16 August 2009 | 8 comments

Selamat Bertunang Juju


Rosjunaidah, itulah sepupuku disebelah ayahku (anak mak lang aku) yang telah selamat bertunang pada 15 Ogos lalu. Walaupun serba sederhana, tapi rasanya kami semua germbira! Aku rasa, agak lama kami tidak bersua muka disatu tempat yang sama setelah pemergian Tok (Che Ah bte Baharin) & Tokwanku (Darus bin Hassan). Rasanya, ada la dekat 5-6 tahun kami tak beraya bersama, kalau ada pun, datang sekejab dan balik. Itulah lumrah bila pemergiaan orang penting dalam sesebuah keluarga. Awat aku tulis lain macam ja ni..wahahha



"Selamat Bertunang Juju!" - Wahh, sepupuku berlawan dengan orang kedah! Rombongan mai dekat 8-9 biji kereta. Walaupun bangun agak lambat, tapi dah bangun tu, memang langsung tak menang tangan la. Hehe, sat basuh pinggang, sat pi cari barang, sat gi sambut tetamu, sat mengemas, biasa la, tak ramai sangat laki yang remaja dalam family kami, kami berempat saja tadi, budin, atan (anak mak lang), eakal remy (anak Cik Lah, orang Kulim) dengan aku. So, agak kalut la jugak.



Inilah gambar yang aku rasa (pendapat aku la) amat berharga buat mereka, yang akan jadi kenangan sampai bila-bila. Yang kiri tu, mak lang aku, Salmiah dan yang kanan tu, pak lang aku, Roslan sebab dah lebih kurang 20 tahun depa bercerai dan ini gambar kenangan depa. Ini juga merupakan pertama kali (seingat aku) aku bersua muka dengan pak lang aku. Tadi dia mai dengan bini dia la @ mak tiri sepupu aku. Tapi kira ok la kan? Masih ada rasa tanggungjawab dengan anak-anak.



Esok aku akan pulang ke Banting semula, dah start semester baru! Kehidupan dikolej #@#$%^&! Hahahaha.

notakaki: bila la ada rezeki lebih boleh angkat sebijik slr, C905 ni untuk outdoor (ada cahaya matahari) ok, clear, cun. Tapi bila malam atau indoor, memang SAKS! Bukak flash nampak cacat plak, tak bukak blur plak. Aku pun tak tau nak buat camna dah. Hmm..mungkin tangan aku yang cacat kot. Hahaha (sumpah aku tak tau pasal lighting!)