YESMAN!
Title: YES Man
Starring: Jim Carrey
YESman! Jim Carrey kembali menceriakan hidup aku! Setelah lama tak layan movie, last sekali aku layan, Kungfu Panda (sebab ada Jack Black yang sumbangkan suaranya kat Po).
Bagi aku, filem ni memang memecahkan perut aku. Terbahak-bahak, sampai menitiskan air mata aku semalam kat AEON Bukit Tinggi. Ingatkan, bila si Jim Carrey tu dah tua, kurang sengatnya. Tapi, memang best! Tambah-tambah time dia nak selamatkan orang yang nak bunuh diri, boleh pulak dia nyanyi lagu, si mamat yang nak bunuh diri tu pun boleh layan sekali, dengan member-member dia, dengan bomba semua layan. Nak terburai perut aku! Hahaha..
Tapi, memang filem ni punya meaning memang useful! Daripada guys yang sentiasa "No, thanks", "Maybe" terus jadi "YES" kat semua. Belajar main gitar, bawak plane, layan gig, *ehem3* dengan orang tua dan macam-macam lagi! Hahaha...
Adalah kena-mengena sikit dengan hidup aku, kalau dulu memang aku camtu gak, tapi sekarang ni memang semua kira "bolehh!", tak caya try tanya budak-budak rumah aku (yang lepak dengan aku saja!). Ajak la memaner pun, mesti jadi punya, duit ada ka takdak, pedulikkan!
Money not everything, the Friendship is the most powerful weapon! Enjoy the life even without money, you still have something called, "Friendship"!!
So, apa lagi? Layannn~
Rating Aku: 5/5 | Meaningful! Hahaha!
Tiada Respon? Jadilah orang pertama komen!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.