Salam semua! Aku actually saja nak test tutorial yang aku jumpa kat Flickr.com. Dia ada ajar camna nak convert single JPG to HDR. Aku bukannya Photographer pun, tapi ada la minat sikit-sikit. Hehe, so, feel it!
Done by: Photoshop & Photomatic Pro 3.1
Hehe, okay dak hasil "taram"an aku? Ekekeke..Hariaa sudahh!
Sambung Belajar - aku meneruskan pembelajaran aku kat MCS College, Banting.
Lupakan Kisah Lampau - aku dah dapat mencuci kepala otak aku dari memori lampau yang buat aku sakit setelah menderita setahun lebih.
Rapat dengan orang yang memahami aku - dia tak pernah buat aku tekanan, dia tak pernah buat aku serabut, aku tak pernah rasa yang dia menyemakkan hidup aku.
Kurang rokok - yeah! memang kurang kalau Dunhill 14 dikongsi 2 orang kan? hehe
Sikit saja kan? Tapi kira ok la, dari takdak langsung, untuk tahun ni, aku nak:-
Dekatkan diri - aku nak dekatkan diri dengan Dia
Kurangkan lagi rokok - rokok lagi, hahaha
Nak Gemokkan badan!!
Rapatkan lagi "tali" dengan dia - hehehehe
"Upgrade"kan diri sikit - nak upgradekan diri sikit, bukan jadi orang lain, tapi, korang penah dengarkan? "Love doesn't change anything, but we must change for love"
Ahaa, tu ja yang aku pikiaq untuk sekarang ni..Hehe, takdak idea sebab ngantok sudaa.. hehe
Cerita mengenai kisah si Skeeter Bronson, dimana bekerja di hotel ayahnya yang telah diambil alih kerana tidak dapat meneruskan perniagaannya.
Ayahnya membuat persetujuan setelah orang kaya tu membuat perjanjian dimana apabila skeeter menjadi besar dan rajin, hotel itu akan beralih ke tangan anaknya itu.
Akan tetapi, bila menjelang dewasa, impian tak menjadi kenyataan, dia hanyalah "tukang" di hotel itu. Semuanya menjadi aneh apabila dia terpaksa menjaga kedua anak saudaranya ketika waktu malam setelah kakaknya pergi ke luar kota untuk interview. Dah nama pun jaga malam, dia terpaksa bercerita sebelum anak saudaranya tidur dan semua "Bedtime Story" @ Cerita tidur itu menjadi kenyataan.
Komen aku: Ku sangka panas hingga ke petang, akhirnya hujan ditengah hari. Tak best! Hahahaha, bukan apa. Selalunya filem-filem yang dilakonkan oleh Adam Sandlers ni agak menarik + humor, tapi, filem ni.. Ampeh! Sesuai untuk kanak-kanak dibawah jagaan ibu bapa.. I think, most of people go home with the same face, "boringg". Banyak part lawak bodoh, tak macam filem lain yang si Adam berlakon.
YESman! Jim Carrey kembali menceriakan hidup aku! Setelah lama tak layan movie, last sekali aku layan, Kungfu Panda (sebab ada Jack Black yang sumbangkan suaranya kat Po).
Bagi aku, filem ni memang memecahkan perut aku. Terbahak-bahak, sampai menitiskan air mata aku semalam kat AEON Bukit Tinggi. Ingatkan, bila si Jim Carrey tu dah tua, kurang sengatnya. Tapi, memang best! Tambah-tambah time dia nak selamatkan orang yang nak bunuh diri, boleh pulak dia nyanyi lagu, si mamat yang nak bunuh diri tu pun boleh layan sekali, dengan member-member dia, dengan bomba semua layan. Nak terburai perut aku! Hahaha..
Tapi, memang filem ni punya meaning memang useful! Daripada guys yang sentiasa "No, thanks", "Maybe" terus jadi "YES" kat semua. Belajar main gitar, bawak plane, layan gig, *ehem3* dengan orang tua dan macam-macam lagi! Hahaha...
Adalah kena-mengena sikit dengan hidup aku, kalau dulu memang aku camtu gak, tapi sekarang ni memang semua kira "bolehh!", tak caya try tanya budak-budak rumah aku (yang lepak dengan aku saja!). Ajak la memaner pun, mesti jadi punya, duit ada ka takdak, pedulikkan!
Money not everything, the Friendship is the most powerful weapon! Enjoy the life even without money, you still have something called, "Friendship"!!
