28 May 2009 | 3 comments

Korang Percaya Tak Pada Takdir?

Itu persoalannya untuk hari ini.

Takdir yang menentukan, pertemuan yang tak disangka, takdir juga yang menentukan perpisahan”

Itu adalah seungkap lirik lagu yang berkaitan dengan takdir, kalau korang tengok filem “Selamat Pagi Cinta”, bahagian Pierre Andre dengan siapa entah nama gadis itu. Itu juga berkaitan dengan takdir. Lambung duit syiling untuk menentukan perkahwinan, biarkan takdir yang menemukan kembali. Lepas tu, Pierre Andre berjaya mendapat nombor telefon si gadis, tapi kertas itu terkena air pula, terpaksa dia mencuba beratus-ratus nombor untuk mencari si gadis.

Sepang ada beritahu kepada mf, yang babak ini seakan-akan filem Serendipity. Langsung mf cari dan download. Hari ini baru ada kesempatan untuk menontot filem tersebut. Sebak, memang sebak.

beginning

Ianya bermula di disuatu Krismas, Jonathan dan Sara berada dikedai yang bernama Serendipity, untuk membeli sarung tangan yang berwarna hitam. Masing-masing bertolak-ansur dan dengan penuh selamba ada orang tua ambil sarung tangan tu, terus masing-masing mengaku yang mereka itu adalah pasangan.

Selepas itu, mereka pergi untuk keluar bersama-sama, dan ketika hendak berpisah, Jonathan bertanyakan si gadis bagaimana cara untuk berhubung, si gadis menjawab “Biarlah takdir menentukan kita”.

duit Boleh dijadikan cerita, masing-masing tertinggal barang dikedai Serendipity. Terjumpa kembali, si Jonathan bertanyakan sekali lagi dan kali ini, si gadis memberikan Jonathan sekeping not dan menyuruh Jonathan tuliskan nama dan nombor telefonnya. Sara terus mengambil duit itu dan pergi membeli barang, dengan alasan, “Sekiranya ada duit ini kembali kepada saya, itu bermakna kita ada jodoh untuk bersama” dan si Sara menulis nama berserta nombor telefonnya dibuku sambil berkata, “Saya akan meletakkan buku ini dimana-mana stor buku, dan sekiranya awak jumpa buku ini, itu bermakna ada jodoh diantara kita”.

lif

Si Jonathan masih tidak mengerti, si gadis mengajaknya ke sebuah hotel, dan berkata,

“Awak masuk ke dalam lif ini, awak tekan sahaja tingkat berapa, begitu juga dengan saya, sekiranya kita berjumpa ditingkat yang betul, itu bermakna ada jodoh diantara kita”

Ya, masing-masing masuk ke dalam lif dan menekan tingkat 23. Tetapi lif yang dinaiki oleh Jonathan agak lambat tiba ke tingkat 23 kerana ada seorang budak yang menekan-nekan butang itu. Setelah peristiwa itu, mereka tidak bertemu untuk beberapa tahun.

Ketika masing-masing hendak melangsungkan perkahwinan, naluri mereka berdua kuat untuk berjumpa! Macam-macam Jonathan buat untuk mendapatkan maklumat si gadis! Si gadis pun sama, terus datang ke New York dan masuk ke dalam teksi. Apabila disoal oleh pemandu, dia menjawab “Awak bawalah saya ke mana-mana”. Hahaha.

Selanjutnya? Kena la tengok sendiri! Nak mengarang agak panjang! Lagipun, tak meriah la kalau tahu semuakan ;) Oleh itu, rajin-rajinlah mencari Serendipity dirumah Pakcik Google.

 

p/s: mf nak upload, tapi line tidak mengizinkan, tetapi kalau line agak elok, mf akan cuba upload dimediafire. Okay! Tak janji!




26 May 2009 | 5 comments

Pemuda UMNO Kuat Makan!



Ini bukan fitnah! Ini bukan cerita dongeng! Ini bukan khabar angin! Tapi, bukan semua-lah! Kuat makan apa? Korang jawablah sendiri! Hehe, ini adalah banner dari laman web rasmi Pemuda UMNO malaysia.

