22 June 2009 | 23 comments

Mimpi Ular

Labels: , , ,


"Uihh, bersepahnya ular" - Ini yang pernah aku bermimpi, tapi tak tau la kenapa, aku sering bermimpi binatang-binatang ni (nak jadi beastmaster kot! Hahaha). Minggu lepas, aku mimpi berbagai-bagai spesis ular, ada tedung, ada kapak, ada kecik, ada besau, tapi sekadar lalu tepi dorang jela. Aku pun tak berapa nak ingat sangat (biasala, aku memang berpenyakit cepat lupa..nombor telefon yang aku ingat pun, aku punya sendiri saja, yang lain-lain memang susah nak ingat, kalau ingat pun 5-7 minit saja..).

Orang kata mimpi ular ni ada kena mengena dengan jin, betulkah (aku memang akan melayari internet untuk mencari maklumat bila aku bermimpi benda-benda pelik, tapi taklah percaya 100%, hanya sekadar ingin tahu)?


Ini yang aku dapat dari bincang.net dan blog tokngah yang ada kena mengena (sikit) dengan aku.

Tanda-tanda
(Bincang.net)
  • Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
  • bersusah payah. (kadang-kadang lepas subuh baru dapat tidur)
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. (kawan aku pernah tegur bila aku bangun, "Weh adi, hang tidoq dok gigit apa?")
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. (yang ni dah lama dah, aku mimpi aku buat bangunan - kerja buruh kot - ada sahabat aku jatuh, aku pun terjun sekali nak selamatkan dia, lagi sikit nak cecah tanah, aku terbangun)
(tokngah)
  • Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
  • Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
  • Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan. (yang ni memang tetiap hari jadi - silap cara tidur kot)
  • Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
Tapi, takdak pun gangguan lain (aku tak pernah nampak pun untuk masa ni). Biarlah, mungkin takdak apa-apa kot. Mimpi, hanyalah permainan tidur, ye tak..?


Click to continue