Ungu dan Biru - menjadi lambang cinta seorang insan yang bernama Arif dan Karmila, abang arif, Arafat telah menjadi pengeluar modal untuk membina teratak indah dikawasan pedalaman Cameron Highland, berhampiran dengan kawasan penempatan orang asli.
Ungu - Warna yang disukai oleh Karmila.. Karmila - Nama wanita yang bertahta dihati Arif dan juga merupakan bekas kekasih Arafat.
Villa yang dibangunkan itu dinamakan Villa Sunyi, setelah beberapa insiden pembunuhan berlaku di villa tersebut, Arafat mengupah beberapa orang, Bado, Winda, Rosli, Kamarul dan Dino untuk menyelesaikan kes pembunuhan adiknya.
"Ia makan untuk hidup, akan tetapi ia tidak pernah minum"
Ungkapan yang didengari oleh Dino didalam permainan tidurnya, telah merungkai semua persoalan yang telah lama terkubur.
Dengan kehadiran Dr. Ismadi, akhirnya satu keputusan dapat dicapai, maka terungkailah kisah misteri si Villa Sunyi.
Aku kata:
Ini dia cerita seram Melayu! Sekali lagi, tahniah untuk bro RAM! Dia kata, cerita ni anti-klimaks. Ya, aku setuju. Jalan cerita baru nak naik, dah kena cantas. Semua yang diagak, semuanya salah. "Ungu Karmila" - aku sangkakan tu nama villa, tapi.. Masyukk~ wahaha
Kisah seorang yakuza di Jepun yang berasal dari Malaysia, Ryu-Watanabe, nama Risham ketika menjadi yakuza dan menguasai kenjutsu, berlatih menjadi seorang samurai.
Beliau tertarik dengan hidupan seorang yakuza setelah bersua muka dengan Noriko, anakanda kepada Ketua Kumpulan Yakuza Amikie. Oyabun (Mahaguru) Nagamaru dan disebalik bebalannya berhadapan dengan sekumpulan Amikie yang mengugut untuk membunuhnya, dia menyatakan bahawa Noriko merupakan gadis yang cantik. Cinta mula berputik, menguasai keperibadian seorang samurai dengan datuk Noriko, Yamasaki. Mereka telah dianugerahkan pedang yang bergelar Tou Aii iaitu Pedang Cinta.
"Tou o hanashite moraimas" - Biarkan Pedang Berbicara (kot..hehe)
Mereka terpisah apabila Ayahanda Noriko menyatukan Noriko dengan orang lain dengan ikatan perkahwinan kerana perhubungan Noriko dengan lelaki bukan kelahiran Jepun itu tidak disenangi oleh beliau.
Dia pulang ke Malaysia, berpura-pura menjadi seorang yang SENGAL, LURUS BENDUL, LEMBIK dan sering menjadi bahan bulian Iskandar, orang kepercayaan Sabrina, majikan mereka di sebuah restoran Makanan Jepun, di Plaza Lowyat.
Dalam diam, Sabrina menyimpan perasaan terhadap Risham, manakala si Iskandar meminati Sabrina. Risham? Masih berlakon sebagai seorang yang dunggu.
Setelah mendengar berita tentang Yakuza Amikie yang pernah dianggotainya dulu telah hancur ditentang Yakuza Jiro, dan juga mendengar bahawa bekas kekasihnya itu masih hidup, Noriko, dia terus menjejakkan kaki ke bumi Edo itu lagi.
nak tahu selanjutnya? Angkat la satu.. hehe
Aku kata:
Sedap! Macam makan roti jala dengan kuah pekat tu.. Perghh! Mula-mula aku pun blurja sebab bro RAM pakai bahasa jepun (tau la dia penah dok sana =p..hehe, slamat ada Malay translation), nama jepun pun bersepah, memang blur! Tapi, dah dekat suku buku aku hayati, terus aku "masuk" dalam cerita tu, macam "Bagaikan Puteri", "Hijab Sang Pencinta" & "Cinta Sang Ratu". Serius, aku macam jadi camera-man dalam novel ni. Semangat samurai mula masuk ke dalam rongga-ronggaku, dadaku terus panas membara, memahat kaki ke bumi sambil memegang Tou Aii - Cewahhh! Hahaha. Tapi betul la, semua sangkaan aku dia tepis,
"Kematian anggota Yakuza Jiro, terus dikaitkan dengan kebangkitan Ryu-Watanabe." - aku ingatkan memang dia, tapi, tak sangka pulak si Noriko punya gheja!
