15 February 2009 | 5 comments

Dragon Ball Evolution 12/03/2009


Korang mesti ingatkan, cerita kartun yang pernah membesar bersama anda (sekiranya anda lahir pada tahun 80-an, dan kartun ini paling mantop-lah pada zaman aku sekolah rendah!).


Pehal ko tetiba cerita katun pulak niee!



Sebab apa? Nuffnang la bagitau sama aku! Hahaha, tiba-tiba boleh pulak dorang pasang iklan Dragon Ball Evolution ni, menurut iklan tersebut, ia akan ditayangkan pada 12 Mac (5 hari selepas hari lahir aku! Sehari selepas hari lahir akak aku, ecah! Hee).



Meh tengok trailernya dekat Youtube.



Tengok sahaja pada trailernya, agak menarik sebab dengan adanya effect-effect yang cool, "Kamehame-haa" pun ada, Bulma masih dengan 'menatang teknologi-nya' dan macam-macam lagi-lah! Wah, wah, gempak walaupun mukanya memang tak sama langsung! Wahaha! Tunggu la sampai waktunya, akanku layannn!


Kepada semua kipas-susah-mati Dragon Ball, singgah la 12 March ni kat Golden Screen Cinema yang terdekat (aku tak dapat paper woo mengiklan dorang punya panggung..ehehe)

p/s: tetiba aku terbaca kat blog encik nuffnang, dorang wat contest pasal ni..tapi, aku xbley join :(( hehe, sebab ia untuk Nuffnang Glitterati SAHAJA! Sape yang rase layak, try la, prize tu 20% aku pnye la.. kate referral.. hehe