30 September 2008 | 0 comments

Pantun Hari Raya

Labels:
Assalamualaikum Semua,
Sebagai tanda persahabatan antara kita,
aku coretkan pantun yang tak berapa indah ni.. hehe

Hari Lebaran Tiba Lagi
Sedar tak sedar, umur semakin meningkat
Ramadan berlalu, Anugerah Ilahi
Semoga Syawal yang tiba, kita dianugerahkan berkat

Salam diutus tanda saudara,
Jari tersusun ampun dipinta,
Muhamad Hadi nama hamba,
Harap persahabatan sampai ke-TUAA~!

Persahabatan terjalin, kita bersama,
Tali Silaturrahim, pegang sampai tua,
Jarang sekali kita bersua
Walaupun jarang, aku tidak akan lupa.

Selamat Hari Rayaaa~!

dan baca entry aku yang ni --> Aidilfitri



Selamat Datang Ke myfr3ak[dot]Blogspot

Salam Perkenalan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua yang singgah kat blog aku.

Sebelum apa-apa, aku nak mengucapkan terima kasih kerna sudi singgah walaupun sempat tengok banner / baca sikit2 pun jadi la (lagi bagus klu comment, dari tak knal, kita bley kenal kan..?). Untuk sesapa nak exchange link, memang aku ok je..cakap je, ok..?

Apa Yang Ada Dalam Blog Aku?
Okay, buat sesapa yang no malas nk cari, meh aku guide korang..

- Event & Pusing-Pusing

- Politik

- Life

- Share


29 September 2008 | 0 comments

I.S.A. – Ikut Suka Aku, Ini Seksaan Aku

Labels: ,
I.S.A. – Ikut Suka Aku, Ini Seksaan Aku
oleh Amer Hamzah Arshad

Rakus, kau perkosakan jiwa rakyat
Kau rampas anugerah kurnian ilahi
Apakah ertinya kebebasan dibawah belenggu kau
Apakah ertinya kemerdekaan dibawah pengaruh kau


Fitnah, kau lontarkan tohmahan kau
Kau palitkan arang ke muka ku
Apakah ertinya maruah dibawah fahaman kau
Apakah ertinya hak dibawah telunjuk kau


Zalim, kau seksa jiwa rakyat
Deraan ku menjadi hilai tawa kau
Kebebasan ku menjadi percaturan politik kau
Kemanusianku menjadi mainan kau


Kesejahteraaan negara kau kata
Keselamatan negara kau kata
I.S.A - Ikut Suka Aku, kau kata
I.S.A - Ini Seksaan Aku. kau kata


Akan kami leraikan jasad kau
Akan kami leburkan jiwa kau
Akan kami lenyapkan nama kau
Akan kami kuburkan kamu ... I.S.A.

Source [Here]


21 September 2008 | 0 comments

Salam Aidilfitri Sahabat

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini merupakan kali kedua kita menyambut Aidilfitri bersama kalian.


Kita tujukan khas buat kalian, sesiapa yang membaca entry ini, sesiapa yang mengenali seseorang insan yang bernama muhamad hadi, dan juga dikenali sebagai Adi Tenuk, fr3ak, dan lain-lain.


Kita ingin memohon seribu kemaafan diatas kesalahan yang telah kita lakukan, diatas segala perkara yang telah membuat hati kalian terguris, diatas segala janji yang masih belum ditepati, diatas segala perbuatan samada sengaja mahupun tidak yang telah @ mencemarkan tali persahabatan antara kita. 


Sesungguhnya, sebagai insan yang lemah dan tidak berdaya, kita memohon seribu keampunan dan kemaafan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya, kita sering terlupa akan apa yang telah kita lakukan, tetapi mungkin peristiwa itu segar didalam ingatan kalian.

Khas buat insan yang kenal kita, para sahabat dari Balik Pulau, dari SMK Abdullah Munshi 99', dari SM Teknik Balik Pulau, dari Institut Kemahiran Mara Besut, dari MCS College, darir IRC chatters, dari forumunist, dari blogger, dari mana-mana pun, kita ingin memohon agar persahabatan kita semakin kukuh dimasa akan datang, tidaklah tali direnggangkan, biarlah hingga ke nafasku terakhir.


Akhir kata, Selamat Menyambut Aidilfitri tanpa mengira pangkat, biar pun tanpa orang yang kita sayang, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama kita. Kerna cinta sesama manusia boleh buat kita lemah, akan tetapi, cinta kepada-Nya tidak akan pernah mati, dan sentiasa abadi dan itulah cinta yang hakiki. 

