29 March 2009 | 11 comments

Youtube - KJ Rasuah?

Labels: , , ,
Assalamualaikum semua!

Rasanya, dah lama tak ber'blogging pasal bab-bab politikkan? Bukan apa, dah sakit hati tengok Malaysia kita yang tercinta ini memang dah berpecah-belah. Hidup berpuak-puak. Memang tak salah berlainan pendapat, tapi jangan la sampai tak bertegur apatah lagi bergaduh.

Aku sokong mana? Aku memang akan menyokong pihak yang benar, tak kira la dia dari parti mana. Tengok posting aku pasal Hajah dengan pengkid tu, aku sokong kalau orang UMNO buat kebajikan macam ni, tapi bila bab-bab main duit ni, Haihh-lah badan, Haihh-lah nyawa (tak mampu untuk bermadah). Korang pun mesti bersependapat dengan aku kan?

Macam-macam dah isu timbul sejak nak Pilihan Raya Kecil (PRK) ni, dengan kes buat fylers memburukkan PR la, dengan kes haramkan Harakah dengan Suara KeADILan la, dengan kes conteng dinding masjid la, macam-macam lagi-lah! Sapa betul dan sapa salah? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Selingan dari Perhimpunan Agung UMNO, ada jugak kes. Tapi, memang tak masuk TV punya! Sebab apa? Sapa yang nak burukkan diri sendiri, betul tak? Kalau bab PR, memang ulang banyak-banyak kali, macam tajuk lagu tu "8 Hari Seminggu". Tapi, biarlah, bukan ada kena mengena dengan aku! Kat TV cuma bagitau saja, "Ada kekecohan berlaku".


video ini adalah dirakam semasa perhimpunan agung UMNO 2009,
penyokong anti KJ melaungkan "KJ Rasuah".



Malas la mau cakap lebih-lebih, bagi aku,

Yang baik kita amek, yang buruk, buang jauh-jauh! Tak kira la mana parti pun!

dan lagi satu

Biar berselisih pendapat, Jangan sesekali kita saling menikam.

Info sikit!
  • Parent aku? Mereka memang dengan dacing dari dulu.
  • Gadis aku? Ahli Puteri! (kira match la tu, rumah nanti 2 kaler, pink dengan biru laut! mantop!)
  • Parent dia? Orang kuat dacing! (camna ni? hehe)
  • Member aku? Ramai jugak yang dacing. (along, emy, duan, atan -cousin-, dan bersepah-sepah lagi la)
tapi, memang aku takdak masalah pun dengan dorang. Kalau dengan parent aku, saling berdebat la. Hahaha, tapi orang kata, dengan fakta la. Siap suruh dia bukak Perisik-Rakyat lagi! Jangan dok sibuk melayan Belit-in Utama tu!