Tiap-tiap tahun kita mesti buat azam baru, tetapi adakah azam tahun lepas sudah tercapai? Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong. Aku sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada juga sedikit impianku tercapai - "It's better than nothing".
Kepada yang mencari artikel-artikel untuk muhasabah diri, disini bukan tempatnya kerana aku sendiri bukannya seorang pakar motivasi, aku bukan insan sempurna yang sentiasa mencari kesalahan orang lain - seperti blogger-blogger yang menulis artikel, "10 Sebab Aku Tak Suka Korang".
Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.
[INTAN SURYANI]
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
[HAKIM] Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.
Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
Komen: Aku baru beli la. Nanti aku update! Hee (8.44pm) Selesai sudah bersama 9 Nyawa. Terbaik! Two thumbs up for Enchek Ramlee. Aku berjaya masuk dialam novel, tak macam Mikhail yang mungkin kerana isu global sangat. 9 Nyawa, isu pokoknya, koma, yakni berada ditengah-tengah antara alam hidup dan mati. Sang buta, Hakim diberi anugerah untuk berbicara dan mampu melihat roh-roh yang keluar daripada jasad tetapi masih belum menemui ajal. 9 Nyawa ini dikaitan kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa. Begitu juga dengan Intan yang dikatakan telah hidup kembali setelah jantungnya gagal berfungsi.
Antara isi-isi yang banyak disebut didalam 9 Nyawa,
Eksiden
Koma
Buta
Sakit Jantung
Singapura, Indonesia & Kedai Intan Berlian
Gangster
Kumpulan Naga
Pembunuh Upahan
Ditipu insan tersayang
Roh
Watak Utama: Hakim, Intan Watak Sampingan: Azizah, Shauki, Dr David @ Daud, Khairil, Brother Long, Dahlan
Lokasi: Kali ini, RAM menjadikan Kota Singa yakni Singapura sebagai tempat permainan untuk 9 Nyawa. Kuala lumpur dan Jakarta juga menjadi tempat untuk mengukuhkan jalan cerita. Tanah Suci Mekah & Istanbul tidak terkecuali.
dan diantara bait-bait perkataan yang aku suka,
"Kita manusia terpilih meskipun malang" - m/s 25
- Aku suka ayat ni! Bayangkan dalam berjuta-juta kembar kita (sperma) merenangi ke sebuah rumah yang sama, hanya kita berjaya menikmati keindahan dunia yang sementara walaupun kita menghadapi ujian getir hidup.
"Putus asa, lebih sakit daripada penyakit-penyakit lain dimana penyakit itu boleh merosakkan keseimbangan perasaan." - m/s 237
- Benar! Setuju benar! Walaupun aku sentiasa berada dibawah (aku tahu dimana kedudukanku), tetapi aku tidak pernah putus asa. Setiap kesilapan merupakan cikgu terbaik untuk kita. Wah2, kalau panjangkan tentang putus asa ni, rasa-rasa boleh je kot masuk kontest "Berani Untuk Gagal" oleh Denai Hati macam luth buat.
"Lelaki yang merasakan dirinya sempurna selalu menggunakan kesempurnaannya untuk melukakan perasaan wanita." - m/s 372
- dan inilah yang dikatakan Player ataupun bohjan. Sempurna disini, bukan pada paras rupa saja tetapi termasuklah wang ringgit, kereta mewah bapak, dan macam-macam. Semoga Allah menjauhkan aku sifat-sifat tercela.
Terima kasih RAM untuk 9 Nyawa. Aku akan menantikan sambungan (aku rasa) Trilogi Bagaikan Puteri, sebab dibahagian Tinta Penulis, ada tercatat,
"Cinta Sufi, cerita tentang Saifuddin atau dikenali sebagai Sunan. Penampilan kali ini tanpa dua watak utama sebelum ini iaitu Haryani dan Dani. Saya gantikan dengan watak Catalina, balu seorang bangsawan dari Lisbon Portugal yang mencari Maryam di Tanah Melayu semasa penjajahan pertama Portugis ke Melaka pada tahun 1511."
Salam. 생일 축하합니다! 生日快乐!. Biar hanya hati berbisik, mulut dan jari hanya pandai menipu.