"YAKUZA DI MALAYSIA" - ingatkan kerja si Risham, sebab dia ada penyakit berjalan time tido, tapi, rupa-rupanya..hehe, baca la sendiri..
banyak lagi la..terus buat aku membaca walaupun esoknya paperOffice Administration 1 (OA), memang aku xbaca langsung, dalam masa setengah hari, aku berjaya menghabiskan novel ni, baru aku belek2 buku OA tu, selak2, tenung2..katup n tidow, sebab dah pkul 4 lebih, paper aku 9.30 pagi! Okay2, nak try layan "Ungu Karmila" pulak..
Haa, lagi satu, memang promote abis RTM, KLfm! Hahaha, mentang2 bro RAM orang kuat sana.. hehe, takpa, janji layannn..
Eh,eh, ada lagi satu, kan best kalau novel ni difilemkan.. Serius sedap! Yela, Harry Potter dari novel, Ayat-ayat Cinta dari novel, banyak la dari novel.. Malaysia punya bila lagi mau bikin KILLER MOVIE? Yang aku tau, filem si Rashid Sidek dengan Wardina berlakon tu ja yang diadaptasi kot.. aku rasa, kalau diikutkan jalan cerita, memang sedap! Korang bayangkan, orang melayu dress-up yakuza, hidup kat jepun (cam dalam Tokyo Drift - ni pakai mat saleh). Kalau promotion betul-betul, confirm-lah! Bley kasi tayang kat worldwide (kalau ada yang mau sponsor la..).
Buat pengetahuan semua, saya akan menduduki paper final untuk semester tiga ni, Pehh! Paper start, Disember 10, 2008 sampai Disember 20, 2008. 5 paper semua, subject? Pehh! Haram tak paham! Abis la aku~
Kisah seorang gadis yang bernama Mai yang mempunyai seorang kakak, Amy, Ibunya, bekas ratu cantik dan juga seorang muaalaf dan ayahnya, seorang yang bertanggungjawab dan dibela oleh neneknya.
Sejak kecil lagi, dia diajar beradab sopan, sentiasa menghormati orang yang lebih tua, jangan mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Setelah meningkat dewasa, sifat mamanya dan juga Amy semakin menjadi-jadi, sombong dan angkuh dengan kemewahan dunia,
“Didalam dunia ini, kita tak perlukan lelaki yang hanya tahu bercakap kosong dan juga kuat beragama, akan tetapi, perkara yang paling penting ialah harta kekayaan”.
Itulah yang selalu mamanya berpesan kepada Amy, anak yang paling rapat dengan mamanya, dan mengikuti semua peragai buruk mamanya itu.
Mai yang mempunyai seorang sahabat baik, Raihan yang menetap di Indonesia, yang sentiasa berhubung dengannya dan ketika Mai menziarahi Raihan di Indonesia, dia terpegun dengan penanaman anggur dikawasan khatulistiwa ini dan mengambil keputusan untuk membuka tamanan anggurnya sendiri ditanah peninggalan arwah neneknya di Johor. Segalanya diusahakan sendiri, dan dibantu oleh Raihan, yang memperkenalkan tuan punya ladang anggur di Indonesia, dan bapanya yang sentiasa memberikan sokongan.
Sebelum tercetusnya idea untuk membuka ladang anggurnya sendiri, Mai telahpun mempunyai sebuah kedai dobi sendiri, dan menetap dengan seorang gadis penjual insuran, mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik untuk memikat lelaki untuk menjual insuran akan tetapi, seorang yang agak pemalas, walaupun berasal dari kampung, tetapi tidak tahu membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Jiran mereka, seorang pegawai bank yang telah menarik nafas lega kerana mendapat seorang teman serumahnya, seorang lelaki yang mempunyai sebiji motorsikal berkuasa tinggi dan mengaku bahawa beliau hanya bekerja sebagai mat despatch iaitu Syed Abid, seorang lelaki yang baik budinya, beragama, dan menjadi penagih kasih kepada Amy ketika menuntut diluar negara.
Lelaki itu tertarik dengan sikap Mai yang tidak pernah kisah dengan ‘pekerjaannya’ itu, dan terus berkawan malah lebih dari itu. Dengan sikap mamanya yang agak queen control itu telah mengundang perkahwinan rahsia bapanya selama 5 tahun dengan Jamilah, setelah 11 kali melamarnya, dan melihat kesungguhan ayahnya itu, dan membuat solat hajat, Jamilah redha dengan kehadiran lelaki yang masih mempunya isteri dan dua orang anak.