Oh lupa, inilah hasil PPSMI kan? Bagus pemuda-pemuda sekarang! Untuk pengetahuan semua, adik saya (solehin) belajar Bahasa Inggeris menerusi kartun di Astro sahaja walaupun pada masa itu, dia masih berusia 4 tahun (rasanya, masa ini dia belum terlibat dengan PPSMI)! Terima kasih Astro!

Kalau dibandingkan mf dengan dia, memang dia lagi hebat! Sebutan, kelancaran, kefasihan, dan lain-lain. Tidak pernah orang mengajar dia untuk berbicara bahasa penjajah itu tetapi Astro membuatkan dia begitu bagus dalam bahasa Inggeris sehinggakan gagap untuk berbicara bahasa ibunda.

PPSMI? Ada pro dan ada kontra, untuk individu, rasanya berguna. "Bahasa Jiwa Bangsa" akan terlucut dari tubuh masing-masing. Sehinggakan pada hari ini, saya pun sama, kadang-kadang lupa pada bahasa ibunda,

"Wey, apa tah .... dalam Bahasa Melayu?"


Tapi, memang kita insan lemah, sering berbuat salah ketika berbicara.

p/s kepada webmaster pemudaumno: Hampa nak makan ka hampa tamak sangat ni? Hee, sendiri mau ingat!

p/s kepada sepang: pi tidoq la.., ada ka aku cakap wire dia kata wira..! Ampeh! Masalah BM jugak tu! Hahaha!


23 May 2009 | 2 comments

WOU Contest:: Tersingkir Dipusingan Ke-Enam



Kalau korang perasan, disidebar blog ini ada 1 gambar untuk Wawasan Open University (WOU) Photography contest dan setelah tersenarai dalam 150 peserta dipusingan ke-lima, mf tersingkir dari gelanggang yang ke-enam.

Sedih? Taklah! Buat apa nak sedih, sebab tengok dekat galeri peraduan tersebut memang agak teruja! Banyak gambar-gambar yang kreatif! Sharp + Moment yang cambest! Bukan rezeki untuk kali ini! Hehe


19 May 2009 | 8 comments

Suatu Ketika Dahulu

Labels:
Tiada rangkap ayat untuk entry ini, hanyalah sekadar gambar selingan.
Tiada madah untuk dilafazkan, biarkan sekeping gambar menceritakan keadaan.



p/s: aku tak tau nak merepek apa..ekeke


15 May 2009 | 5 comments

Tutuplah Buku Itu Untuk Sementara Waktu

Akhirnya, kertas terakhir ujian akhir untuk semester empat (4) telah pun tamat. Kini otak mf dapat rehat secukupnya, memang terasa aman untuk beberapa waktu. Dapat tutup buku kolej (macam-lah selalu buka buku! Haha) hingga awal bulan Jun. mf cuti semester selama 2 minggu dan akan bertolak ke Sitiawan, Perak esok (Jumaat) petang. Penang? Mungkin ya dan mungkin tidak, semua bergantung kepada takdir.



Genting | April 30, 2009 | Bersama si Gadis | C905Phy + Photoshoped




Sila klik pada gambar untuk lihat kesan sentuhan Photoshop (hasil untuk hari terakhir di semester yang terakhir)



12 May 2009 | 4 comments

Jungle Tracking Desa Pahlawan Bahagian 2

Salam! Ini merupakan sambungan dari episod Jungle Tracking di Desa Pahlawan, Batang Kali (mf taktau nama tempat yang lebih spesifik).

Setelah sampai ditempat kejadian, mf memang tak boleh nak menidurkan diri! Dengan berpeluhnya, hati panas lagi, baju dah macam-macam punya bau, perut lapar lagi. Si mael, ayob dengan sapa lagi ntah masih diluar, tengah berborak.

Dalam pukul 3 lebih, mf bangun dan makan nasik sikit. Tiba-tiba dorang ajak mf gi terjun sungai! Hahaha, memang kerja gila mandi sungai pagi-pagi buta. Sejuk gedii!



Penerangan Video
00:00
Dah sampai ke Check Point yang pertama - masih steady

00:49
Dah sampai ke Check Point yang kedua (jambatan kayu)! - masih steady jugak

00:31
Dah sampai kat tempat perkhemahan.


