telah menjadi seorang yang lemah lembut, dan apabila ingatannya mula pulih sedikit demi sedikit, mamanya tersedar akan kesilapan lampau dan menyesali dengan semua kejadian. Mai juga turut memberitahu hal yang sebenar kepada ibunya.

 

Aku Kata :-

Cerita pasal family, best! Kisah Chenta tak berapa kuat~ hehe, nak tau cerita ni lagi, apa lagi..? "Dia Lebih Mengerti "! aisey, tukang promote lak aku..hehe, layannn..

Wassalam




21 November 2008 | 1 comments

Aku Dan Novel - Ternyata Cinta

Ternyata Cinta

Karya Damya Hanna 
damya5_hanna@yahoo.comhttp://www.damya-hanna.blogspot.com

Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan.

Ternyata CintaDia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan (aku lupa nama company dia..hehe) dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.

Pada masa yang sama, dia telah berkenalan kepada Iqram, yang mempunyai keluarga berada, akan tetapi dia seorang lelaki yang agak keras kepala dan memberontak dengan sikap bapanya yang sentiasa menentukan masa depan anak-anak. Bukannya niat untuk menderhaka, akan tetapi dia bosan dengan desakan bapanya yang mahu dia meneruskan pembelajaran dalam bidang perniagaan, yang terlalu jauh dari impiannya iaitu memilih kepada bidang fotografi dan juga seni grafik.

Aku Kata :-

Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan “gadis yang suka berangan” membuat aku sentiasa berasa bosan. Jalan cerita pun senang dibaca (senang nak agak),

“ayahnya berpesan kepada qisdina bahawa dia tidak akan balik untuk beberapa hari dan jika ada orang bertanya mengenai bapanya, katakan bapanya sedang bekerja diluar kawasan”

– nampak sangat sedang dikelilingi oleh hutang dan sedang diburu oleh along.

Aku lagi suka baca kalau jalan cerita seterusnya lain dari persepsi kita. Baru la nanti kuar ayat, “Laa, aku ingatkan pasal tu..rupanya macam ni..”. Anyway, nice story =D



17 November 2008 | 0 comments

MCS College | Kolej MCS?

Penah dengar ka tak pernah? Bukan.. Bukan.. Bukan MSC, MCS-lah..
MCS? Ape tu? Actually, aku pun sengal gak memula, tapi, meaning dia, "Morale, Competent, Success". Haa, hehe..
Aku blajaq kat sini la skang, kolej mcs, kat Banting, tepi The Store.
Aku saja ja nulis, sebab dah tak tau nak tulis apa, dah lama tak mengarang.. hehe
Kalau nak tau lagi, singgah la lepak MCS College Blog - " Student Voice".. - Blog ini sudah tidak aktif setelah mendapat bantahan dari Pihak Berwajib. Anda boleh pergi ke laman web rasmi kolej di www.mcs.edu.my


Hanjing!

Mengapa ada anjing kat blog aku ni..?
Actually, aritu aku sje la round2 taman kat area umah aku..tetiba aku ternampak anak anjing ni..ntah la, tetiba dia nak bermanja2, berlari2 kat kitaorg, cam mintak diusap..tapi, haram tetap haram..so, kasi snap jerla..




Tapi, bila orang tengok ja gambar ni, "Awat hang tangkap gambaq anjing? Gambaq kucing ok gak". Anjing ni memang tak bersalah kan..? Kenapa orang sering bertindak kejam dengan anjing-anjing? Yang hina-hina semua anjing, kalau dia hina sangat, kenapa dia diciptakan..? Dia makhluk yang takdak akal fikiran, btul?


Ntah la..tapi anjing ni cute dowhh.. wahahaha


14 November 2008 | 0 comments

Aku Tekanan~

Labels:
Salam semua, harap maaf la, dah lama sangat tak update blog kan..? Bukan apa, "default" a.k.a wifi jiran aku dia dah katup la. Tu yang masing-masing ketandusan dan kegersangan. Hehe.

Sementara aku bley pow broadband member aku sat, aku upload la gambo lame2x (tak la lama sangat, 2 bulan lepas). Gambo ni di"capture" time gi umah senior aku, pakciknye kawen kat area Meru.

Okay la, dah dekat pkul 4, esoknye de class pkul 9 plak.. ok2, Tabik Hormatt!


d