Panjang pulak ceritanya.. ekeke, tapi, sebab kisah Cintan tu slow, membuat aku terus membaca..
Pertelingkahan antara ayahnya dan mamanya, telah menyebabkan ayahnya mengaku yang dia telah berkahwin lain dan mengakibatkan mamanya mengalami stroke. Setelah sedar dari pengsan, Mai mengambil peluang ini untuk mendekati dan merapati mamanya, kata doktor, pesakit stroke adalah seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan, perlu diajar segalanya, dari makan, bercakap, dan lain-lain.
Mamanya telah berubah, doa Mai telah dimakbulkan, iaitu sentiasa mahu mamanya berubah menjadi seorang yang jauh dari sifat-sifat tercela, dan berkat hasil usahanya mendekati mamanya, mamanya telah menjadi seorang yang lemah lembut, dan apabila ingatannya mula pulih sedikit demi sedikit, mamanya tersedar akan kesilapan lampau dan menyesali dengan semua kejadian. Mai juga turut memberitahu hal yang sebenar kepada ibunya.
Aku Kata :-
Cerita pasal family, best! Kisah Chenta tak berapa kuat~ hehe, nak tau cerita ni lagi, apa lagi..? "Dia Lebih Mengerti "! aisey, tukang promote lak aku..hehe, layannn..
Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan.
Dia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan (aku lupa nama company dia..hehe) dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.
Pada masa yang sama, dia telah berkenalan kepada Iqram, yang mempunyai keluarga berada, akan tetapi dia seorang lelaki yang agak keras kepala dan memberontak dengan sikap bapanya yang sentiasa menentukan masa depan anak-anak. Bukannya niat untuk menderhaka, akan tetapi dia bosan dengan desakan bapanya yang mahu dia meneruskan pembelajaran dalam bidang perniagaan, yang terlalu jauh dari impiannya iaitu memilih kepada bidang fotografi dan juga seni grafik.
Aku Kata :-
Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan “gadis yang suka berangan” membuat aku sentiasa berasa bosan. Jalan cerita pun senang dibaca (senang nak agak),
“ayahnya berpesan kepada qisdina bahawa dia tidak akan balik untuk beberapa hari dan jika ada orang bertanya mengenai bapanya, katakan bapanya sedang bekerja diluar kawasan”
– nampak sangat sedang dikelilingi oleh hutang dan sedang diburu oleh along.
Aku lagi suka baca kalau jalan cerita seterusnya lain dari persepsi kita. Baru la nanti kuar ayat, “Laa, aku ingatkan pasal tu..rupanya macam ni..”. Anyway, nice story =D
Penah dengar ka tak pernah? Bukan.. Bukan.. Bukan MSC, MCS-lah..
MCS? Ape tu? Actually, aku pun sengal gak memula, tapi, meaning dia, "Morale, Competent, Success". Haa, hehe..
Aku blajaq kat sini la skang, kolej mcs, kat Banting, tepi The Store.
Aku saja ja nulis, sebab dah tak tau nak tulis apa, dah lama tak mengarang.. hehe
Kalau nak tau lagi, singgah la lepak MCS College Blog - " Student Voice".. - Blog ini sudah tidak aktif setelah mendapat bantahan dari Pihak Berwajib. Anda boleh pergi ke laman web rasmi kolej di www.mcs.edu.my
Mengapa ada anjing kat blog aku ni..? Actually, aritu aku sje la round2 taman kat area umah aku..tetiba aku ternampak anak anjing ni..ntah la, tetiba dia nak bermanja2, berlari2 kat kitaorg, cam mintak diusap..tapi, haram tetap haram..so, kasi snap jerla..
Tapi, bila orang tengok ja gambar ni, "Awat hang tangkap gambaq anjing? Gambaq kucing ok gak". Anjing ni memang tak bersalah kan..? Kenapa orang sering bertindak kejam dengan anjing-anjing? Yang hina-hina semua anjing, kalau dia hina sangat, kenapa dia diciptakan..? Dia makhluk yang takdak akal fikiran, btul?
Salam semua, harap maaf la, dah lama sangat tak update blog kan..? Bukan apa, "default" a.k.a wifi jiran aku dia dah katup la. Tu yang masing-masing ketandusan dan kegersangan. Hehe.