Hehe, buat pengetahuan korang semua, lepas saja check point yang kedua, mulanya mendaki bukit. Tepinya curam! Boleh pulak si Dato' Hamzah tu passing canvas untuk khemah tu kat aku. Seyes, time ni memang kaki aku dah agak kegoyangan. Nafas masih okay (buat pengetahuan semua, aku merupakan pengidap asthma yang kronik - Haha, tapi disebabkan ada "ubat" yang sentiasa diambil, aku berjaya mengawal penyakit diraja tu - dah lama tak kena). Kakinye memang dah tak boleh nak kawal mungkin disebabkan perjalanan 4.1km dari pekan Rasa ke Batang Kali. Al-maklumlah, aku bukannya orang yang aktif, tak macam gadis aku, hyper-active!.

Lepas check point yang ke berapa tah, sang mael offerkan diri untuk angkat canvas tu dan Dato' Hamzah kasi air POWER! Haha, tongkat ali-lah! Apa lagi.! Perjalanan semakin lancar kembali akan tetapi agak mencabar jugak la, sebab terpaksa peluk bukit disebabkan jalan kecik dan tepinya curam.

Rasanya dalam 2 Jam lebih perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan tu. Alhamdulillah, aku dapat berjaya sampai juga. Pasang khemah, aku dengan ayob melepak kat dapur (kira dapur la jugakkan? Hehe). Datuk Hamzah, Uncle Zul, Pakcik Khalid, Otai, dan ada la beberapa orang pergi memburu, dan kami ditugaskan untuk masak nasik + lauk + cari kayu api.

Dipendekkan cerita, lepas saja makan malam, Uncle Zul buat sesi motivasi sikit. Sembang-sembang isu berbangkit, Dato' Hamzah yang dengan "Remaja Kita Sekarang Remaja Yang Jahanam", "Remaja Burger" dan memang aku bersetuju dengan pendapat beliau. Remaja yang tiada arah tuju. Masa ni jugaklah si mael bersuara untuk buat sesi pengenalan. Haha, Kalau tidak, memang asyik "Hoi2", "Wei2", "Abang2" saja.

Lepas tu, sesi masak maggi ramai-ramai, disebabkan masing-masing agak kelaparan. Dalam pukul 11 lebih, yang lain dah menidurkan diri. Aku, Capik dengan si Bulat, melepak atas batu + depan ada anggun api + depan ada hutan + kiri kanan air sungai + atas bulan tengah mengambang. Time ni, melayan jiwang la sat. Hahaha, shuu.. Ada gak perasan 'menda' tu, biasa la, dalam hutankan, tapi buat tak tau saja.

Pagi tu, aku bangun agak lambat sebab memang sejuk! Mandi pagi? Hehehe. Lepas saja makan, kemas barang-barang, bakar apa-apa yang patut (kebersihan haruslah dijaga!), dan terus berjalan pulang. Masa balik kami ikut jalan lain, Dato' nak tunjuk jalan lain pulak.

Terima Kasih Dato' Hamzah kerana sudi membenarkan kami menumpang dan merasai tempat dato'



Sampai kat Desa Pahlawan, masing-masing turun mandi buat kali terakhir. Lepas tu, makan sikit dan terus bergerak pulang. Terima kasih buat sis Miera (cun! Hehe, tapi umur dah 27) dan si zakwan sebab sudi hantar kami kat stesen KTM Sungai Buloh. Sampai banting dalam pukul 12 lebih kot dan memang aku tak sempat nak mentelaah subjek Business Calculation! Badan memang letih!

Pagi isnin tu, jawab kertas Business Calculation, tertinggal 1 soalan (dah hilang 20 markah..Maafkan saya Miss Nurul Izzah, memang saya tidak ada idea langsung!). Tamatlah sudah kisah Jungle Tracking! Hahhaha, si Dato' ajak lagi kami mendaki bukit minggu depan, 22hb ni agaknya, tapi mungkin mf tak dapat nak ikut sebab nak balik Perak.

