31 December 2009 |
8
comments
Selamat Tahun Baru 2010 | Selamat Tinggal 2009
Labels:
C905,
Gathering,
MCS College,
Personal Life,
Photography,
Sony Ericsson,
Wawasan Open University,
WOU
Tiap-tiap tahun kita mesti buat azam baru, tetapi adakah azam tahun lepas sudah tercapai? Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong. Aku sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada juga sedikit impianku tercapai - "It's better than nothing".
Kepada yang mencari artikel-artikel untuk muhasabah diri, disini bukan tempatnya kerana aku sendiri bukannya seorang pakar motivasi, aku bukan insan sempurna yang sentiasa mencari kesalahan orang lain - seperti blogger-blogger yang menulis artikel, "10 Sebab Aku Tak Suka Korang".
Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku dapat sepanjang 2009.
- Memiliki Sony Ericsson C905
- Menembak dengan C905 [sini] dan [sini]
- Memori bersama para sahabat di MCS College
- Beberapa siri Gathering bersama Bloggers Penang.
- Kebotakkan [sini] Manipulasi [sini]
- Sertai Wawasan Open University (WOU) Contest dan kalah.
- Berhadapan dengan 3 perkara penting dalam dunia, keluarga, gadis dan teman.
- berpinau biji mata tengok list 2009, pandai-pandai la korang jelajah ye.
- masih ada beberapa didalam draft, masih belum kesempatan - tentang pengorbanan insan bernama Ahmad Darus dan Rosiah Mohamad
Terima kasih 2009 kerana memberi daku memori yang boleh dikatakan sempurna dari 2007. Walaupun kehilangan beberapa insan penting dalam hidup ini, insan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan akan tetapi, pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Sepuluh jari dihulur mengharapkan pengampunan dari insan-insan yang pernah terguris hatinya akan kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan. Aku hanya insan kecil dibumi Tuhan.
Selamat tinggal 2009,
Selamat Tinggal Kenangan.
Usah dibuang buku itu,
simpan baik-baik dalam kotak minda.
Selaklah buku itu jika terkenangkan seseorang.
Selaklah buku itu jika teringatkan segala kenangan.
Biarpun terdapat kenangan pahit didalam buku 2009, itulah guru kita sebenar - "Experience is the best teacher".
Semoga kalian dan aku merentasi 2010 dengan lebih bermakna, sentiasa berhijrah walaupun setapak (berhijrah yang dimaksudkan disini ialah perubahan pada diri sendiri). Walaupun berada dibawah, aku tetap bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan pada-ku, Syukur pada-Mu Ya Allah dan aku sentiasa mendoakan kalian, walaupun kita berbeza adat, budaya, warna kulit, bangsa, agama, pendirian, ideologi, sifat dan lain-lain. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Selamat Datang 2010!
p/s: Perak menjadi tempat pelayaranku dari awal tahun hingga penghujung April. Jika tersesat, tersinggah, terancang, terpijak dimana-mana daerah Manjung, Lumut, Sitiawan dan ingin bersua-muka, kecil tapak tangan, Pangkor aku tadahkan (aku tak pernah pi pun. Haha, hanya kata-kata).
Terdapat 8 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
ciinta hati
hehehe... nk g pangkor jom..??? ahahahaha.. tp kamu bnje.. aci..?? haahahhaa :-P
zaidi ali
Salam Bro.
Bila lagi nak ucapkan "Selamat Tinggal Zaman Bujangku!"? Heheh.
myfr3ak
tunggu honeymoon nanti..
myfr3ak
lambat lagi la bro..2-3 tahun lagi..
nanti kalau ketentuan Dia sudah terbuka, merasa la nasik minyak kami.. hehe, untuk sementara tu, bro zaidi layan lagu Hail Amer dengan Uji Rashid dulu, "Menunggu Nasi Minyak"..hehe
wirajiwa
selamat taun baru 2010 hheheeh.. semoga lebih sukses
myfr3ak
thanks bro.. selamat tahun baru jugak!
arieza
happy new year to u too! :-D
cK
just want to say happy new my son~!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.