Selamat Ulangtahun Ke-23 Cik Adilah Anuar (21 Disember). Semoga Allah merahmati anda, memurahkan rezeki, dan banyak-lagi-sampai-tak-tau-macam-mana-nak-cakap. Khas untuk kamu,
생일 축하 합니다
생일 축하 합니다
사랑하는 Adilah Anuar 게
생일 축하 합니다! [translate]
Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Ji gu e seo u ju e seo
Je il sa rang ham ni da
Kko ppo da deo gop kke
Bye do da deo bal kke
Sa ja bo da yong gam ha ge
Happy birthday to you
Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Kkott tau tun na chi gu ya
Gul go git ka sa ra yo
Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Ji gu e seo u ju e seo
Je il sa rang ham ni da
Kko ppo da deo gop kke
Bye do da deo bal kke
Sa ja bo da yong gam ha ge
Happy birthday to you
Saeng chuk ka ham ni da (2x)
Kal gat teau tun na chin gu ya
Pom na ge sa se yo
Beol ga teau na chin gu ya
Tok so myeo sa ra yo
Sumpah aku tak paham! Tapi disebabkan kecomelan lagu ini, aku tujukan untuk dia. Maaf takde hadiah. Tamat.
Entri khas bersempena Maal Hijrah ini, aku ingin mengucapkan selamat berhijrah kepada teman-teman se-kolej aku (budak-budak group 5 & 6) yang telah tamat pengajiannya (marilah bersama kami di Facebook). Selamat berhijrah sahabat, memori-memori bersama kalian tetap bersemadi. Dah banyak pengalaman kita kongsi bersama,
dan bersepah-sepah lagi entri dalam blog yang tak indah ni. Semoga penghijrahan ini memberikan sejuta pengalaman dan tabahlah menghadapi ranjau-ranjau kehidupan dan untuk mengetahuan kalian, aku juga akan berhijrah, tidak lagi berada di Banting. Selamat tinggal Banting, terima kasih atas beribu kenangan. Walaupun sedikit perubahan kita lakukan hari ini, ia akan menentukan masa depan kita.
p/s: maaf kepada semua penjerit-penjerit, tak berkesempatan untuk menyinggah, maaf tau! Terlalu sibuk! Terlalu! Maaf sekali lagi.
p/s: Semua gambar-gambar dari handphone. Harap Maklum. Saya-bukan-photog.
Kali ini, apa yang RAM cuba sampaikan disebalik Mikhail? Adakah hanya sekadar nama? Malaikat pemberi rezeki? Berhalusinasi atau berada dialam lain?
Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama
Apa kata RAM disebalik Mikhail?
Saya suka berjalan. Dalam perjalanan itu, pasti terdapat sesuatu ilmu yang dapat saya raih. Mata sentiasa melihat dan fikiran tetap ligat bekerja. Apa pun...tetap saya kutip untuk dijadikan bahan dalam penulisan. Biar ke mana-mana pun, selagi bukan atas nama kerja, saya lebih suka berpergian bersama keluarga. Kalau out-station atas faktor pekerjaan, bil telefon pasti akan mencecah ratusan ringgit kerana setiap hari saya akan menghubungi keluarga. Kesimpulannya...keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya.
Dalam pada berjalan inilah...kerap saya temui tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi dalam novel-novel saya. Terbaru...Mikhail, yang masih dalam proses penyuntingan, untuk kesekian kali, saya memuatkan lokasi-lokasi luar negara seperti Mesir, New Zealand, China dan Jordan. Malah Israel turut dijadikan lokasi. Terus terang...saya dan keluarga sangat menyukai New Zealand. Di sinilah kami temui beberapa lokasi penggambaran filem Lord of The Ring dan Narnia. Ia sungguh menakjubkan. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH.