Sekian coretan untuk kali ini, wassalam.

p/s: Koleksi gambar telah hilang dari mf punya c905, mf cut folder dalam memory card lepas tu paste dalam folder laptop ni. Tah tiba-tiba proses tu berhenti dan kesemua gambar telah hilang. mf jugak agak sedih, tapi apa boleh buat. Hee


Click Read More to continue reading


Jungle Tracking Desa Pahlawan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang mesti pelikkan kenapa blog ini agak kesunyian? Sebenarnya mf dan budak-budak mbsc (bojan, ayob, mael, apis (bulan semput), acad, + geng-geng training Kolej M*S (tak boleh sebutt..haha) Otai, dengan 2 laki + 6 gadis.



mf bukannya seorang yang lasak pun, tak aktif pun bidang-bidang ni. Tetapi, cuba untuk mencari pengalaman baru, hendak berbicara dengan hutan. Bukan selalu kita nak mencuba, tapi bila dah ada peluang, kita patut ambilkan?


Penerangan Video
00:00
Perjalanan menuju ke stesen bas dalam pukul 3 lebih

00:27
Menunggu bas ke Putrajaya di stesen bas Banting, Selangor

00:45
Dalam bas ke Putrajaya Sentral

01:14
-Dah sampai ke Putrajaya Sentral
-Menuju ke Bandar Tasek Selatan
-Melepak di KL Sentral

01:39
Dalam keretapi, sampai ke Stesen Rasa.

03:50
Masing-masing muka tekanan disebabkan salah maklumat oleh Sang Bulat, katanya ada kedai disitu untuk beli bekalan. Selepas itu, terus ke surau Stesen Rasa

04:30
Setelah habis solat, masing-masing lapik perut dengan roti.

05:40
Di Restoran Tawakal, Rasa. Masing-masing agak tertekan disebabkan 4 jam menanti sang kutu yang tak pandai menjaga janji.


Abis untuk penerangan video, kalau korang nak tahu, ada beberapa adegan yang memang agak celaka tak menarik yang terjadi. Masa kitaorang dah sampai ke KL Sentral, sang kutu mengatakan bahawa mereka telah sesat! Perghh, memang agak tertekan sikit sebab janji nak jumpa awal. Takpa-lah, biarkan saja.

Bila dah sampai ke Stesen Rasa, masa kami melepak dalam surau, masing-masing baru rehatkan badan (dalam pukul 10 lebih) ada sorang pakcik ni, cara cakapnya memang agak kurang hajar!

Pakcik: Woi, korang buat apa kat sini?
Kami: Kami tunggu kawan kami pakcik.

Pakcik: Sapa suruh korang pakai barang-barang dalam surau ni?
Kami: Kami pinjam sat saja pakcik

Pakcik: Ni aku punya, sapa suruh korang pakai?
Bojan: Mintak maap la pakcik, kami tak tau, ingatkan barang surau tadi

Masa tu, memang baran aku memang agak melonjak naik, ape bodoh orang tua ni, kalau takmau barang tu orang pakai, tak payah bubuh dalam surau banggang! Kami boleh dikategorikan sebagai musafir jugak la, sebab kat situ memang takdak apa-apa kedai yang boleh kami lepak, so, kami tumpang la dalam surau tu sat, tapi dah kena halau, masing-masing packing barang, terus gerak keluar.

Memang aku dah mula diamkan diri, sebab nak kawal baran. Keluar saja dari stesen Rasa tu, aku terus masuk ke Balai Polis, dan terus tanya pegawai polis tu,

Aku: (bagi salam) Abang, tumpang tanya, kat sini ada tak kedai-kedai makan yang boleh melepak, kami tengah tunggu kawan ni
Bang Polis: (jawab salam) Ada, korang dari mana ni?

Aku: Kami sebenarnya dari Banting, nak pi Jungle Tracking kat Ulu Yam (masa ni aku taktau lagi nama tempat tu, so hentam jerla sebab sumber rasmi kata kat situ).
Bang Polis: Okay2, hampa ikut aku, kita jalan sama-sama (dan-dan dia tukaq slang bila dengaq aku cakap slang penang)

ada la borak sikit-sikit dengan bang polis tu, dan sampai ke Restoran Tawakal Rasa. Lepas hantar kami, dia terus gerak sebab katanya ada kes, India dengan Melayu bergaduh. Tapi, apa-apa pun, mf ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat bang polis dari Balai Polis Rasa, Selangor sebab bagi kerjasama dan berkhidmat dengan mesra. TABIK SPRINGGG!!

