12 May 2009 | 12 comments

Jungle Tracking Desa Pahlawan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang mesti pelikkan kenapa blog ini agak kesunyian? Sebenarnya mf dan budak-budak mbsc (bojan, ayob, mael, apis (bulan semput), acad, + geng-geng training Kolej M*S (tak boleh sebutt..haha) Otai, dengan 2 laki + 6 gadis.



mf bukannya seorang yang lasak pun, tak aktif pun bidang-bidang ni. Tetapi, cuba untuk mencari pengalaman baru, hendak berbicara dengan hutan. Bukan selalu kita nak mencuba, tapi bila dah ada peluang, kita patut ambilkan?


Penerangan Video
00:00
Perjalanan menuju ke stesen bas dalam pukul 3 lebih

00:27
Menunggu bas ke Putrajaya di stesen bas Banting, Selangor

00:45
Dalam bas ke Putrajaya Sentral

01:14
-Dah sampai ke Putrajaya Sentral
-Menuju ke Bandar Tasek Selatan
-Melepak di KL Sentral

01:39
Dalam keretapi, sampai ke Stesen Rasa.

03:50
Masing-masing muka tekanan disebabkan salah maklumat oleh Sang Bulat, katanya ada kedai disitu untuk beli bekalan. Selepas itu, terus ke surau Stesen Rasa

04:30
Setelah habis solat, masing-masing lapik perut dengan roti.

05:40
Di Restoran Tawakal, Rasa. Masing-masing agak tertekan disebabkan 4 jam menanti sang kutu yang tak pandai menjaga janji.


Abis untuk penerangan video, kalau korang nak tahu, ada beberapa adegan yang memang agak celaka tak menarik yang terjadi. Masa kitaorang dah sampai ke KL Sentral, sang kutu mengatakan bahawa mereka telah sesat! Perghh, memang agak tertekan sikit sebab janji nak jumpa awal. Takpa-lah, biarkan saja.

Bila dah sampai ke Stesen Rasa, masa kami melepak dalam surau, masing-masing baru rehatkan badan (dalam pukul 10 lebih) ada sorang pakcik ni, cara cakapnya memang agak kurang hajar!

Pakcik: Woi, korang buat apa kat sini?
Kami: Kami tunggu kawan kami pakcik.

Pakcik: Sapa suruh korang pakai barang-barang dalam surau ni?
Kami: Kami pinjam sat saja pakcik

Pakcik: Ni aku punya, sapa suruh korang pakai?
Bojan: Mintak maap la pakcik, kami tak tau, ingatkan barang surau tadi

Masa tu, memang baran aku memang agak melonjak naik, ape bodoh orang tua ni, kalau takmau barang tu orang pakai, tak payah bubuh dalam surau banggang! Kami boleh dikategorikan sebagai musafir jugak la, sebab kat situ memang takdak apa-apa kedai yang boleh kami lepak, so, kami tumpang la dalam surau tu sat, tapi dah kena halau, masing-masing packing barang, terus gerak keluar.

Memang aku dah mula diamkan diri, sebab nak kawal baran. Keluar saja dari stesen Rasa tu, aku terus masuk ke Balai Polis, dan terus tanya pegawai polis tu,

Aku: (bagi salam) Abang, tumpang tanya, kat sini ada tak kedai-kedai makan yang boleh melepak, kami tengah tunggu kawan ni
Bang Polis: (jawab salam) Ada, korang dari mana ni?

Aku: Kami sebenarnya dari Banting, nak pi Jungle Tracking kat Ulu Yam (masa ni aku taktau lagi nama tempat tu, so hentam jerla sebab sumber rasmi kata kat situ).
Bang Polis: Okay2, hampa ikut aku, kita jalan sama-sama (dan-dan dia tukaq slang bila dengaq aku cakap slang penang)

ada la borak sikit-sikit dengan bang polis tu, dan sampai ke Restoran Tawakal Rasa. Lepas hantar kami, dia terus gerak sebab katanya ada kes, India dengan Melayu bergaduh. Tapi, apa-apa pun, mf ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat bang polis dari Balai Polis Rasa, Selangor sebab bagi kerjasama dan berkhidmat dengan mesra. TABIK SPRINGGG!!

"Umpama pungguk rindukan Bulan" - macam itulah situasi kami, dari pukul 11 sampai 12 lebih di Restoran Tawakal Rasa tu. Memang masing-masing agak tertekan, tapi menghiburkan hati masing-masing dan aku masih dalam dunia sunyiku (susah nak sejuk baranku). Dalam 12.45 kot, memang tak tahan sangat, terus aku bersuara, "Wei, jom bayar la. Kita jalan kaki pi sana" - Otak tengah serabut, hati tengah panas, badan tengah letih, terus buat keputusan. Masing-masing setuju, dan terus bergerak jalan.

Kami jalan menuju ke Batang Kali (terima kasih abang-abang dari Rasa sebab bagitau arah ke sana). Tadi baru aku check kat Google Maps, perjalanan memang 4.1km, tapi jalan tu agak berbukit, tapi disebabkan hati panas, bukit pun tak rasa apa-apa. Dalam otak memang pikir, "3j9j*#@*EH! punya orang, janji macam I8*#*#@H!09#H! Tak pikir orang betul, sempat lagi melepak-lepak."

Perjalanan dari Rasa ke Batang Kali - 4.1km




Dalam pukul 1.45 dorang sampai dengan 3 bijik kereta. Aku dengan bojan memang diam ja dalam kereta, disebabkan terlalu bengang + panas hati + letih (tak rasa dah time tu). Sampai je kat kem di Ulu Tamu tu (tempat persendirian), kami diperkenalkan oleh Otai orang-orang disitu, pemiliknya, Dato' Hamzah (seorang yang pendiam dengan orang yang baru dia kenal, dan mengikut pengalaman hidup yang tak seberapa ni, aku rasa dia jenis yang membaca perangai orang sebelum dia rapat dengan orang tu).

Melepak-lepak jab, lepas tu ingatkan nak tidur sebab bojan, arshad, capik, dah tidur dah. Pusing punya pusing, tak dapat jugak mungkin disebabkan terlalu letih + hati masih panas. Aku bangun dan lapik perut sikit, lepas tu terus terjun air sungai pukul 3.30 pagi. Memang sejuk sehinggakan dapat lupakan seketika perasaan marah tu.

Terus layan tidur dalam pukul 4 lebih. Pukul 8 sudah dikejutkan sebab nak bergerak masuk hutan pukul 9. Makan pagi? Bubur durian! Kegemaran tu! Memang bedal! Heee. Terus bergerak masuk hutan.

Apa yang terjadi? Sila menantikan episod baru! Hehe

Click Read More to continue reading