Penulis di tasik Wanaka, New Zealand
Semasa di Jordan, saya berkesempatan mengunjungi Laut Mati. Dalam perjalanan itulah saya diberitahu oleh pemandu mengenai dua simpang utama sebagai pintu masuk ke Israel dan Palestin. Bila kami ingin meninjau lebih dekat lagi ke sempadan, pemandu berbangsa Arab itu menolak. Terlalu bahaya katanya. Maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati. Di akhir jalan raya, terdapat dua simpang lagi. Sebelah kiri ke Laut Mati dan sebelah kanan pula menuju ke sebuah sungai yang dipercayai suci oleh penganut agama Kristian. Di Sungai itulah Jesus dibaptiskan.
penulis si Mesir
Semasa di Mesir, saya membuat penggambaran Galeri Perdana di Piramid Giza. Saya terfikir sesuatu mengenainya yang dikaitkan dengan Mikhail. Pekerja-pekerja di sana kasar. Penipuan berleluasa. Maka berhati-hatilah apabila berhadapan dengan kerenah mereka yang menjadikan kita lekas marah. Semasa menyusuri Sungai Nil dalam sebuah feri, saya terdengar sekumpulan orang berbual-bual. Bila saya bertanya kepada seorang penterjemah rakyat Malaysia, barulah saya tahu, mereka itu adalah orang-orang Yahudi. Bahasa percakapan mereka sungguh pelik. Tak pernah saya dengar sebelum ini. Kemungkinan menggunakan bahasa Ibrani.
Penulis di China
Maka dalam Mikhail...saya menggunakan lokasi-lokasi tersebut kerana cerita kali ini bersifat adventure. Saya terjemahkan tempat-tempat yang pernah saya jejaki kecuali Israel yang terpaksa saya kaji lokasinya berdasarkan fakta bertulis. Hasil perjalanan inilah saya cetuskan Mikhail (bukan sekadar sebuah nama). Pertembungan dan persengketaan politik dalam lingkaran yang global. Menyelongkar ‘kerja-kerja belakang tabir’ pihak-pihak tertentu.
Novel kali ini tetap berkonsepkan thriller. Aksi, putar belit, percintaan, situasi global berdasarkan politik sejagat – antara inti pati yang mewarnai plot Mikhail. Bukan merujuk kepada nama malaikat yang dimuliakan ALLAH tetapi lebih meniru nama popular kebanyakan penduduk Russia. Percayalah...jangan menilai dari aspek luaran sahaja kerana ‘behind the curtain’, barangkali lebih dahsyat lagi. Jumpa dalam Mikhail...insya-ALLAH.
Kata aku: Mikhail memang gila, macam-macam unsur ada tetapi hanya satu yang menjadi prioriti, wang. Pada awal novel, agak banyak flashback dan aku pening. Hahaha, itu yang jadi cepat bosan bila baca tak macam Trilogi Bagaikan Puteri (aku habiskan sehari suntuk untuk 1 novel! Haha) dan Hatiku Di Harajuku. Aku gagal untuk masuk ke alam novel Mikhail ni T_T. Novel ni lebih kepada konspirasi, kambing hitam (orang tak bersalah dijadikan mangsa, orang yang membuat onar terlepas), aspek politik, pembunuh upahan dan lain-lain. Pembunuh upahan tu bukannya kat sini saja, tapi satu dunia ada. Kejab dia gi China, kejab dia gi Mesir, singgah Malaysia, dan akhirnya Israel. Tapi aku rasa novel ni memang ada kena mengena dengan isu semasa di Malaysia. Hahaha :P Sendiri mau ingat!
Oh, 9 Nyawa dah keluar! Akan disambar hujung bulan ni! Confirm!
Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
Tiga bintang kerana dapat membuat aku gelak tapi nampak sangat iklan lebih menonjol, sama macam Duyong (dengan "Fuyoo"-nya) dan Sifu & Tongga (lawak-tak-lawak dengan "Han Han"). Bila iklan diletakkan pada priority yang tinggi, selalunya akan kurang pada jalan cerita. Setuju?
part 1 - http://www.mediafire.com/?whzwnmdlziz
part 2 - http://www.mediafire.com/?ytzvyqwnnvx
part 3 - http://www.mediafire.com/?zrojmwjkdmu
part 4 - http://www.mediafire.com/?aowdimnxzjm
part 5 - http://www.mediafire.com/?3mtdkqmmmrv
part 6 - http://www.mediafire.com/?wjdydzy4132
part 7 - http://www.mediafire.com/?vflmminykzt
part 8 - http://www.mediafire.com/?jgj5knn2mjw
Kalau nak senang, pakai je Jdownloader, copy je link tu nanti JDownloader akan capture dan tengok kat tab [Link Grabber] (dalam JDownloader), Right Click dan Continue.
