12 May 2009 |
4
comments
Jungle Tracking Desa Pahlawan Bahagian 2
Salam! Ini merupakan sambungan dari episod Jungle Tracking di Desa Pahlawan, Batang Kali (mf taktau nama tempat yang lebih spesifik).
Setelah sampai ditempat kejadian, mf memang tak boleh nak menidurkan diri! Dengan berpeluhnya, hati panas lagi, baju dah macam-macam punya bau, perut lapar lagi. Si mael, ayob dengan sapa lagi ntah masih diluar, tengah berborak.
Dalam pukul 3 lebih, mf bangun dan makan nasik sikit. Tiba-tiba dorang ajak mf gi terjun sungai! Hahaha, memang kerja gila mandi sungai pagi-pagi buta. Sejuk gedii!
Penerangan Video
Hehe, buat pengetahuan korang semua, lepas saja check point yang kedua, mulanya mendaki bukit. Tepinya curam! Boleh pulak si Dato' Hamzah tu passing canvas untuk khemah tu kat aku. Seyes, time ni memang kaki aku dah agak kegoyangan. Nafas masih okay (buat pengetahuan semua, aku merupakan pengidap asthma yang kronik - Haha, tapi disebabkan ada "ubat" yang sentiasa diambil, aku berjaya mengawal penyakit diraja tu - dah lama tak kena). Kakinye memang dah tak boleh nak kawal mungkin disebabkan perjalanan 4.1km dari pekan Rasa ke Batang Kali. Al-maklumlah, aku bukannya orang yang aktif, tak macam gadis aku, hyper-active!.
Lepas check point yang ke berapa tah, sang mael offerkan diri untuk angkat canvas tu dan Dato' Hamzah kasi air POWER! Haha, tongkat ali-lah! Apa lagi.! Perjalanan semakin lancar kembali akan tetapi agak mencabar jugak la, sebab terpaksa peluk bukit disebabkan jalan kecik dan tepinya curam.
Rasanya dalam 2 Jam lebih perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan tu. Alhamdulillah, aku dapat berjaya sampai juga. Pasang khemah, aku dengan ayob melepak kat dapur (kira dapur la jugakkan? Hehe). Datuk Hamzah, Uncle Zul, Pakcik Khalid, Otai, dan ada la beberapa orang pergi memburu, dan kami ditugaskan untuk masak nasik + lauk + cari kayu api.
Dipendekkan cerita, lepas saja makan malam, Uncle Zul buat sesi motivasi sikit. Sembang-sembang isu berbangkit, Dato' Hamzah yang dengan "Remaja Kita Sekarang Remaja Yang Jahanam", "Remaja Burger" dan memang aku bersetuju dengan pendapat beliau. Remaja yang tiada arah tuju. Masa ni jugaklah si mael bersuara untuk buat sesi pengenalan. Haha, Kalau tidak, memang asyik "Hoi2", "Wei2", "Abang2" saja.
Lepas tu, sesi masak maggi ramai-ramai, disebabkan masing-masing agak kelaparan. Dalam pukul 11 lebih, yang lain dah menidurkan diri. Aku, Capik dengan si Bulat, melepak atas batu + depan ada anggun api + depan ada hutan + kiri kanan air sungai + atas bulan tengah mengambang. Time ni, melayan jiwang la sat. Hahaha, shuu.. Ada gak perasan 'menda' tu, biasa la, dalam hutankan, tapi buat tak tau saja.
Pagi tu, aku bangun agak lambat sebab memang sejuk! Mandi pagi? Hehehe. Lepas saja makan, kemas barang-barang, bakar apa-apa yang patut (kebersihan haruslah dijaga!), dan terus berjalan pulang. Masa balik kami ikut jalan lain, Dato' nak tunjuk jalan lain pulak.
Sampai kat Desa Pahlawan, masing-masing turun mandi buat kali terakhir. Lepas tu, makan sikit dan terus bergerak pulang. Terima kasih buat sis Miera (cun! Hehe, tapi umur dah 27) dan si zakwan sebab sudi hantar kami kat stesen KTM Sungai Buloh. Sampai banting dalam pukul 12 lebih kot dan memang aku tak sempat nak mentelaah subjek Business Calculation! Badan memang letih!
Pagi isnin tu, jawab kertas Business Calculation, tertinggal 1 soalan (dah hilang 20 markah..Maafkan saya Miss Nurul Izzah, memang saya tidak ada idea langsung!). Tamatlah sudah kisah Jungle Tracking! Hahhaha, si Dato' ajak lagi kami mendaki bukit minggu depan, 22hb ni agaknya, tapi mungkin mf tak dapat nak ikut sebab nak balik Perak.
Sekian coretan untuk kali ini, wassalam.
p/s: Koleksi gambar telah hilang dari mf punya c905, mf cut folder dalam memory card lepas tu paste dalam folder laptop ni. Tah tiba-tiba proses tu berhenti dan kesemua gambar telah hilang. mf jugak agak sedih, tapi apa boleh buat. Hee

00:00
Dah sampai ke Check Point yang pertama - masih steady
00:49
Dah sampai ke Check Point yang kedua (jambatan kayu)! - masih steady jugak
00:31
Dah sampai kat tempat perkhemahan.

Click Read More to continue reading
Terdapat 4 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
.gaDis.
..CAYALAH B..!!
HEHEHEHHEE..
BESH NYE..!!
DA LAME X G MENDAKI..!!
;)
Anonymous
Tahun 1988 abg & geng pernah camping kat Pantai Chenang, Langkawi. 7 malam kena ribut. Nasib baik camping sebelah warung laksa. Langsung tak rasa mcm camping. Patutnya mf kerana kuarantin pas minum tongkat ali. Bahaya wo! Ada awexs plak tu.
myfr3ak
Hahaha, tu la bang..Selamat la masa saya pi tu nampak macam nak hujan, tapi angin malam tu bertiup agak kuat, awan mendung pun lalu saja melindungi bulan purnama malam tu..
Takpa bang, saya boleh saja kontrol..hehe, 'dia' dengar arahan! Hehe
Anonymous
Bertindak Mengikut Arahan!!
Bersih, Cekap, Amanah.
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.