23 March 2009 |
7
comments
Apa kaitan Marley & Me dengan kisah aku?
Labels:
Balik Pulau,
Marley and Me
Salam semua, kita berjumpa dalam episod movie lagik..actually, ade a few posting yang still delay (sebab takde idea nak karang ayat la..), so dari biarkan blog ni jadi blog berhantu, better ada update sikit. Btul tak?
Korang dah tengok filem Marley & Me? Apa korang rasa? Cerita ni menarik ke tak? Kalau korang tanya aku, memanglah aku jawab - SEBAKKK! Apa pasal?
Dulu, zaman hidup bujang dekat Balik Pulau, aku ada bela seekor kucing. "Sayang" namanya. Kenapa? Sebab masa tu memang aku tengah dalam keadaan "teruk" - paham-paham jerla orang tengah keciwa macam mana. Dia betina, tapi garangnya, Mak Datok! Kucing jantan pun takut dengannya (tengok la siapa laki dia.. hehe).
Aku selalu gak jadi orang gila, sembang-sembang dengan kucing (mungkin disebabkan keturunan kot, bapak aku pun macam tu jugak..nanti aku cerita pasal dia pulak). Aku balik je dari tempat keje (time tu aku keje dekat ALMA Forwarding & Trucking, Yellowhouse, Sungai Dua), mesti aku dating dengan dia. Usap-usap dia, kasi dia makan, main-main dengan dia, kena cakar dengan dia tu memang WAJIB la. Ada satu detik, aku memang ketandusan wang, ada 2 ringgit saja dalam wallet. Aku habiskan duit tu untuk "Sayang" aku dan aku puasa untuk hari tu. Time bukak tu pandai-pandai la bodek member aku. Janji aku tak mau dia kelaparan, tak sanggup aku nak jawab "nanti".
"Sayang" aku memang garang, tapi tu la, bila aku sembang-sembang (luah perasaan - sensitip jugak eh aku ni) dengan dia, dia rileks ja atas riba. Macam paham saja. Time aku nak sambung belajar yang paling sedih! Aku habaq la kat dia,
"Sayang, abang nak kena pi sambung belajaq ni..harap-harap Allah akan temukan hang dengan insan yang akan jaga hang dengan baik..abang sayang kat sayang.."
dia pun turun dari riba terus naik kat tempat dia selalu tidur (atas almari). Then time aku packing barang, dia kuar rumah, dok kat depan pintu. Sadis wehh.. Nyaris-nyaris aku mengalirkan air keramat.
2 minggu lepaskan aku balik Penang. Sempat gak aku jumpa dia sat, tapi takdak nak lepak-lepak dengan dia sebab dah malam sangat. Dia dijaga oleh member aku jugak, si piduih (lanih sibuk dok buat sabun Eumora dia..cewahh..). Alhamdulillah la, tengok saja dia sehat, aku pun dah rasa bahagia. Tu yang buat aku lupa assignment semua, masalah-masalah kat (M)y (C)ollege (S)ucks ni.Hehe..
2 minggu lepaskan aku balik Penang. Sempat gak aku jumpa dia sat, tapi takdak nak lepak-lepak dengan dia sebab dah malam sangat. Dia dijaga oleh member aku jugak, si piduih (lanih sibuk dok buat sabun Eumora dia..cewahh..). Alhamdulillah la, tengok saja dia sehat, aku pun dah rasa bahagia. Tu yang buat aku lupa assignment semua, masalah-masalah kat (M)y (C)ollege (S)ucks ni.Hehe..
Ni aku nak cerita pasal bapak aku pulak. Sebelum aku balik Penang, aku lepak Sitiawan 3 hari. Kendurik Pak Long Kotai aku kat Manjung nuh. Kami (kakak aku dengan aku) sampai saja, carik la "fifi", kucing bapak aku bela. Bapak aku dengan nada sebak,
"Fifi dah mati, kena langgar"
Aku dapat rasakan kesedihan tu. Sebab apa? Sama gak kes macam aku! Anak-anak jauh diperantauan, kucing jadi anak angkat. Bapak aku beli ikan berekor-ekor, semata-mata untuk dia saja, tak bagi sisa-sisa. Siap rebus lagi, kasi "fifi" makan. Ayah aku balik keja, dia jadi pak guard depan pintu. Orang lain panggil, memang buat bodo je, ayah aku panggil, laju je! (mungkin sebab air tangan tu kot).
Tu baru 2 ekor, banyak lagi kalau nak cerita. Tapi, yang tu kisah-kisah lampau, dah lama dah. Aku teringat gambar aku masa kecik, baru berapa tahun tah, tidur berpelukan dengan "Pak Abu", dia kecik sikit saja dari aku. Hilang mana tah gambar tu.
Sekarang korang taukan kenapa aku sebak bila tengok cerita Marley & Me tu?
Terdapat 7 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Anonymous
idup alexander(iskandar^zukarain) kerana sanggup jaga hang~! punya kucing aku lax tak pernah bela kucing mahupun binatang apa sebab aku takut kehabisan makanan sebab makan dan aku amat serasi
macam kata pujagaaan~! biar tak ada wang janji ada perut boroi hahaha~! =))
Anonymous
woo,sedeyh doe.aku dapat merasakan kesedihanmu.so lanie piduih dok jaga lg kowt si sayang tuh..?
yg mna stu ehh? start aku kenai ang tuh,
y
yang mana satu lagi..si "minah" hampa la..
Anonymous
sedeynye.. isk isk isk... :((
y
to akakku
tu la..sedihkn? memang confirm laa..! sunyi ja..
iskandarX
ady... bad news..... minah isk isk isksiskkk
iskandarX
ady minah dah berbulan tak balik umah.. pastu aku try ushar ushar kat keliling umah aku sambil tanya kat jiran² tapi nampaknya tak dak rezeki dah arr. minah aku rasa dah kembali kepada-NYA.
Making Money OnlineMake Money OnlineBlogging TipsSEO
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.