Note: Credit untuk KaRL, dimensi dan JWG Torrent. Nak share port lain? Komen je. Rasa berbaloi? Belilah yang original!
Friendster berwajah baru! Watchaaa!! Inilah akaun yang memang tak pernah delete (rasanya la) sejak dari mula, kalau korang tengok kat profile friendster aku, member since october 2003 tu!
Hahaha, kebanyakkan orang dah delete dah akaun friendster disebabkan banyak gila worm, spammer dan makhluk-makhluk perosak yang lain tetapi disebabkan sentimental value, aku masih lagi simpan.
Apa sentimental value tu? Beberapa mesej di inbox, dan juga blog lama aku! Blog yang 98% pengalaman sakit jiwa. Biarkan dia disitu, untuk aku muhasabah diri, apa yang kekurangan tentang diri ini. URL blog itu pun masih lagi terlekat nickname lama aku, "tEnUk" - http://tenuk.blog.friendster.com/.
p/s: Ini adalah entri selingan kerana kesibukkan melanda, final aku start 10hb sampai 18hb Disember. Salam
Touching dea ending ke aku sorang yang touching? Hehe, kali ni takmau kasi spoil lagipun panggung dah lama keluar. Lagipun dah kena warning dengan cik arieza, si gadis UK. Hahaha. Layann.
Kalau dulu EarthHour ada buat kempen "blackout" satu dunia, sekarang ini mereka membuka undian agar memberi kesedaran kepada kita semua. Ayatnya memang best,
"Global warming is not what country you're from, but it's about what planet you're from"
p/s: sepang, aku rasa dorang kot yang call aku haritu..wwf malaysia
Korang dah tengok filem 2012 yang baru ditayangkan? Aku dah tengok dengan Enchek Muhammad Izham! Hahaha! Memang ramai gila semalam kat MidValley, dari pukul 4 sampai pukul 9, hanya tinggal seat depan saja (masa tu pukul 3 lebih) dan untuk midnight pun tinggal 20 lebih saja. Kami? Seat tengah-tengah dan paling depan. Hahaha, janji dapat tengok! Filem yang menceritakan mengenai Hari Kiamat yang akan menjelang pada tahun 2012 sampai NASA pun kata benda tu tak betul. Untuk sakitkan hati korang, aku cerita sikit. Hehe.
Seorang ahli geologi dari India telah menemui satu fenomena aneh yang berlaku dalam perut bumi, pemanasan apa tah. Dia jemput member dia dari Amerika, Dr-Apa-Ntah. Lepas si Dr-Apa-Ntah dapat tahu hal tu, dia pun report la orang atasan dia langsung dorang inform kat presiden (bukan Obama dah masa tu..haha). Masa ni baru 2010. Bla..bla..bla, senang nak cakap, lepas dorang dapat tahu, dorang bina bahtera (sebelum tu dorang kata kapal angkasa), macam kisah Nabi Nuh kan?
Masa kejadian tu berlaku, memang ngeri disebabkan effect filem tu memang terbaik! Dengan banjir besar, gempa bumi yang teruk, bangunan-bangunan bersejarah semua rosak, ombak jahat, gunung berapi meletus, Hawaii tenggelam, dan macam-macam lagi.
Dorang bina bahtera tu kat China dan sebelum tu, hanya orang tertentu sahaja yang dapat naik bahtera tu, tapi lepas Dr-Apa-Ntah sound kat semua presiden seluruh dunia (masa dalam kapal) yang dorang bertindak kejam dan tiada perikemanusiaan, dorang pun bagi la orang-orang yang berada kat situ termasuklah engineer, technician, yang ada kat kawasan pembinaan tu naik. Sebab apa aku kata macam bahtera Nabi Nuh? Dorang siap buat tempat untuk binatang-binatang kat dalam bahtera tu.
Habis. Hahaha, itu jela cerita pasal 2012. TAMAT. Kejamkan aku? Hahahaha, dan seperti biasa, aku memang sentiasa mengelak sepanjang filem itu dipertontonkan. Itulah dinamakan penghayatan.
[UPDATE - DOWNLOAD]
Apa? Nak download? DVDRip memang tak dapat lagi la..tapi CAM (wayang) version ada la..link boleh suka-suka tukar, dan sebelum download, ini previewnya.
