08 October 2010 | 6 comments

Startup Day Penang 18 & 19 Oct | Ignite Your Startup Tour

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kini aku kembali setelah mati selama beberapa kurun. Kembalinya insan ini untuk membawa khabar berita yang aku dah kerja ditempat baru! Alhamdulillah.

Memang agak sibuk dengan tugas yang dikurniakan diberikan, tapi bila dah nama tanggungjawab, haruslah dijalankan dengan penuh sifat dedikasi (macam politicion you).

Sekarang ni aku memang agak sibuk dengan event "Startup Day Penang - Ignite Your Startup" yang akan berlangsung di Hotel Sunway, Bandar George, Pulau Pinang pada 18 dan 19 Oktober ini. Program ni sebenarnya untuk sesiapa yang berminat untuk berniaga, yang nak cari partner, yang nak cedok ilmu dari sifoo-sifoo dalam program mentor, dan lain-lain. Siri "Startup Weekend" ni dilahirkan bukan dari Malaysia, dan ni kali pertama dia buat kat Malaysia hasil ketekunan GEW Malaysia.



Mark Nager, salah seorang 'orang kuat' Startup Weekend, diterbangkan ke sini untuk memastikan segala aktiviti yang dijalan sama dengan apa yang dorang buat dekat 'luar'. Program ni akan dijalankan di Pulau Pinang (18-19 Okt), KL (22-24 Okt), Kota Bharu (26-27 Okt) dan JB (28 Okt).






Untuk maklumat lanjut, ringan-ringankan jari menekan http://malaysia.startupweekend.org ataupun http://startupday.pp.my (Penang).

Nota: 1Oasis.net sudi nak sponsor domain free untuk sesiapa yang register awal (early bird) untuk program ni. - "FREE web domains for Startup Day Penang EARLY BIRDS!"