12 December 2009 |
8
comments
Aku Dan Novel - Mikhail - Ramlee Awang Murshid
Inilah novel selepas Ranggau oleh Ramlee Awang Murshid (RAM) yang dah habis baca (baru kesempatan untuk menulis mengenainya).
Kali ini, apa yang RAM cuba sampaikan disebalik Mikhail? Adakah hanya sekadar nama? Malaikat pemberi rezeki? Berhalusinasi atau berada dialam lain?
Kata aku: Mikhail memang gila, macam-macam unsur ada tetapi hanya satu yang menjadi prioriti, wang. Pada awal novel, agak banyak flashback dan aku pening. Hahaha, itu yang jadi cepat bosan bila baca tak macam Trilogi Bagaikan Puteri (aku habiskan sehari suntuk untuk 1 novel! Haha) dan Hatiku Di Harajuku. Aku gagal untuk masuk ke alam novel Mikhail ni T_T. Novel ni lebih kepada konspirasi, kambing hitam (orang tak bersalah dijadikan mangsa, orang yang membuat onar terlepas), aspek politik, pembunuh upahan dan lain-lain. Pembunuh upahan tu bukannya kat sini saja, tapi satu dunia ada. Kejab dia gi China, kejab dia gi Mesir, singgah Malaysia, dan akhirnya Israel. Tapi aku rasa novel ni memang ada kena mengena dengan isu semasa di Malaysia. Hahaha :P Sendiri mau ingat!
Oh, 9 Nyawa dah keluar! Akan disambar hujung bulan ni! Confirm!
nota: kredit kepada RAMFC - http://www.kelabram.com untuk gambar dan kata-kata pengarang.
Kali ini, apa yang RAM cuba sampaikan disebalik Mikhail? Adakah hanya sekadar nama? Malaikat pemberi rezeki? Berhalusinasi atau berada dialam lain?
Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama
Apa kata RAM disebalik Mikhail?
Saya suka berjalan. Dalam perjalanan itu, pasti terdapat sesuatu ilmu yang dapat saya raih. Mata sentiasa melihat dan fikiran tetap ligat bekerja. Apa pun...tetap saya kutip untuk dijadikan bahan dalam penulisan. Biar ke mana-mana pun, selagi bukan atas nama kerja, saya lebih suka berpergian bersama keluarga. Kalau out-station atas faktor pekerjaan, bil telefon pasti akan mencecah ratusan ringgit kerana setiap hari saya akan menghubungi keluarga. Kesimpulannya...keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya.
Dalam pada berjalan inilah...kerap saya temui tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi dalam novel-novel saya. Terbaru...Mikhail, yang masih dalam proses penyuntingan, untuk kesekian kali, saya memuatkan lokasi-lokasi luar negara seperti Mesir, New Zealand, China dan Jordan. Malah Israel turut dijadikan lokasi. Terus terang...saya dan keluarga sangat menyukai New Zealand. Di sinilah kami temui beberapa lokasi penggambaran filem Lord of The Ring dan Narnia. Ia sungguh menakjubkan. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH.
Penulis di tasik Wanaka, New Zealand
Semasa di Jordan, saya berkesempatan mengunjungi Laut Mati. Dalam perjalanan itulah saya diberitahu oleh pemandu mengenai dua simpang utama sebagai pintu masuk ke Israel dan Palestin. Bila kami ingin meninjau lebih dekat lagi ke sempadan, pemandu berbangsa Arab itu menolak. Terlalu bahaya katanya. Maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati. Di akhir jalan raya, terdapat dua simpang lagi. Sebelah kiri ke Laut Mati dan sebelah kanan pula menuju ke sebuah sungai yang dipercayai suci oleh penganut agama Kristian. Di Sungai itulah Jesus dibaptiskan.
penulis si Mesir
Semasa di Mesir, saya membuat penggambaran Galeri Perdana di Piramid Giza. Saya terfikir sesuatu mengenainya yang dikaitkan dengan Mikhail. Pekerja-pekerja di sana kasar. Penipuan berleluasa. Maka berhati-hatilah apabila berhadapan dengan kerenah mereka yang menjadikan kita lekas marah. Semasa menyusuri Sungai Nil dalam sebuah feri, saya terdengar sekumpulan orang berbual-bual. Bila saya bertanya kepada seorang penterjemah rakyat Malaysia, barulah saya tahu, mereka itu adalah orang-orang Yahudi. Bahasa percakapan mereka sungguh pelik. Tak pernah saya dengar sebelum ini. Kemungkinan menggunakan bahasa Ibrani.