"Umpama pungguk rindukan Bulan" - macam itulah situasi kami, dari pukul 11 sampai 12 lebih di Restoran Tawakal Rasa tu. Memang masing-masing agak tertekan, tapi menghiburkan hati masing-masing dan aku masih dalam dunia sunyiku (susah nak sejuk baranku). Dalam 12.45 kot, memang tak tahan sangat, terus aku bersuara, "Wei, jom bayar la. Kita jalan kaki pi sana" - Otak tengah serabut, hati tengah panas, badan tengah letih, terus buat keputusan. Masing-masing setuju, dan terus bergerak jalan.

Kami jalan menuju ke Batang Kali (terima kasih abang-abang dari Rasa sebab bagitau arah ke sana). Tadi baru aku check kat Google Maps, perjalanan memang 4.1km, tapi jalan tu agak berbukit, tapi disebabkan hati panas, bukit pun tak rasa apa-apa. Dalam otak memang pikir, "3j9j*#@*EH! punya orang, janji macam I8*#*#@H!09#H! Tak pikir orang betul, sempat lagi melepak-lepak."

Perjalanan dari Rasa ke Batang Kali - 4.1km




Dalam pukul 1.45 dorang sampai dengan 3 bijik kereta. Aku dengan bojan memang diam ja dalam kereta, disebabkan terlalu bengang + panas hati + letih (tak rasa dah time tu). Sampai je kat kem di Ulu Tamu tu (tempat persendirian), kami diperkenalkan oleh Otai orang-orang disitu, pemiliknya, Dato' Hamzah (seorang yang pendiam dengan orang yang baru dia kenal, dan mengikut pengalaman hidup yang tak seberapa ni, aku rasa dia jenis yang membaca perangai orang sebelum dia rapat dengan orang tu).

Melepak-lepak jab, lepas tu ingatkan nak tidur sebab bojan, arshad, capik, dah tidur dah. Pusing punya pusing, tak dapat jugak mungkin disebabkan terlalu letih + hati masih panas. Aku bangun dan lapik perut sikit, lepas tu terus terjun air sungai pukul 3.30 pagi. Memang sejuk sehinggakan dapat lupakan seketika perasaan marah tu.

Terus layan tidur dalam pukul 4 lebih. Pukul 8 sudah dikejutkan sebab nak bergerak masuk hutan pukul 9. Makan pagi? Bubur durian! Kegemaran tu! Memang bedal! Heee. Terus bergerak masuk hutan.

Apa yang terjadi? Sila menantikan episod baru! Hehe

Click Read More to continue reading




06 May 2009 | 2 comments

Record Management [Settle]

Labels:
  • Indexing Rules
  • Type of Cabinet
  • Periodic Record @ Perpetual Record
  • Record Management System
  • ...



Itu adalah beberapa minatang topic yang masuk kertas akhir untuk subject "Record Management". Hahaha, untuk paper ni, 70% kot.. Mane idaknye, bangun lambat, tak sempat nak kasi warm-up sebelum masuk dewan. Kesian si gadis, kejutkan orang yang "tidur dengan aman". Hehe.

Seterusnya, "Office Administration 2" hari khamis ni. Semoga dapat buat dengan penuh sempoi! Hehe, masa untuk tidur. Dah nak dekat pukul 3. Wassalam


Love McD?

Labels: , ,
Entry ini mungkin agak panas tetapi diharap para webmaster sentiasa memikirkan tentang website security jugak :D dan jangan risau, mf takkan ambil apa-apa, takkan sentuh langsung apa-apa yang ada dalam website itu. Ini adalah janji!



Ownz!




Buat semua, ini bukanlah aktiviti haram mf, hanya untuk cuba keselamatan website tersebut. Untuk webmaster McD, I'm sorry.. I own you but I'll never do the illegal activities :D Keep google to make your web security more secure!