Wassalam.

Muhamad Hadi Ahmad


19 September 2008 | 2 comments

Kaulah Yang Bernama Wanita

Artist: InTeam
Song: Impian Kasih








Assalamualaikum, entry ni saja aku copy dari site mana tah, aku pun lupa (sorry pengarang asal), aku curik pun sebab meaning dia tu, perghh.. Korang (kaum hawa) kaji diri, tanya hati, adakah aku insan yang mengejar dunia sahaja, atau insan yang mengejar akhirat sahaja, ataupun insan yang mengejar kedua-duanya.

Jangan suka mendedah tubuh

 
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. 
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu. 

Setia terhadap pasangan 

Jadilah seperti pohon pisang. 
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya. 

Kecantikan dalaman

 
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. 
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. 
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri. 

Jaga kesucian dalam bergaul

 
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi ubinya tetap putih bersih. 

Selalu bertindak adil 

Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. 
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar. 

Semakin tua semakin bijaksana 

Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas. 

Jangan bermuka-muka 

Jadilah seperti buah manggis. 
Buah manggis bioleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.


p/s: Renung-renungkanlah insan yang bernama wanita =D



Tutorial - Retouch Sikit Gambar Korang

Labels: ,
Assalamualaikum, kita berjumpa lagi dilaman tutorial!

Hari ni, aku nak share apa yang aku reti buat sikit, camna nak edit sikit gamba korang (even aku still tahap beginner).

1. Korang select layer backgroud, right click dan click Duplicate Layer (Ctrl + J), lepas tu gi dekat Layer / New / Layer (Shift + Ctrl + N) - untuk process retouch – dan pastikan layer baru tu kat atas sekali. Click dekat icon Clone Stamp Tool (S) - pastikan dekat sample tu korang amek “All Layer”, so dia akan detect semua layer. Tekan button “Alt” kat keyboard korang (jangan lepas) kat tempat untuk di“clone”, lepas button “Alt” dan click kat tempat korang nak hilangkan.


2. Korang boleh tengok kat sini, hasil sebelum retouch dengan lepas retouch, 3 bijik jerawat aku kasi hilang. Hehe, process ni memerlukan ketelitian untuk pilih tone color yang sesuai.


3. Dah settle retouch, select dedua layer tu kat layer panel, right click dan click dekat Merge Layer (dia akan combine layer yang korang duplicate dengan retouch layer tadi.)


4. Dah habis merge layer tadi, korang buat 2 duplicate layer (yang dimergekan tadi), namakan 1st Overlay dan 2nd Overlay. Set kan Overlay kat dedua layer tersebut, dan select dekat layer 2nd Overlay, korang decrease dia punya Opacity, aku buat 80% (ni terpulang kat korang la, nak terang lagi, naikkan lagi).


5. Buat layer baru dan lepas tu, korang amek Elliptical Marquee Tool (M), buat bulat kat kawasan yang korang nak focus.


6. Korang select inverse, Select / Inverse (CTRL + Shift + I). Korang
pegi balik kat Select / Modify / Feather (Alt + Ctrl + D) dan set Feather Radius ke 15 pixel (nak kasi lembut sikit). Lepas tu, korang set foreground ke color hitam, dah tekan kat Paint Bucket Tool (G), isi saja color hitam kat tempat yang inverse tadi.

7. Deselect (Ctrl + D), pegi kat Filter / Blur / Gaussian Blur, set kan radius sebanyak 110 pixel (ikut kesesuaian gambar). Korang akan dapat gambar cam yang aku buat tu.


8. Ahaa, lepas tu, korang decorate la dengan ayat-ayat manis + jiwang korang.

9. Nak lawa lagi, korang buat la border + shadow. Try la tekan2, InsyaAllah, boleh punya.



Ni la contoh bila dah ditambah dengan border, senangkan?

Korang bley download tutorial kat [sini].


17 September 2008 | 12 comments

Aku @ MCS

Labels:
Assalamualaikum~

Actually, aku takdak apa pun nak tulis, takdak mood, sebab memang power LOW abis, sebab semalam time bukak posa, aku makan kueh ja, then, terus tetido..pkul 5.35 baru mangun, xsempat pun nak bersahur, sempat minum air (+ rokok suku) ja smalam.. tapi, kira jadi la, dari tak lapik apa pun..

