06 April 2009 |
6
comments
Oh Politik di Malaysia
Assalamualaikum!
Bila la kita dapat capai peringkat ni? Tapi alangkah baik lagi semua parti dibawah satu bumbung, bukannya saling tikam menikam, bom-bom, fitnah sana, janji kosong, kasi peluru, maki hamun tak tentu hala.
Buat pengetahuan korang, aku memang melanggani rss Perisik-Rakyat untuk baca news-news yang diupdate terus dari sana! Reporter tanpa gaji (tabik bro!) - kalau ada pun wang sumbangan orang!
Ada satu gambar yang menarik minat aku dalam entry ni.
Tak salah kita berbeza pendapat, tapi buat kerja capai la satu matlamat. Cuba imbas kembali bila peristiwa tsunami / tanah runtuh jadi, ada tak kita tanya dulu,
"Ko bulan ke dacing? Kalau ko dacing, aku tanak tolong ko""Ehh, mana boleh, ko memang setia dengan bulan kan? Ko mintak orang sana tu tolong"
bila bala dari Allah S.W.T turun ke muka bumi Malaysia tercinta ni, baru la masing-masing sedar bahawa kita saling memerlukan, ada pro dan ada kontra. Jangan la sampai nak bermusuh pula hanya disebabkan ideologi berbeza.
Satu saja aku nak cakap dan korang hayati sendiri,
Takkan kita nak sedar yang kita semua sama bila bala menimpa kita?
Korang pun dah reti pikir sendirikan? Oleh hal yang sedemikian, berfikirlah seperti manusia matang, usahkan berfikir seperti musang yang berbulu ayam.
Terdapat 6 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Omar M. Hashim (Omara)
Benar Hadi, Itulah yang kita mahu. Perkongsian kuasa sama-sama. Yang salah kita sama-sama betulkan. Yang betul, kita ikut-ikutkan. Sama-samalah kita doakan semoga yang keruh sama dibuang, yang jernih kita ambil sama-sama. InsyaAllah!
y
Tu la kan mamu, rasa macam dah muak dah dengan ragam politik kat Malaysia ni.
Harap-harap para pemimpin dari mana-mana pihak pun, janganlah ada sifat "dendam", "dengki" dalam lubuk hati tu.
IjoPunkJUtee
Politik selalu kejam, tak ada kawan dan lawan abadi, semuanya berdasarkan kepentingan sesaat....
Saling sikut, injak hari ini, besok dah saling berangkulan dan sebaliknya....., hanya karena hebatnya negosiasi sialan....
Bagi2 kekuasaan tanpa memandang amanat rakyat yang disemat.....
y
btul tu ijo!
Saling sikut, injak hari ini, besok dah saling berangkulan dan sebaliknya....., hanya karena hebatnya negosiasi sialan....
aku sokong ayatmu ini!
Luth Textile
aku ingat hadi, semalam aku turun bukit gantang aku nak letak semua bendera dekat kete aku. Tapi, pk balik... kang pape jd susah.. urm, melayu amat rugi disebabkan politik..
jadilah kita seperti cina, walaupun bersaing tera mana sekali, depa tetap akan bersatu jika hak depa dipertikaikan ataupun dipermainkan..
fikir2kan! Daulat Tuanku! takbirrr...
y
hehe, tu la kan, disebabkan politik, masing-masing saling tikam menikam..
Apalah nak jadi dengan kita ni..
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk kita semua, macam yang mamu cakap tu..
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.