Harap maklum, link ini dijumpai dialam maya dan bukan aku yang upload ;) hanya sekadar berkongsi. Kalau korang nak senang, korang pakai je JDownloader ni, run dulu, lepas tu, just tinggal copy je link tu, JDownloader akan automatik tarik link tu, memang senang!
p/s: Kiamat memang sudah semakin dekat, tiada siapa pun pasti bila akan tibanya hari tersebut. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Sama-sama kita memperbaiki diri kita.
Oh, oh, maafkan diriku kalian. Memang sibuk yang keterlaluan, layout pun dari haritu lagi kata nak tukar, tak tukar-tukar lagi. Masih tengah memikirkan, nak guna http://myfr3ak-dark.blogspot.com/ ataupun tidak sebab layout tu rasanya agak berat disebabkan menggunakan agak banyak jquery. Saja ja mau try Jquery tu yang buat macam tu. Layout itu takpun di'convert ke blogger lagi, nak cuba meringankan layout dulu, baru convert.
Abaikan layout untuk sementara waktu, raya aku 2-3 bulan kot (logo tu). Hahaha. Ini ada sedikit barang untuk dikongsi, saja main-main photoshop setelah berhempas-pulas dengan kertas kerja.
Ini gambar original
dan ini pula gambar setelah mendapat sentuhan
layer dalam photoshop
* clone tool untuk buang habuk pada permukaan pagar dan membuang motor
Korang pernah hadapi tak perkara ni? Memang agak pening bila berada dalam situasi tersebutkan? Memang huru-hara hidup buat beberapa jam! Hahaha, tapi selamat aku boleh handle. Perkara ini berlaku pada aku Sabtu lalu, hari Perkahwinan Fazrul, teman sepejabat si gadis. Layan la gambar yang tak seberapa ini dahulu.
Hehe, inilah raja sehari yang telah selamat disandingkan. Semoga mereka sentiasa gumbira dan bahagia. Sebenarnya aku memang dah deal dengan si gadis nak pergi. Aku ajaklah bebudak mbsc sekali, dorang memang layan je. Tup..tup..boleh pula ayah dan bondaku roger, katanya nak pergi rumah Pak Long aku, kat Bukit Gadong, Klang. Ada kenduri sikit, dia nak pi haji. Aku pun pikir la, macam mana nak buat. "Takpa, kita tunggu hari sabtu baru otak seminit ada". Selalunya otak seminit ini memang menjadi! Tak percaya tanya kat sepang. Haha.
Hari sabtu pun tiba, ayah dan bonda tiba-tiba kata dah dalam perjalanan ke Banting, si gadis pun dalam perjalanan. Si gadis dah sampai kat Dewan Sri Jugra, aku tunggu ayah bonda dulu. Dorang sampai ja, lepak sembang-sembang, aku terus pelawa dorang makan kenduri (sebab si fazrul yang ajak ok, dia ada sms aku. Oleh itu, tak salah-lah. Hehe). Jenis ayah aku pun otak seminit juga, "Kira Boleh"! Haha. Aku balik suruh budak-budak ni siap, langsung ke dewan.
Itulah pertama kali si gadis jumpa ayah bonda aku. Mak bapak aku memang agak sempoi, tanya la Luth! Dia siap tag-team dengan mak aku bantai aku sebab politik! Hahaha. Biar pendapat berselisih, janji hati sentiasa terikat. Jangan semuanya nak selisih, salah sikit terus tikam menikam. Itu politik sampah! Hmm
Aku rasa cukuplah setakat ini sahaja entri buat kali ini, kalau enchek eins sibuk dengan final, aku pula sibuk dengan test 2 dan assignment yang nak suruh aku pi masuk dalam hospital, tengok office layout. Hahaha, kalau ICU aku tau la keadaan dia macam mana sebab memang kerap aku singgah. Itu yang kena tegur, "Logo Raya Lagi"..Hahaha, dan aku rasa "Perangkap Tiga Serangkai" ini aku dah lulus! Haha.
