09 September 2009 | 16 comments

MALAYSIA NEGARA PENIRU!

Labels: ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

MALAYSIA NEGARA PENIRU! 



Korang rasa betul tak ayat tu? Aku dapat rasakan kemarahan sahabat-sahabat kita di seberang sana, Indonesia. Memang mereka ada hak untuk marah bila budaya mereka ditinggikan disini, Malaysia. Aku rasa kita pun akan marah bila karya kita digunakan oleh pihak lain, dan terus menyatakan bahawa "Ini hasil tangan aku!" Tapi aku rasa agak melampau jugalah bila membakar bendera, mencederakan warga Malaysia disana, membuat rusuhan dan lain-lain.

Mereka mengatakan kita meniru budaya mereka, ya, kita semua memang tiru budaya / perbuatan lain kerana kita memang dilahirkan dengan masyarakat yang berbilang kaum. Ada mami, ada mamu, ada jawa, ada banjar, ada asli, ada cina, ada india, bak kata pakcik Astro, "Macam-macam ada".

Disebabkan kita memang memerlukan diantara satu sama lain, perkongsian budaya ini memang terwujud dengan sendirinya. Ini bermakna kita memang rapat, walaupun ada sesetengah yang merasakan dirinya tuan. Itu biasalah, pepatah ada menyatakan, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" dan "Dalam setandan pisang, ada yang elok, ada yang busuk".

Mengapa aku kata negara kita dikatakan peniru?

  • Lagu Negaraku - Melodinya dari mana?
  • Bendera - Nampak Macam?
  • Sistem Pemerintahan - Ikut sapa?
  • Tarian - Dari mana?
  • Litar F1 - Nak jugak
  • Menara Tertinggi - Pun nak jugak

Itu yang aku pernah terbaca ketika tersesat disalah sebuah website dari Indonesia. Sahabat-sahabat Indonesia agak berang apabila kita (warga Malaysia) mengatakan bahawa "Itu Kami Punya!", cuba fikirkan sejenak, kebanyakkan bangunan-bangunan hasil tangan siapa? Berapa ramai warga Malaysia yang buat? Mungkin mereka fikir kita tidak menghargai jasa mereka. Tidak sahabatku, kami bukanlah bangsa "Malingsial" seperti yang terpahat dihati kalian.

Cuba anda keluar dari kotak permikiran yang tertutup dan berfikir,

  • Jika tidak ada kuda, takkan ada basikal, takkan ada motosikal
  • Jika tidak ada burung, takkan ada kapal terbang
  • Jika tidak ada bulu burung, takkan ada sebarang pen. 
  • Jika tidak ada matahari dan bulan, takkan ada  jam dan kalendar.

Bukan hanya kami, semua kita adalah PENIRU.

Hanya TUHAN yang membuat segalanya dengan asli, kita hanya memanipulasi.

notakaki: Aku cuba meletakkan aku ditempat mereka, dan cuba menyelami hati mereka. Macam yang aku kata tadi, 
kita pun akan marah bila karya kita digunakan oleh pihak lain, dan terus menyatakan bahawa "Ini hasil tangan aku!"
Betul tak? Kita buat benda tu, contohnya macam kertas kerja @ assignment. Kita buat teruk-teruk, mentelaah, bersengkang mata mengadap Pakcik Google, tanya kawan-kawan dekat Yahoo Mesengger, Facebook, datang kawan kita, "Wei, mai aku copy assignment hang". Apa yang korang rasa?

notakaki2: Aku Cinta Lumpur (Tanah + Air) Aku, Malaysia