Sementara aku bley pow broadband member aku sat, aku upload la gambo lame2x (tak la lama sangat, 2 bulan lepas). Gambo ni di"capture" time gi umah senior aku, pakciknye kawen kat area Meru.
Okay la, dah dekat pkul 4, esoknye de class pkul 9 plak.. ok2, Tabik Hormatt!
Badanku kurus bukannya kurang makan Mataku merah bukannya kurang tidur Sedih hatiku karena si jantung hati Ooh.. si jantung hati
Minggu yang lalu si dia telah kembali Hatiku rindu padanya setengah mati Kisah cintaku dengannya si jantung hati Ooh.. si jantung hati
Engkau berjanji hanya aku yang kau nanti Waktu kupergi kau suntingkan bunya melati Tapi kini semuanya hanya mimpi
Aku bernyanyi sendiri menghibur hati Aku tak mau terluka kedua kali Pengalamanku dengannya si jantung hati Ooh.. si jantung hati
Assalamualaikum, ahaa, karena Si Jantung Hati..hehe, Aku dan Kurus memang tak dapat dipisahkan,
p/s: ni secret ni, berat aku maintain <50>
Nak katakan aku ni mengidap Anorexia, xde rasanya.. aku baru je check kat wiki,
Extreme weight loss
Thinning of the hair
Headaches
Constantly feeling cold
Low self-esteem and self-efficacy
Intense fear about becoming overweight
Very sensitive to references about body weight
Aggressive when forced to eat "forbidden" foods
Haa, mane la aku ade sifat-sifat tu, kak aku gi check aritu, docs tu kata, maybe sebab keturunan kot, dan kadar metabolisme.. bla..bla..bla.. (aku tak ingat, hehe).
Ni komen2 dari kengkawan,
crazee_kusanagi: hang laa kot saving mushibat aku kalau aku saving hang lagi laa kurus~! - wafi @ Asscrewz.com Admin
PeAcE^^gUrL: tenuk..slim????Wakakaka..kering ader la. - Cik Laila Isabella
fariza: gumok?? mmg takkan punye la gumok.. confem - Cik Fariza
Alaa, aku pun xmo gumOk, tetambah cik laila tu, naik sikit da tekanan (wekk..hehe, jgn marah aa..), wapi tu jgn cakap la, memang OVERWEIGHT, wakaka, bayangkan la, naik keta, memang keta tu tak larat nak mendaki Bukit Baru, kat Relau tu. Hehe..
Walau apa pun korang cakap, kurus la best, banyak kelebihan nieh~! Aum2x, wakaka
Korang bley menyelit kalau ade ruang kosong sket..
Korang bley makan sesuka hati tanpa pikir "Kene Diet, Kene Diet"
Fleksible~
p/s: Hang bley watpa wapi..? Hahaha -teringat tyme kita pi panjat Bukit Jambul, Wahahaha-
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, aku baru je terjumpa satu article yang best!
Buat orang-orang muda penang, ampa tau ka penang ada kemudahan camni dulu (aku penah la nampak macam jalan untuk natang ni kat depan balai polis kat penang road tu..tapi, tak penah terfikir plak..)
With over 100 old photographs, maps and illustrations, this book gives an overview of the various forms of public transport used in George Town from 1880s to 1963, and the role this transport played in the development of the growth of George Town and Penang.
Penang was one of the first urban centres in Southeast Asia to operate steam trams, horse trams, electric trams and trolleybuses. When the Municipal Commission established its own electrical supply, it took over the tram service and started the electric trams in George Town in 1906. This gave the local population excellent public transport around George Town, with one line going up to Ayer Itam. In the late 1920s, the Municipality replaced trams with trolley-buses, experimenting for a while with re-conditioned double-deckers from London Transport!
Ada sorang blogger, Mr Anil buat campaign, nakkan balik Penang Trams tu ada balik. Hampa pun tau kan Penang la nih macam mana, dengan 'jammed'nya, dekat georgetown tu, dekat dato' keramat, dekat bayan lepas, bas yang ada pun, phew, penuh ja dengan 'bukan orang malaysia - harap-harap ada la pasport'. Try la baca review dia =D Aku hanya support apa yang terbaik untuk semua orang.
Kalau korang pun yang rasa trams ni berguna, korang bley taruk code dibawah untuk support kempen ni.. Okay..?
Wednesday (October 8) - McDonald's just release their new product, it's look like the Fillet 'O' Fish, but with their staff creativity, they create the love shape of the mayonnaise.
