02 October 2009 |
7
comments
Aku Dan Novel - Ranggau - Ramlee Awang Murshid
Sinopsis
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.
Komen
Ya, aku bukanlah peminat setia Ramlee Awang Murshid (RAM) yang ikut semua gerak gerinya, aku hanya insan yang suka pada gaya penceritaannya. Pada permulaan novel Ranggau ini, RAM ada menyelitkan ayat-ayat Al-Quran, segala firman dan hadis dan sememangnya tidak lari dengan jalan ceritanya yang mengisahkan kejadian pada tahun 70-an sewaktu beliau masih kecil dan ada penduduk kampungnya mati yang dikatakan disebabkan Ranggau. Bagi mereka, Ranggau ini macam semangat jahat juga la. Kisah cinta? Sedikit, terlalu sedikit. Memang kita tahu (orang yang pernah baca hasil RAM) yang karya RAM isu percintaan seumpama selingan sahaja. Kebun bunga dan tugu berbentuk piramid dibina untuk membuktikan cinta Dr Zahid,teman lelaki Ursula kepada si gadis korprat ni akan tetapi ada benda lain disebalik kebun dan tugu itu.
Kita singgah sebentar di blog ordy, rumusan beliau mengenai "Ranggau".
Beli la kalau nak tau! Baru aku tahu novel ini dah lama keluar.
Ini antara hasil karya RAM
Ya, aku memang suka membacakan? Hehehe, novel yang pernah aku baca?

Pada awal cerita, diceritakan kehidupan dan keluarga Rusdi sejak kecil. Rusdi kehilangan adik perempuan kerana mati lemas di sungai semasa kecil lagi. Banyak juga peristiwa aneh dan ilmu hitam yg diceritakan oleh penulis. Watak Ayah Rusdi juga diceritakan berhadapan dengan ilmu hitam. Ketika membaca novel ini, baru saya faham bahawa Ranggau adalah perantaran yg dihantar untuk menyakiti seseorang dengan menggunakan ilmu hitam. Ranggau adalah istilah bahasa Sabah. Penulis juga banyak menyelit bahasa asing seperti Sabah dan bahasa Brunei dalam dialog watak2 novel tersebut.
Cerita Ranggau dikatergori cerita pembunuhan seram kerana ia berkisarkan pembunuhan bersiri gadis2 yg berlaku di Sabah. Mayat2 yg dijumpai didapati kehilangan mata dan buah pinggan. Pada mulanya saya beranggapan ia adalah perbuatan pemujaan. Rusdi terlibat dalam penyiasatan pembunuhan kejam itu apabila seorg gadis kaya, Ursula telah memintanya mencari adik perempuannya, Janet yg hilang. Ayah Ursula, Tuan Gimbang seorg tokoh perniagaan terkenal tidak mahu melaporkan pada pihak polis. Ursula mengupah Rusdi untuk menyiasat apabila tertarik membaca novel penyiasatan Rusdi dan menyangka Rusdi mempunyai kebolehan menyiasat.
Banyak halangan yg berlaku semasa penyiasatan. Rusdi dipukul oleh Kim dan diselamatkan oleh Farhana. Inspektor Solehin kawan baik Rusdi yg ditugaskan penyiasat kes tersebut juga dibunuh kejam. Doktor Zahid yg mencemburui Rusdi kerana sentiasa bersama Ursula.
Pada pertengahan novel ini agak suspen. Saya menyangka Kim bekerjasama dengan Tuan Gimbang untuk membunuh gadis2 muda untuk mendapatkan mata dan buah pinggang dan menjual ke pasaran gelap akan tetapi...
Beli la kalau nak tau! Baru aku tahu novel ini dah lama keluar.
Ini antara hasil karya RAM
- Tombiruo [DAH]
- Semangat Hutan [DAH]
- Tombiruo Terakhir [DAH]
- Ranggau [DAH]
- Mandatori [BELUM]
- ADAM [BELUM]
- Satu Janji (One Promise) [BELUM]
- Bagaikan Puteri (As Princess) [DAH]
- Rahsia Perindu (Lover's Secret) [BELUM]
- Hatiku Di Harajuku (My Heart is in Harajuku) [DAH]
- Cinta Sang Ratu (The Queen's Love) [DAH]
- Hijab Sang Pencinta [DAH]
- Mikhail [TENGAH BACA]
- Ungu Karmila [DAH]
Ya, aku memang suka membacakan? Hehehe, novel yang pernah aku baca?
Terdapat 7 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
aien~s corner
aien juga suke m`baca.. tp aien tak suke bca novel yg cm d`atas.. hehe
myfr3ak
adi plak suka novel-novel camni, hari tu baca yang love story punya, agak mendayu-dayu sangat la..hehe, langsung tutup cari novel lain.
Eddie
Aku bukan jer dah tak ingat apa novel last yg aku pernah baca. Aku malah dah lupa bila last aku baca novel. HUk! bangkali sebab tu lah penulisan aku makin lama makin cam bangang jer bunyinya. sebab kurang membaca la ni agaknya. ekekkee
Recent blog:=- Ujian Personaliti Berdasarkan Penggunaan Otak Kiri dan Otak Kanan
uruchimaru
emm yg ni aku sudah bce bha....
Recent blog:=- Identiti diragui seperti Aktor Jay Chow ..
myfr3ak
ini pun saja2 bro..pinjam bley la..nak beli tu penat jugak la..sebab sekali baca ja..hehe
Recent blog:=- Live Update: Selamat Tinggal Ayah Ibu
myfr3ak
hehe, cambest kan? hehe
Recent blog:=- Live Update: Selamat Tinggal Ayah Ibu
Lady D
perghhh..best nye baca novel ranggau ni.saya dah ulang 2 kali baca.harap2 ada edisi ranggau 2.
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.