19 January 2010 |
4
comments
Daftar Pemilih - Aku Belum!
Seramai 4.39j layak mengundi belum daftar sebagai pemilih
sumber dari Utusan Malaysia Online.
PUTRAJAYA 18 Jan. – Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).
"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.
"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. - Bernama
Korang dah daftar sebagai pengundi? Aku belum! Hahaha, sebab apa?
POLITIK MALAYSIA ADALAH SAMPAH!
Orang kata TELUS, tetapi mereka HANCUS.
Orang kata SUCI, tetapi mulut MENCACI.
Orang kata BERSIH, tetapi akhlak HABIS.
Ya, aku mungkin kelihatan berat pada pihak pembangkang tetapi bukannya menyokong penuh. Masih belum mencapai tahap dimana aku percaya bahawa mereka dapat mengubah segalanya. Orang kata aku tak kenang budi, peduli apa orang cakap!
Yang penting, aku kenal siapa aku!
Bukannya menjadi seperti lalang,
Orang kata turun ke jalan, turun!
Orang menghunus keris, hunus!
Orang kata bunuh, bom!
Berselisih pendapat itu bagus, proses penukaran idea akan membuat pengetahuan bertambah. Tetapi janganlah menjadi seperti kanak-kanak, petikan ayat dari blog Puan Fynn,
manusia begini kelakar. serius.
dia berdebat tanpa hujah. mereka kedengaran comel dan sangat suwit.
macam bergaduh dengan kawan2 ketika tadika.
"kau curik pensel aku"
"kau dulu ambik pemadam aku"
"sebelum tu kau dah ambik barang aku"
berterusan berungkit2an.
sehingga akhirnya --
"mak kau gemuk".
haahahah.
comel tak?
:)
Segala rasuah, segala cacian, segala musuh dalam selimut, segala kuman diseberang nampak, gajah didepan mata tak nampak. Semuanya sampah! Bukannya budak kecik, semuanya dah 'makan garam' terlebih dahulu dari aku, disebabkan terlebih garamlah tekanan darah akan melonjak dan membuat kurang daya tahan emosi.
petikan artikel dari Dr. Danial,
Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”
Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.
[INFO: Dr. Danial adalah abang kandung salah seorang ahli Komuniti Bloggers Penang, Abang Ariff]
Kadang-kadang kita perlu diam, banyak bercakap boleh membuka pekung didada. Tamat.
Terdapat 4 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Luth Textile
ciss.. kalau nak ngundi bagi undi kepada pihak yang tak bertanggung jawap baik tak payah mengundi
(eee jahat aku)
ala bro, hak mengundi tu ditangan sapa2.. aku baru masuk 21, boleh la daftar mengundi.. yuhuu
y
pihak yang bertanggungjawab pun banyak kes, pihak yang lagi satu pun serupa. Apa cerita?
Hahahaha, baek. Daftarlah! Itu tanggungjawab anda!
Anonymous
Yang di kata sampah tak betul yang mengata pun tak betul sama macam sampah tu.
Jadi kita sama-sama tak betul...
yang penting tunaikan tanggung jawab kita sebagai pemilih.
Anonymous
Kenape yek dunia semakin canggih tapi SPR dok macam tu. Kenape tak ada borang daftar pemilih secara online. kan senang orang nak daftar. tentu ramai yang nak daftar.
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.