Buat pengetahuan hampa, ni ja pompuan yang rapat dengan aku kat college aku, MCS College. Si Betty, Niena (budak Perak), Aida @ tecik (budak Muar) dengan si Zue (Pahang mari). Yang lain tu, tegur memang tegur, tapi takde la rapat, aku dengan dorang dah macam adik bradik dah =D hehe.. Okay la, nk layan WonderPet sat.. Salam


Terlepas Kekasihku Seru..?

Kekasihku Seru Episod 8


Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Ini barang bukan ana yang punya, ini barang, TV3 juga yang punya..Harap Maklum


15 September 2008 | 7 comments

Batang Buruk?

Labels: ,

Ada Apa Dengan Batang Buruk?


Assalamualaikum semua! Unikkan topik ni..? Sebab apa?

Aku merupakan penggemar batang buruk, tanpa batang buruk, Aidilfitri aku sungguh hambar sebagaimana Aidilfitri 06' dahulu, mak aku, akak aku (tini + ecah), adik aku (anis + solehin), dok sibuk buat persiapan nak raya, aku dengan bapak aku cat rumah.

Malam raya tu, time dorang dok isi kuih tunjuk-tunjuk (istilah untuk kuih yang dibeli kat pasar, hehe) dalam bekas, belek punya belek, "BATANG BURUK" takdak, pergh.. memang cam bosan je rasa..trus aku ngadap PC sampai ke tengah malam, dan terus sampai ke pagi, orang bang (azan) subuh pun dok ngadap tenet lagi.


Dekat pkul 8 lebih, bapak aku ajak aku gi smayang, aku pun gi masjid kat sitiawan nuh, lepas tu pi "ziarah" nenek + atuk aku yang dah lama "pergi". Bersih-bersih "tempat tidur" dia, parent aku ajak gi rumah member dia, tapi, al-maklum la, dah tak tidoq, mata pun dah rabak, aku balik rumah sorang-sorang. Sampai ja rumah, terus aku tidoq ja sampai ke petang, then, petang tu cousin aku (Emy + Nadia - Depa ni orang Kulim..) mai rumah aku dengan cousin aku yang lain (yang dok kat sitiawan jgak r) ajak gi KFC, trus lepas KFC sampai ke petang.

Memang aku tak ramai member blah sitiawan (tak ramai @ tak dak langsung), sebab tu aku tak tau nak pi mana. Hehe, kalau aku ada penang, memang tak lekat rumah rasanya. Abis satu Balik Pulau aku tawaf..

Tu la, Batang Buruk memang ibarat "Lemang dihari Raya" buat aku, kuih-kuih lain aku kurang sikitt, mazola, semprit, almond london, lemang, rendang, ketupat, suma-suma laa.. 

Hanya Batang Buruk jadi idaman aku..Hahaha


p/s: thanks cik teapot sbb kasi aritu! hehe



14 September 2008 | 0 comments

Nujum Pak Belalang Kembali!

Artist: Indie Gitarist - Youtube
Song: Nujum Pak Belalang









Nujum Pak Belalang Kembali...!!!! Wahahaha


Soalan 1

Tukang Soal :

 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, 
bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 

'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air,
 yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 

'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 

'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO 
hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'



Soalan 2

Tukang Soal :

'Dua ekor anak itik yang baru menetas, 
yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'


Ahli Nujum Negara : 

'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, 
yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 

'Sebabnya...!!??'


Ahli Nujum Negara :

'Sebab di dalam negara kita,
musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. 
Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'



Soalan 3


Tukang Soal :

 ' Ada sebuah masalah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... 
Dua... sedikit-sediiiiikit....!!!
Tiga... jarang-jarang!!!... 
Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'


Ahli Nujum Negara :

 'UMNO!!!'


Tukang Soal : 

'Buktikan..!!'


Ahli Nujum Negara : 

'Satu... Baaanyak-banyak...
Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... 
Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang...
 Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang...
Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan 
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'



Soalan 4


Tukang Soal :

 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..??
 Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'


Ahli Nujum Negara : 

'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya...'


Tukang Soal :

 'Dimana terletak kekuatannya..???'


Ahli Nujum Negara : 

'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'


Tukang Soal :

 'Buktikan!!'


Ahli Nujum Negara :

 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'


Soalan Extra


Tukang Soal : 

'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : 

'........... DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'


Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...



13 September 2008 | 0 comments

ISA?

Artist: A.C.A.B
Song: Fight For Your Right









Salam semua & salam sejahtera..

Kisah ISA, memang dah srabut dah negara terchenta ni..