At this moment, they have no name for it but, I think, Fillet "Oh" Love is very suitable for it =D
p/s: Dear McD Staff (I don't know where the branch of it, but i guess, Mid Valley, Malaysia.), please behave yourself, you're there to serve the food, not express your love @ feeling..
Assalamualaikum, harap-harap korang enjoy la tyme raya aritu k..?
Aku nak share sikit pasal kenangan silam ni..boleh dak? (korang xmau dengar pun aku nak story gak~hehe)
Gambar kat atas tu, merupakan orang yang paling rapat + lama kenal dengan aku, Encik Mohd Zuhaime bin Zahari, dilahirkan pada 1 Januari 1986. Kitaorg memang lame gile kenal, sejak aku pindah kat Kampung Permatang Tengah (Matang Tengah), Balik Pulau, Penang, kalau tak salah aku, dalam 1990 takpun awal sikit, kira sebelum adik pompuan aku lahir kot.
Umur aku tyme tu baru 4 tahun, dia la member yang aku kenal mula-mula, then, baru la kenal dengan bebudak Matang Tengah yang lain, Syedi (Tapaware), Syukri, Duan (Badak), Asyraf (Tocheng), Wanun (aku penah ngorat adik dia tyme kecik-kecik dulu, orang kata cinta sekolah rendah..hehe), & lain-lain la..
Dan, masuk ja sekolah rendah, 1 apa tah class aku kat Sekolah Kebangsaan Genting, dulu, tak ingat dah..hehe, dari darjah 1, sampai ke darjah 6, memang satu kelas ja, dan macam biasa, aku ni macam magnet, sifat berlawanan tu pasti ada bila seseorang tu rapat dengan aku - anugerah gak ni.. (p/s: dengan gadis aku yang sekarang ni pun cenggitu gak..hehe)
Cam emy ni, jenis friendly, active sport gak, hardworking, dan lain-lain (most of them sifat yang +ve la..) tapi aku ni, memang teruk la sikit, (paham-paham la kalau dah melepak rumah bujang. jadi port la..semua bendak yang jahat ada, tapi jahat pompuan TAKDAK! yang lain aku memang tak kesah).
Ni la orang yang snap gambo kitaorg, Siti Hajar a.k.a Ajad. Kitaorg kenal dia rasanya, 2003 takpun 2004. Deiziyana^Die (camni ka ajad?) nick dia dalam IRC, aku cam besa la, bersepah gak, tEnUk, deTenuks, putra`tEnUk, aDi-tEnUk, err, apa ya lagi..lupa dah..
then, ada jumpa2, after that, trus rapat, gi tengok movie sama-sama, lepak gurney malam-malam sampai 1-2 pagi (ni kira angkut anak dara orang ka..?), dah macam adik beradik dah kami bertiga ni. Jenis Ajad ni pulak memang senang, dia dok area town, kasi roger dia, "Hampa tunggu sat, satgi aku sampai", kira jadi jPa kalau dia ada belah town.
Gambar yang no 2 tu, kira macam farewell party la jugak, time New Year 2003@2004 rasanya, time tu emy punya bestday (cake dia la depan tu), dan sebelum aku membawa diri ke Besut, Terengganu.
Apa Dia Bagi?
(yang dalam gambaq tu)
Salam Kenangan
ADDY, DETENUKZ
Semoga mentari sentiasa menyinari hidupmu
dalam mengejar cita-cita...
Anggaplah pemberian ini sebagai kenangan
dan tanda ingatan dariku...
FROM: AJAD, DEIZIYANA^^DIE
Aku karang ni saja ja, sebab si Ajad kata dia ada gambaq kami dulu-dulu, tu yang post =D Anyway people that know me pretty well, Friendship Forever Okay?
Dorang Punya News: Emy skang keja kat Bank Rakyat, Bangsar, dan tengah tunggu masa ja nak masuk Government dan si ajad plak, gheja kat Melaka (+ tak dapat balik raya aritu..hehe)
Assalamualaikum saudari muslimku, saya ingin memohon seribu keampunan sekiranya ada tersalah bahasa dan tersalah kata (phew, macam penah tulis ja..hehe..).