Masa mula-mula, takdak apa sangat, kena main-main ja, cakar-cakar dinding, orang berbisik, main-main pintu tapi makin lama makin dasyat. Naik seram pulak aku! Gadis tu boleh pulak berdiri 2-3 jam pagi-pagi buta, lepas tu lepak tepi kolam sorang-sorang dengan muka sememeh. Lepas tu ada pulak part gadis tu kena tarik kaki, mcb! Seram aku! Hahahaha, biasa la, saya adalah manusia yang berimaginasi tinggi.
Hi all, meet my Photoblog - C905Phy - Snap and Blog! with new template, extra ingredient with JQuery. This is the mobile photography blog that I create just to share with all of you. I just spend the whole day to design with using Rendurr 2.2, then bloggerized it with Notepad++. I used Jquery for peek-a-boo effect at "About" section, then, make the jquery change the standard blogger image size to s1600 to make it become HD.
$(document).ready(function() {
$(".post-body img").each(function() {
/*** - Pull the s1600 image with regex - ***/
var new_src = $(this).attr("src").replace(/s320|s400/gi, 's1600');
$(this).attr("src", new_src);
/*** - Remove the default style - ***/
$(this).removeAttr("style");
/*** - Remove the Link - ***/
$(this).parents("a").removeAttr("href");
});
});
replace the regular size of blogger image
remove the default style of the image
remove the link of the image
and that is what I get on my first day playing with Jquery. Hehe, what do you think?
Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone
In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing
Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real
I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore
Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real
Oh, kini ada orang tengah yang telah mencelah antara gadisku dan aku. Yakni bro F, dan yang buat aku lagi cemburu, dia selalu ber'sms' dengan bro F. Habis kerja, dia dulu. Nak masak, dia dulu. Nak kemas rumah, dia dulu. Nak kemana-mana, bagitau dia dulu. Mentang-mentang la bro F tu tak rajin tidur macam aku, dia dengan penuh slamba bermesej dengan bro F. Laju pulak tu bro F reply, sekali reply bukannya sikit-sikit, sekali hantar 5-6 mesej. Aku tau la murah, RM1 saja satu minggu! Kawan-kawan bro F pun sms kat dia, mana aku tak panas, komen lagi, cakap kuat-kuat lagi, tau apa saja kawan-kawan bro F buat. Habis aku macam mana?
Hmm, apa boleh buat? Orang yang dah gila dengan Facebook termasuk aku! Miahahaha, untuk mengetahui lebih lanjut, pergilah ke ChannelX dan mungkin ini luahan anak kami. Hahaha. Thanks bro F (Facebook) and bro X (X-Pax)!
Untuk Mengaktifkan
Taip "F" dan hantar ke "32665" dan aktifkan didalam facebook anda! Ikuti langkah-langkah berikut.
Kelebihan menggunakan servis ini? Kalau anda mesej kat twitter, sikit saja orang balas, tapi kalau hantar kat facebook, bersepah-sepah mesej masuk! Hahahaha, seronok! RM1 Seminggu!
Hahahaha, memang lawak gila video ni dan aku rasa, aku pun akan ada anak yang cakap benda serupa kot! Hehehe, "Abah, mummy update title kat facebook dia, dia tengah tunggu train". Hehehe
Untuk pengetahuan kalian, Les' Copaque yakni syarikat yang berjaya menaikkan nama Malaysia dalam dunia animasi dengan aksi-aksi comel Upin & Ipin telah membuat laporan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung dengan aksi para penagih internet yang memuat turun "Geng: Pengembaraan Bermula", mula-mula kedengaran panas di portal paling syok, kini laman torrent terjiwang juga dah kena terjah.
LES' Copaque Production Sdn Bhd membuat laporan dengan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung aktiviti memindah turun karya filem Geng: Pengembaraan Bermula yang kini berleluasa secara haram di Internet.
Beberapa laman menyediakan perkhidmatan pindah turun secara tidak sah melakukan kesalahan itu mengikut Akta Hak Cipta 1987 dengan menyalin semula karya tanpa kebenaran syarikat yang menjadi pemilik harta intelek filem itu.
Les' Copaque memandang serius perkara berkenaan dan berusaha mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melumpuhkan industri perfileman dan animasi negara.
Cyber Security Malaysia sudah banyak membantu syarikat dalam menangani isu salinan langgaran dan pindah turun secara haram di Internet, begitu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang banyak membantu pihak Les' Copaque dalam memerangi gejala cetak rompak.