3 orang dah kena masuk "dalam" semalam, si Raja Petra Kamarudin , Teresa Kok, dengan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

tapi sebelum tu, ushar dulu video ni.. Bukti kekejaman ISA




#1 Kisah RPK


aku actually takdak la kuat sangat agama, tapi, takdak la sejahil mamat ni..kenapa aku kata camtu..? Kalau dah bukak entry, "The Great Tudung Debate", mane idaknya..tapi ISA? Kenapa ISA?

Info:
Here

1. Benarkah kerana hina islam itu yang menjadi punca Raja Petra di"ISA"kan? Kalau begitu, kenapa tidak "ISA"kan Dr Mahathir yang pernah hina janggut nabi? Kenapa tidak "ISA"kan Astora Jabat yang pernah menghina islam? Dan isunya adalah sama, iaitu isu tudung.

2. Kalau kerana pelbagai articlenya yang kononnya mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Mengapa tidak ISAkan Ahmad ismail yang mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman, sehingga menyebabkan orang-orang cina marah. Bukankah itu mengganggu dan mengancap keselamatan dan ketenteraman awam?


Kesimpulannya;

UMNO/BN akan ISAkan sesiapa sahaja yang melawannya. Tetapi, disebabkan tiada isu yang hendak menjadi alasan, maka dia senyapkan dahulu. Tetapi, apabila ada isu, mereka pun menjadikannya sebagai alasan untuk ISAkan orang tersebut. Inilah yang sedang dihadapi oleh Raja Petra, walaupun kesalahan yang agak sama juga telah dilakukan oleh pengikut UMNO/BN, seperti Ahmad Ismail, Mahathir dan Astora Jabat.



btul dak? Pikir la sendiri..

Penahanan RPK
Bantahan Terhadap Penahanana RPK

#2 Kisah Pemberita Sin Chew Daily



hat ni, dengan si bro Ahmad tu (BEKAS Ketua UMNO Bukit Bendera) yang kata orang cina menumpang tu..Aisey, orang yang kata takdak apa, wartawan plak kena..tu pun Sin Chew Daily, awat? Dari yang dari pUTUSAN Malaysia, Berita HAIRAN, suma tu, aku rasa lagi banyak tulis pasal kaum, tapi disebabkan ada MELAYU kat situ, orang buat pandang tak pandang..geng-geng ni aku heran la..memang la tak boleh dinafikan depa menumpang, TAPI, tu dulu, salah tok nenek hampa jugak wahai orang-orang buta hati..

Cuba pikiaq sikit, kalau kita dok laungkan "Hidup Melayu~!", satgi yang cina, "Hidup Cina", yang india, "Hidup India", yang lain2x pun sama.. masing-masing nak hidup sendiri, tu bukannya Malaysia dahhh.. Awat? Kira nak jaga "TANAH MELAYU" la..? Korang tengok la balik buku sejarah tu, sejarah Malaysia ni..Kita pun menumpang gak bro, kita menumpang bumi tuhan, bumi yang kita pijak ni bukan ada "MELAYU PUNYA, DILARANG MASUK". Betui dak?

btul la, aku simpati gila dengan sis pemberita ni, tetiba ja kena lepas buat comment.. haiiiyyyahh, apa la nak jadi..

[UPDATE]
MalaysiaKini.com
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar tidak ada lagi yang dijangka ditangkap di bawah ISA tetapi ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.

Manakala wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, katanya, mungkin dibebaskan hari ini.

Menurut Star Online, Tan yang ditahan di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Sebelum itu, ibubapanya telah dibenarkan menemui Tan di ibupejabat polis Pulau Pinang.


Syukur la..

[Update lagi]

(Dikemas kini, 5.00 petang) PETALING JAYA: Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng(gambar) telah dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur sebentar tadi.



#3 Teresa Kok


Yang ini plak, penah panas dengan isu azan, geng-geng orang buta hati, dok kata, orang BUKAN ISLAM dok bantah laungan azan, tapi sumber Malaysiakini kata,

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.


DIPERLAHAN bukan JANGAN, btul tak? pikir la sendiri, renung-renung la.. kalau orang CINA buat prayaan memalam, tau pulak kita nak bising, "WOII, DIAM LA.. TAK RETI KA AKU NAK TIDOQ!!", pikir ek pakai akal yang logik, takyah pikir pakai kepala lutut..

Teresa Kok ditahan


Suasana muram menyelubungi suasana di ibupejabat DAP di Petaling Jaya malam tadi ketika parti itu mengadakan majlis memasang lilin untuk ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang ditahan di bawah ISA semalam.