Perasaan Raya Pertama? Buat pengetahuan semua, dekat 4 tahun dah aku beraya dengan family setelah Nenekku (Che Ah) meninggalkan kami pada 4 @ 5 tahun yang lalu. Time arwah ada, meriah la lagi, cousin aku dari utara sampai ke selatan + atas laut, semua balik kat Lumut Kiri, Sitiawan. So, lepas ja arwah dah takdak, sambut dengan family saja la. Perasaan tu, Best jugak la sebab aku masih dapat menyambut dengan family, Ahmad bin Darus (Ayahandaku), Rosiah bte Mohamad (Ibundaku), Arni Hasliza, Siti Nor Aishah (Akakandaku), Anis Nabilah, Muhammad Solehin (Adindaku .-camni ka spelling? hehe.).
Macam Mana Dengan Malam Raya? Hmm, time arwah ada, memang semua balik, pakcik dengan makcik aku memang rajin bawak balik stock (pepaham jerla), so ade gak la function gak malam raya. Tapi, ni dah masuk tahun ke-tiga rasanya, malam raya aku mengadap internet (semalam aku belek2, portal Speedfinger , MySahabat , K-Rex , Syok ). Nak buat apa? Kuih?Tunjuk-tunjuk belaka..Kemas Rumah?Memang takdak apa dah, sebab barang semua dah diangkut ke rumah makcik aku, sebab nak renovate rumah..Lemang, Ketupat? Phew, dulu dok kampung boleh la, ni dok taman, ampeh..so, memang takde ghoje pun..
Macam Mana Pulak Di Pagi Raya? Pagi? Hehe, aku tidoq pun dekat nak subuh, tak boleh nak tidoq (missing her) dan belek2 portal. 7 lebih bapak aku kejut, dan siap2 untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri kat Surau Lumut Kiri. Takbir Raya, Solat Sunat, Khutbah, Tahlil, dan balik rumah..
Okay, kita sambung dari Chapter 1, lepas je balik dari Surau, masing-masing bersalaman memohon keampunan dari kedua orang tuaku.Walaupun kami bukanlah datang dari keluarga yang senang, tapi, pengorbanan dorang, memang tak ternilai, dorang sanggup susah payah demi anak-anak, biar tak cukup makan, janji anak senang. Aku harap, dan aku memohon kepada Allah S.W.T, agar aku tidak akan menjadi anak yang tidak mengenang budi, aku mahu dorang rasa senang je dengan kitaorg (anak-anak). Aku tak mau dorang sedih sebab anak-anak. Lepas tu, kitaorg terus je menuju ke sini (rujuk gambar dibawah).
Aku memang slow sikit bab2 jawi ni..aku cubaa ek, "Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sitiawan, errr..Sitiawan, Perak" - betui ka?,hmm, ni la alamat "rumah" tokwan (Darus bin Hassan) dengan tok aku (Che Ah bte Baharin)..
Tempat Persemadian Tokwan aku - Darus bin Hassan
Tempat Persemadian Tok Aku - Che Ah bte Baharin
Semoga roh kalian sentiasa aman dan ditempatkan dengan para penghuni syurga. Amin. Al-Fatihah.
Assalamualaikum, kita sambung lagi ek..sebelum aku terlupa, buat pengetahuan korang, 1 Oktober merupakan hari lahir mak lang aku (gambar kat bawah ni..). Camna aku tau..?
Time dalam kereta on the way ke kubur tu, tetiba anak maklang aku, Kak Lin (sepupu aku la ni..) telefon dia. Perbualan dia lebih kurang camni la..yang Kak Lin aku cakap tu, aku agaknya, yang maklang aku punya tu betui la..
Mak Lang: Hang tak mau mai kuboq ka Lin..?
Lin: Lin xboleh mai la.. (pompuan punya hal kot..sebab)
Mak Lang: Hang tak payah la masuk kat kawasan kuboq, hang tunggu ja kat luaq..
Lin: Lin nak pi rumah ni..
Mak Lang: Kami baru ja keluaq, tadi mak call hang, hang tak angkat. Ni, hang pakai
elok-elok sikit, hang mai sini, kami lambat lagi ni, baru nak sampai kuboq..
Lin: (no idea)
Mak Lang: Tu la hampa, semalam Juju (Adik Lin) call, dia menangih-nangih kata
depa tak boleh balik sini, kena gheja. Dah la hari ni bestday aku, sorang pun anak aku takdak..
Phew, korang bley bayangkan tak apa yang aku rasa..? Actually, depa 5 beradik juga, cam kami. 3 orang sepupu aku, Atih, Atan, dengan Juju, dorang keje kat penang..yang sulung, Lin dengan Budin ada kat sini.. Budin plak bley balik umah mertua dia, si Lin ni tak tau apa masalah, xlepak rumah pun malam raya..Aku dengaq sadis gila, memang terharu gile dowh.. Bila seorang Ibu kesorangan..Sebak gile..
