Aku Dan Novel - Ternyata Cinta
Ternyata Cinta
Karya Damya Hanna
damya5_hanna@yahoo.com | http://www.damya-hanna.blogspot.com
Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan.
Dia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan (aku lupa nama company dia..hehe) dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.
Pada masa yang sama, dia telah berkenalan kepada Iqram, yang mempunyai keluarga berada, akan tetapi dia seorang lelaki yang agak keras kepala dan memberontak dengan sikap bapanya yang sentiasa menentukan masa depan anak-anak. Bukannya niat untuk menderhaka, akan tetapi dia bosan dengan desakan bapanya yang mahu dia meneruskan pembelajaran dalam bidang perniagaan, yang terlalu jauh dari impiannya iaitu memilih kepada bidang fotografi dan juga seni grafik.
Aku Kata :-
Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan “gadis yang suka berangan” membuat aku sentiasa berasa bosan. Jalan cerita pun senang dibaca (senang nak agak),
“ayahnya berpesan kepada qisdina bahawa dia tidak akan balik untuk beberapa hari dan jika ada orang bertanya mengenai bapanya, katakan bapanya sedang bekerja diluar kawasan”
– nampak sangat sedang dikelilingi oleh hutang dan sedang diburu oleh along.
Aku lagi suka baca kalau jalan cerita seterusnya lain dari persepsi kita. Baru la nanti kuar ayat, “Laa, aku ingatkan pasal tu..rupanya macam ni..”. Anyway, nice story =D
Terdapat 1 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Anonymous
sy da bce nvel... mmg pning larh wktu bce cuz xtau sme ader dye tgh brgn or real... hehe... but ok r gak stry dye..
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.