Seramai kira-kira 100 orang menghadiri majlis tersebut yang bermula jam 7.30 malam sebagai tanda sokongan kepada Teresa.


Lim juga berkata, beliau mengesyaki penahanan Teresa itu ada kaitan dengan skandal wanita yang disuruh ketuk ketampi dalam keadaan bogel yang berlaku tiga tahun lalu, di mana ahli Parlimen Seputeh itu "telah mendedahkan salahlaku dan salahguna kuasa oleh polis".

"Adakah ini (penahanan Teresa) untuk membalas dendam terhadapnya? Kita harap ianya tidak, kerana kita tidak dapat terima kuasa polis disalahgunakan," tambahnya.

Majlis yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu bermula jam 8.30 malam tadi, tetapi polis kemudiannya memberi mereka masa 15 minit untuk mengadakan protes tersebut dan bersurai.

Kira-kira 100 yang menghadiri majlis itu, memasang lilin dan menyanyikan lagu-lagu reformasi, sambil diperhatikan oleh 80 anggota polis, sebahagian besarnya dari balai polis daerah Dang Wangi.

Bagaimanapun, belum pun tamat tempoh 15 minit itu - pada jam 8.42 malam - polis mengarahkan mereka bersurai.

Manakala kira-kira 30 anggota polis gerak khas (LSF) pula mula mengetuk cota mereka pada perisai, bersiap sedia untuk bertindak.

Walaupun tidak puashati tetapi mereka mematuhi arahan polis dan bersurai dari situ.




KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mendakwa Radio Televisyen Malaysia (RTM) memutarbelitkan kenyataan beliau berhubung penahanan tiga aktivis dan wartawan di bawah ISA.

Ketika menghubungi Harakahdaily sebenta tadi, beliau menyatakan rasa kesalnya dengan laporan RTM yang didakwanya sengaja meutarbelitkan kenyataannya dengan menyatakan kononnya Mahfuz menyokong tindakan ISA ke atas Raja Petra Kamaruddin.

Tambahnya lagi, dalam kenyataannya melalui telefon bersama RTM, beliau menyatakan bahawa beliau menolak penggunaan ISA ke atas Raja Petra, dan PAS sendiri sememangnya menentang akta yang zalim itu.

"Saya pelik RTM memutarbelitkan kenyataan saya, sedangkan jelas kami menentang ISA.Jika Raja Petra bersalah sekalipun, beliau seharusnya dihadapkan ke mahkamah dan bukannya dengan menahan Raja Petra di bawah ISA tanpa bicara," ujarnya lagi.


Ingat, kita dok kat Malaysia la adik, abang, kakak, makcik, pakcik..

Melayu + India + Cina + Sarawak + Sabah + Asli = MALAYSIA

Kita hidup memang berbilang bangsa, so, takyah nak racist sangat la bro.. sebab Masa Lampau adalah Perkara Yang Paling Berharga, sebab kita tak dapat untuk kali keduanya..kan?


- muhamad hadi ahmad -


11 September 2008 | 0 comments

Semalam dan Lirik (Jason Mraz - Lucky)

Artist: Jason Mraz
Song: Lucky








Hi all, what's up buddy..? Today, 11 sept 2008, 7 years ago, the date of the bloody tragedy, million of the person, died in the "World Trade Centre tragedy". Even I'm kinda Anti-Bush, but, as a human being, i really sympathy to all those people are innocent. Hmm..

Let the past, always stick in the mind as the memory, we must keep walking right..?

Same as me, keep walking out from the "Full of Pain World".


Eyt baby, this song for you lar.. hehe *wink*


Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Thanks because accept me, thanks for everything, thanks cause introduce me to your family, thanks alot. I feel so Lucky to have you beside me right now and I hope this time it will work! Amin..


10 September 2008 | 0 comments

Pertama Ramadan

Labels:
Assalamualaikum semua pengunjung blog ini.

Jika anda terlepas episod "Pertama Ramadan" yang ditayangkan pada setiap hari Rabu & Khamis, oleh TV3, anda masih berpeluang untuk menikmatinya disini.

Dan buat sesiapa yang tidak pernah menontonnya, saksikan bagaimana keperitan seorang bapa yang terpaksa menjaga kedua-dua anaknya tanpa insan bernama seorang isteri.

Pertama Ramadan
Episod 1
Part 1



Part 2








Part 3








Part 4





Enjoy!