04 May 2009 | 3 comments

Youtube - Si Sampah

Ini adalah entry kedua tentang Cik Fynn! Memang masyuk!

"Tentang Kawan-kawan" yang menyampah!



Kalau korang tengok komen dipage video ini di Youtube, memang cambest! Antara-antara yang menarik,


NysaAdeen

org ckp kau mengalun kan puisi yang terbaik

tapi bagi aku, dalam masa yang sama kau seorang motivator yang terbaik dgn perasaan jujur yang kau rasa



khaiqrunnisha

kak fynn,
mmg benr kmo pye puisi...
mmg klo ramai kwn
cuma 1 shj yg ad time sush...
yg len
semua cm cilake,sampah,setan!



darkballad28

Wow..
Love 'em..
So honest and mind opening about people around us..

*applause*


Dan terima kasih buat kawan-kawan yang bersama mf ketika mf susah, biarpun tidak diluahkan, kalian tetap sentiasa berdenyut didalam nadi ini. Selagi ia berfungsi, mf akan tetap mengingati kalian.



Puisi: Ke Hadapan Bintang Jatuh | FynnJamal

FynnJamal - Mungkin ada yang tidak mengenali beliau (mf pun baru kenal - ketika dia berpuisi diatas pentas 152 anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) - streaming di justin.tv). Memang agak layan laa. Tak percaya? Cuba layan klip ini.



Ke hadapan bintang jatuh,
Kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
Iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu
Iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.

Dia tu sangat-sangat kasihan
Di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian”
Tidak ada sahabat, tidak ada kawan
Kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.

Wahai bintang, aku ada bicara.
Mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
Janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu
Ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.

Anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
Kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
Dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
Dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.

Maka mana mungkin ada yang mahu mengerti
Hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
Dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
Dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta.

Lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
Kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
Yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang
Cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang

Bintang jatuh, perlahanlah!
Jangan sampai kau mencecah
Bintang jatuh, kisahkanlah!
Ke matanya yang membasah

Katakan padanya semua itu memang biasa
Ceritakan juga tentang bundanya
Juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah
Mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah

Hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
Siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin
Dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh
Bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!"

Kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
Kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
Sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
Sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya

Bintang jatuh, perlahanlah!
Jangan sampai kau mencecah
Bintang jatuh, kisahkanlah!
Ke matanya yang membasah


Click Read More to continue reading


Video: Youtube.com
Blog: http://fynnjamal.blogspot.com
Facebook | FynnJamal


02 May 2009 | 3 comments

Cecacing Friendster?

Labels: ,
Semak! Memang semak! Hanya disebabkan dengan satu klik, biskut (cookies) di Peluncur Internet (Internet Browser) anda dimanipulasi oleh sesetengah pihak banggang yang tidak bertanggungjawab.

Komen di friendster mf kini mula dicemari oleh cecacing ini!


Cecacing yang menyemakkan friendster




PERINGATAN: Abaikan ayat-ayat dikomen, buletin atau mesej peribadi yang mengandungi ayat-ayat bunga dan JANGAN SESEKALI KLIK LINK TERSEBUT!


01 May 2009 | 3 comments

Youtube - Flipbook - Animation with Book!

Labels: , ,
Assalamualaikum & Hi semua!

Hee, lama mf tak update blog-kan? Bukan apa, minggu ni study week-kan? Oleh disebabkan itu (wahh..hehe), mf tengah bertungkus-lumus membanting tulang mentelaah. Mentelaah apa? Subjek-subjek yang aneh + Mafia Wars (gadis sarawakian invite main kat Facebook, terus jadi penagih) - Dota (training mode - main sorang-sorang) + semalam 30/4 terus melayang ke Genting dengan gadis! Wakakaka, sempat lagi tu.

Tapi, bukan yang tu mf nak cerita, korang dulu pernah cuba tak menda alah Flipbook ni? Alaa, lukis orang lidi kat buku kecik (mf takde bakat melukis, so orang lidi pun dah ok! Hehe) kat buku yang tebal-tebal. Kalau korang tak dapat bayangkan, cuba tengok video ni (yang ni memang cun! Siap tukar camera position + angin-angin + macam main game pulak!).



Enjoy~! Hahaha..