Geng: Pengembaraan Bermula adalah filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dengan kos RM4 juta dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.
Peminat siri animasi Upin & Ipin boleh mendapatkan DVD dan VCD tulen yang berada di pasaran sejak dua minggu lalu.
Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, Les' Copaque akan mengesan individu tidak bertanggungjawab itu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Beberapa notis sudah dihantar kepada laman yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan aktiviti berkenaan.
Cadangan sudah dibuat untuk menghalang laman web terbabit daripada terus beroperasi.
Satu laman yang dikenali sebagai torrent.jiwang.cc dikenal pasti antara penyedia perkhidmatan memindah turun secara haram dan pihak syarikat sedang mengesan individu di sebalik laman berkenaan dengan bantuan Cyber Security Malaysia.
DVD Geng: Pengembaraan Bermula jadi mangsa pemalsuan
AWAS kepada peminat karektor Upin dan Ipin yang mahu mendapatkan cakera video digital (DVD) Geng: Pengembaraan Bermula.
Apa yang wujud ketika ini bukan saja DVD cetak rompak tetapi juga pemalsuan daripada pihak tidak bertanggungjawab. Sekali pandang, DVD palsu memang tidak banyak berbeza dengan yang tulen. Ini kerana kulit DVDV hampir sama. Malahan lanun rompak DVD palsu ini juga tidak ada rasa malu dan bersalah langsung apabila turut mencetak iklan peraduan yang menyediakan hadiah sehingga RM75,000.
Kegiatan itu ternyata sangat mengecewakan Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi yang menganggap ia sebagai penipuan secara terang-terangan dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada pihak tidak.
“Sejak filem ini ditayangkan Februari lalu, alhamdulillah halangan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetak rompak filem ini berjaya disekat hanya untuk tujuh bulan saja.
“Sebaik filem ini dihasilkan dalam bentuk DVD dan mula dipasarkan seminggu sebelum Aidilfitri, kita menyedari pada masa yang sama filem ini mula dicetak rompak dan mula berlambak di pasaran gelap.
“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin.
“Lebih lagi saya percaya peminat setia filem ini cukup mengenali barangan palsu dan tulen berdasarkan kualiti dari segi semua aspek penghasilannya. Ratanya mereka memilih yang tulen sebagai tanda sokongan mereka terhadap kita.
“Namun apa yang membuatkan saya begitu kecewa, mereka bukan saja mencetak rompak filem ini malah lebih berani sehingga menipu semua pihak termasuk peminat filem ini dengan memalsukan hampir keseluruhan penghasilan DVD yang asli,” katanya pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Shah Alam, Jumaat lalu.
Agak tertarik baca part
“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin."
mungkin beliau memahami para pengguna Internet tegar di Malaysia yang dahagakan hiburan. Tapi mereka memang ada hak untuk berbuat begitu kerana ianya adalah karya animator Les' Copaque.
Buat pengetahuan kalian, kelmarin (Khamis, Oktober 08, 2009) beberapa pelajar Kolej MCS terpilih untuk mengikuti program anjuran MARA (Majlis Amanah Rakyat) di Kolej Poly-Tech MARA, Bangi dan aku salah seorang daripada yang terpilih. Hehe. Before that, Cik Jannah asked me to recover her Canon EOS 1000D memory card. So, I'm lucky! Dapatlah merasa dan tembak-menembak semasa program itu. Tapi, semua gambar yang ditembak bukanlah aksi penceramah, tapi aksi budak-budak MCS. Hahaha, jakun la katakan dapat pegang dslr.
Apa yang aku dapat? Cara buat CV terbaik, apa yang perlu buat bila pointer rendah, beberapa statistik mengenai pekerjaan, apa yang patut dan tak patut buat dan lain-lain. Itu antara isi seminar dan untuk menembak, indoor setting, aku tinggikan ISO (1600), 1/50 (taktau apa), f5.6 (tak tau jugak) dan untuk outdoor (cahaya agak terik), ISO (200-400), 1/125, f8-f16. Taram sudah! Hahaha.
Ini antara hasil-hasil tembakan.
dan lagi banyak di laman facebookku, Seminar Kerjaya. Sekian.