08 September 2008 | 0 comments

Cara Mudah Untuk Buat Cover E-Book

Labels:

Assalamualaikum semua~! 

Hari ni, aku ada dapat satu barang yang memang menarik, dengan barang ni, korang boleh buat cover untuk e-book korang dengan mudah! 

Korang hanya kena ada Photoshop saja, lepas tu, korang download photoshop action (aku tak hilangkan link asal sebagai tanda hormat) ni.

Okay, memula korang bukak photoshop korang, lepas tu,

1. Korang load action tu, lepas tu, korang click kat Create Template, lepas tu korang tekan je button Play (macam dalam gambar kat bawah) kat situ.


2. Korang akan dapat gambar macam ni, lepas tu, korang design la korang punya cover ebook, macam yang aku buat ni. (Aku buat simple hanya sekadar nak kasi contoh). Okay, lepas dah siap men'design', korang just tekan kat Convert to Ebook lepas tu macam biasa, tekan Play. Dia akan automatic mengonvert (haha) korang punya design ke ebook.


3. Watchaaaaa, dah siappp~! Hehe, amacam? Senang, Mudah, dan Ringkas kan..? Apa lagi..? Kasi pecahhh Laaa..


07 September 2008 | 2 comments

Semalam dan Lirik (Semua Tentang Kita - Peterpan)

Artis: Peterpan
Lagu: Semua Tentang Kita










Salam semua =D

Hari ni, aku gi jumpa junior aku time dekat IKM Besut dulu.. tetiba, lagu "Semua Tentang Kita" dari Peterpan berputar-putar dalam kepala hotak aku ni..dan terus aku teringat kat semua memember aku time dekat IKM dulu, dLahar Clan..hehe

Ni la picture collection time aku kat sana. Enjoy =D






Made with Slideshow Embed Tool

Waktu terasa, semakin berlalu,

tinggalkan cerita tentang kita

Akan tiada, lagi kini tawamu,

‘tuk hapuskan semua, sepi dihati

[Reff]


Ada cerita tentang aku dan dia,


dan kita bersama, saat dulu kala


Ada cerita tentang masa yang indah,


saat kita berduka, saat kita tertawa


[Interlude]


Teringat disaat, kita tertawa bersama


Ceritakan, semua tentang kita


[Reff]




p/s: Bila lagi nak buat gathering woii!!


04 September 2008 | 0 comments

Semalam dan Lirik (Kaer - Izinkanku Pergi)

Artis: Kaer
Lagu: Izinkan Ku Pergi









Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung..

Okay~! Lirik yang mengaitkan hari semalam dan juga memori waktu lampau..

Lagu untuk entry ini, Kaer - Izinkanku Pergi.. bukan apa, disebabkan aku tak boleh tidoq kerna penyakitku datang menyerangku atas sebab kekurangan nikotin dan tar didalam paru-paru (memang camni, aku pun tak tau apa kaitan, tapi bila kurang smoking ja, memang sistem pernafasan aku akan down), aku saja ushar2 blog lama aku kat friendster

Tetiba aku bley terbaca satu entry yang membuat hati terusik, tapi sikit ja..hehe, layann..~


Sinaran mata 

Cerita segalanya 

Duka lara terpendam 

Memori semalam 

Tinggal segala cinta 

Tiada kembalinya 

Abadi kasih kita 

Kau bawa bersama 

Mimpi indah mekar 

Saat cinta bersemi 

Sedetik asmara syurga 

Selamanya 

 

Pergilah rinduku 

Hilangkan dirimu 

Tak sanggup menanggung 

Derita di kalbuku 

Pergilah sayangku 

Bangunlah semula 

Semangat cintaku 

Membara kerana dia 

Tiada niatku 

 

Tersemat jiwa 

Setia bersamanya 

Cinta murni berdua 

Beribu tahunnya 

Mimpi indah mekar 

Saat cinta bersemi 

Sedetik asmara syurga 

Selamanya 


 
Oooohhh… Pergilah sayangku 

Bermula semula 

Semangat cintaku 

Membara kerana dia 

Tiada niatku 


 
Maafkan daku 

Duhai kasih 

Izinkan ku pergi


Memang sadis apabila teringat waktu lampaukan? Tapi, biarlah simpang tu lepas, jalan kebahagiaan masih terbentang dihadapan, buat apa masuk ke simpang yang sudah pasti penuh dengan onak dan duri sedangkan jalan yang lurus telah tersedia indah =D