13 January 2009 | 2 comments

Tag: Senjata Orang Mukmin

Labels: , ,
Assalamualaikum semua! Hmm, tadi adik angkat saya, Cik Andak (ikha.. peh!) ada send 1 message sama saya yang berbunyi..
"Ya Allah, Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah.. Turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada saudara-saudara kami di Palestin dan hancurkanlah rejim zionis.. Amin.."
dan ada message berangkai yang berbunyi..

"Lipat gandakan doa ini, kirim kepada 7 rakan anda yang lain. Maka,
7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7= 823543, dan 823543 x 7 = lebih kurang 5.8 juta orang akan berdoa.. InsyaAllah..Bantulah mereka dengan doa"

"Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang-orang mukmin"
dan antara insan bertuah (sebab nombor dorang ade dalam my phone list) saudara kain Luth, [next time kita jumpa aa bro] dan saudara Khairil Husni [tuan empunya K-rex.org] dan beberapa orang member IRC lama.

Dan Malaysia baru nak bising-bising pasal nak suruh gencatan la, menda la.. Polis? Fru? Askar? Depa sama jugak macam kita (saya mengaku diri saya serba kekurangan). Tapi, para Mujahidin, macam Jemaah Islamiah yang sanggup bekorban untuk ISLAM, ditangkap pulak, masuk dalam ISA (bukan masalah politik dah sekarang, sebab ni dah masuk masalah dunia). Semua pejuang nak membela agama Allah, dipanggil Terrorist, tak percaya, try tengok kat abang serba tau kita, Encik Wikipedia yang bijak bistari - list of terrorist organization. Saya rasa, majoritinya kat situ, pertubuhan pejuang Islam. Depa saja yang baik, try tengok, mana ada zionist ka, israel ka, yahudi ka, jewish ka..

Tapi betul la, sedih sangat. Terlalu sedih memikirkan nasib dorang yang hidup menderita sedangkan kita kat sini, asyik bergaduh sesama agama hanya disebabkan politik saja.

Saya tertarik dengan quote dari blog bro Eddie
Jika ada antara kita yang berkata:
"Alah... takat hack website... apa lah kesannya pada diorang?"
Tanyalah kepada diri anda pula, sumbangan anda..?



Bro Eddie cerita pasal beberapa team hacker/defacer mula deface site-site israel laknatullah, untuk berperang secara cyber, korang boleh tengok kat blog bro Eddie kat sini. Blogger yang boikot lagi banyak la, tak tahu la kalau dorang just "TAMPAL" gambar "Boikot syarikat yang menaja si Lahanat tu" tapi masih membeli / menggunakan barangan tersebut.

Wallahualam. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Muhamad Hadi Ahmad

[dan saya rasa, dari korang 'tag' benda-benda yang tak berfaedah, kan lagi bagus kita sama-sama berdoa demi saudara-saudara kita disana]