Then, balik je dari kubur, dengan pantas la, aku, Tini, Anis, dengan E'ein gi runner cari kedai cake, selamat la ada jugak kedai cake bukak pepagi raya ni..
Chocolate & Strawberry (hehe, cam Siti dengan Dato' K)
Kitaorang pun sambut la birthday dia, tak mau bagi dia rasa sebak sangat, Aidilfitri tanpa anak-anak yang dibela seorang diri semenjak aku dibangku tadika lagi (skang ni dah 22, korang bayangkan la, bertapa cekalnya hati seorang ibu..) sampai aku sendiri tak pernah tengok muka pak lang aku..
Dan sempat aku berposing kat rumah mak lang aku, sebab rumah arwah tok dengan tokwan aku kat tepi rumah mak lang aku saja..
Okay, aku akan upload kat Chapter 4 gambar-gambar tu..
Lepas tu, kami pun pulang ke rumah dan aku terus melabuhkan diri ini setelah sepanjang malam tak tidur. Hehe, bukan apa, memang aku takde member pun around Sitiawan ni, kalau si Atan tu ada, dia bawak la aku pi rumah budak-budak dia. Dia pun ada penang.
Malam tu plak, Tini kejut aku, ajak pi tengok movie (memang ni la rutin malam hari raya, hehe), kami pi tengok Senario Episod 1, lawak la jugak, tapi paling best si Mazlan dengan "motor"nya, asyik terlepas clutch ja..hehe
Balik tu singgah McD sat (nyum2, hehe), si Atan pun roger, kata nak mai rumah (ampeh dak ni, tukar number tak bagitau, then, balik pun haram xbagitau..*#$*#%&!!), sampai ja rumah, lepak-lepak sat, Atan mai dengan Kak Lin + adik member dia (chinese) dengan maklang aku..baru la nampak muka maklang aku ceria sikit..kalau tidak, phew~ sebak ja..
Oklah, yang tu saja yang berlaku pada malam hari raya.. next entry, the last chapter~ Gambo2, hehe..Okay guys, thanks cause reading~! Daa~
p/s: Ushar punya ushar, aku terjumpa satu 1 raya (sorry maklang, hehe..), Membangun Bersama ISLAM! dan satu ja aku tak suka dengan politik kawasan LUMUT KIRI~! SUXX~!! Korang bayangkan, sebab politik saja, ada satu family yang bila mak (UMNO) tak makan kalau anak (PAS) dia masak, dan anak tak makan bila mak masak. Then, kalau kat surau pun sama, kalau orang PAS handle kenduri, orang UMNO tak makan, dan begitulah sebaliknya~!! Bertapa buruknya politik kat Malaysia ni, masing-masing terlalu pentingkan politik, pentingkan melayu, dari ISLAM! ISLAM memang membenarkan bercanggah pendapat dan sebab tu la ada syura' dalam ISLAM, tapi, orang MELAYU ISLAM ni sakai sikit, MELAYU ke mana, ISLAM ke mana, sebab politik saja semua nak bertikam, even aku ni agak PKR dan sedikit PAS, ayah aku, orang setiausaha JKKK Lumut Kiri dan dipegang oleh UMNO, tapi, kepala dia sama cam aku, politik tu hal lain, yang penting, camna pun kita bercanggah pendapat, kita tetap tunduk dekat Yang Maha Kuasa, kita tetap berpegang "Allahuakhbar". Aku respect dekat bapak aku sebab dia siap pi tanya pendapat-pendapat golongan yang pro-PAS perkara untuk memajukan kampung @ cadangan tanpa pengetahuan Pengerusi JKKK, sebab apa? kalau tanya pak pengerusi, memang HARAM dia tak bagi. Bodoh! Amek kau~
Akakku yang sulung (Arni) & Solehin berposing depan kete dea
Cik Siti Nor Aishah, akakku yang kedua
Adik Perempuanku (Anis Nabilah)
"Yea, Dapat manyaaakk duet raye"
Rumah Maklangku (bukan "MALANG" okay!) Yang tu pulak umah tok aku
Ni gambar aku snap dari dlm kete, time nk balik kampung ni..
Okay, tu je kot utk tatapan korang..hehe, anyway~ Once again, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua yang mengenali diri ini ataupun yang kenal orang-orang kat atas tu..hehe, Wassalam..