Penulis di China
Maka dalam Mikhail...saya menggunakan lokasi-lokasi tersebut kerana cerita kali ini bersifat adventure. Saya terjemahkan tempat-tempat yang pernah saya jejaki kecuali Israel yang terpaksa saya kaji lokasinya berdasarkan fakta bertulis. Hasil perjalanan inilah saya cetuskan Mikhail (bukan sekadar sebuah nama). Pertembungan dan persengketaan politik dalam lingkaran yang global. Menyelongkar ‘kerja-kerja belakang tabir’ pihak-pihak tertentu.
Novel kali ini tetap berkonsepkan thriller. Aksi, putar belit, percintaan, situasi global berdasarkan politik sejagat – antara inti pati yang mewarnai plot Mikhail. Bukan merujuk kepada nama malaikat yang dimuliakan ALLAH tetapi lebih meniru nama popular kebanyakan penduduk Russia. Percayalah...jangan menilai dari aspek luaran sahaja kerana ‘behind the curtain’, barangkali lebih dahsyat lagi. Jumpa dalam Mikhail...insya-ALLAH.
Kata aku: Mikhail memang gila, macam-macam unsur ada tetapi hanya satu yang menjadi prioriti, wang. Pada awal novel, agak banyak flashback dan aku pening. Hahaha, itu yang jadi cepat bosan bila baca tak macam Trilogi Bagaikan Puteri (aku habiskan sehari suntuk untuk 1 novel! Haha) dan Hatiku Di Harajuku. Aku gagal untuk masuk ke alam novel Mikhail ni T_T. Novel ni lebih kepada konspirasi, kambing hitam (orang tak bersalah dijadikan mangsa, orang yang membuat onar terlepas), aspek politik, pembunuh upahan dan lain-lain. Pembunuh upahan tu bukannya kat sini saja, tapi satu dunia ada. Kejab dia gi China, kejab dia gi Mesir, singgah Malaysia, dan akhirnya Israel. Tapi aku rasa novel ni memang ada kena mengena dengan isu semasa di Malaysia. Hahaha :P Sendiri mau ingat!
Oh, 9 Nyawa dah keluar! Akan disambar hujung bulan ni! Confirm!
nota: kredit kepada RAMFC - http://www.kelabram.com untuk gambar dan kata-kata pengarang.
Terdapat 8 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
ida anuar
wah kamu pun peminat ram ea...sama lah kita fanatik dengan ram.hingga tak sabar nak tunggu novel lain dari dia
myfr3ak
hehe, agak minat la sebab kisah cintan-cintun dea takde la 'berat' sangat. So, amat sesuai bagi kaum adam yang berjiwa kental untuk membaca
lina_ler
sgt menarik dibace.. ye saye setuju kisah cinte tetap ader tetapi penceritaan dan suasana berbeza yang ditampilkan memberi impak yang baik kepada saye untuk terus membace... sentiase menunggu karya baru kamu..
myfr3ak
benar! suasana yang benar-benar berbeda dari novel-novel lain. Sungguh global dan mengikuti perkembangan dunia, politik, wang. 9 Nyawa dah?
aliesya kyesara
ram is the best..... :-D
islamic life
slm..
ble x ulas serba sedikit tntg
$1usd..simbol & mkna..
unsur iluminati,freemason&
burung hntu..
sy hrp pnjlsn anda dpt mmbntu sy memahami dgn lebih jls b'kaitn perkara d ats..
myfr3ak
Walaikummusalam ;)
Saya sendiri bukanlah seorang yang arif mengenai illuminati/freemason ini, kabarnya gambar burung hantu di $1 USD itu dikatakan perwakilan dewi Athena.
Selanjutnya, cubalah ke laman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simbol-simbol berkaitan illuminati / freemason - http://troolyunbelievable.blogspot.com/2008/01/freemason-illuminati-control-over.html
myfr3ak
dan boleh ke sini, http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=2543.0
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.