06 March 2009 | 6 comments

7 Mac 1986

myfr3ak birthday
gambar ni selalu aku kasik kat budak-budak friendster, 
disebabkan malas nak buat lain, aku bubuh ja kat sini


Apa yang berlaku pada tanggal 7 Mac 1986 bersamaan dengan 26 Jamadilakhir 1406?

Seorang bayi laki-laki telah dilahirkan oleh Puan Rosiah binti Mohamad hasil perkongsian hidup dengan Encik Ahmad bin Darus. Bayi ini dilahirkan pada pagi jumaat dalam jam 09:45-10:00 (karena mengikut sijil kelahiran, tertera 10:02 pada waktunya).

Bayi itu telah dilahirkan sempurna dan tiada cacat cela. Telah diazankan oleh Encik Ahmad di Kampung Paya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Disebabkan rumah yang agak daif pada ketika itu, kanak-kanak kecil itu tidak seperti kanak-kanak yang lain. Rumah yang agak jauh dari penempatan dan jiran-jiran menyebabkan kanak-kanak tersebut terlalu rapat dengan kedua orang kakaknya.

Pada awal tahun 90-an, mereka sekeluarga telah berpindah ke Kampung Permatang Tengah, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada ketika ini, barulah sang budak itu mula berkawan, duan, syedi, emy, syukri, syukor, ima (chentaku dahulu..ehehe), inas, wanun, dan lain-lain.

p/s: nanti la sambung, kakak aku dah roger kata nak mai sini! Pickup balik Sitiawan, Perak! Cuti-cuti. Hehe